Posts

Showing posts with the label movies

My Movie Review: Pacific Rim

Image
Awesome movie Awesome graphic Tapi jalan cerita yang agak simple & easy to predict. Element klimaks tu kurang. Walau bagaiamanapun berbaloi tengok kat wayang kerana keindahan grafiknya. Pacific Rim, you've got my 4 stars

My Movie Review: Rock Oo

Image
Rock Oooo... Pengembaraan Rimba Bara kembali... Kesinambungan dari cerita Rock (2005). Sebuah filem berkisarkan suasana era rock zaman 80an. Era kegemilangan rock keras. Hasil nukilan pengarahan Mamat Khalid mengimbau kembali zaman2 seluar kaki kecik, bawak gitar ke hulu ke hilir dalam Rock Oo. Rock Oo mengisahkan zaman setelah Rimba Bara berjaya dalam Battle of the Band dalam filem Rock (2005). Zack (gitaris asal) pun dah keluar join Pos Malaysia. Yang tinggal Amy Mat Piah, Jijo, dan Black. Pada awalnya menceritakan perpecahan Rimba Bara apabila Zul Kapan keluar dan sertai balik Malaikat Maut. Dari situ, Amy Mat Piah mengambil peluang untuk menempatkan dirinya kembali sebagai Lead Singer Rimba Bara. Hasil semangat dia berjaya menyatukan semula Rimba Bara dengan kemunculan watak baru iaitu Slash. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengembaraan Rimba Bara. dan bermulalah liku-liku kehidupan di sana... Kemuncak filem ini apabila...

My Movie Review: The Hobbit - Unexpected Journey

Image
Tiba-tiba rasa nak update blog. Kesinambungan daripada Lord of The Ring. Tapi kisah ni sebelum penemuan cincin tersebut. Main actor lebih kepada Bilbo Baggins dan Gandalf. Masa ni pun Gandalf belum jadi White Wizard lagi. Tak cukup otai la walaupun bejanggut jambang. Kalo ikut tajuk movie ni, sebenarnye tak de la nak cite pasal Hobbit sangat. Tapi mengisarkan kisah puak Dwarves yang castle mereka telah ditawan oleh sang naga. Bile nampak naga ni teringat game Skyrim.hehe... Lalu puak Dwarve tersebut hilang kampung halaman dan terpaksa merempat kat tempat-tempat lain bagi mencari perlindungan dan rezeki untuk meneruskan hidup. Setelah beberapa lama, khabar angin tersebar menyatakan castle tu tidak dihuni oleh naga tersebut. Maka puak Dwarve ni pun nak tawan balik kampung halaman mereka. Mereka mendapat bantuan daripada Gandalf yang telah mencadangkan Bilbo Baggins untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Maka bermulalah apa yang dikatakan unexpected journey itu... ...

My Movie Review: The Dark Knight Rises

Image
Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Semalam sempat meluangkan masa skit untuk menonton wayang The Dark Knight Rises. Yeah cite Batman hasil nukilan Christopher Nolan. Jalan cerita yang menarik. Ada kesinambungan daripada 2 episod yang sebelum ni iaitu Batman Begins & The Dark Knight. Memang puas hati la tengok. Sedikit sinopsis, Kalo sape yg ikut cite ni, masa The Dark Knight (episod 2), Batman menghilangkan diri last sekali. Dan permulaan The Dark Knight Rises ni watak Bruce Wayne ni mengasingkan diri dari masyarakat dan masih cedera hasil pertempuran sebelum ni.  Kemudian muncul lah watak Catwoman yang menghangatkan cerita ini. Daripada situ barulah Bruce Wayne aktif kembali sebab Catwoman @ Selina Kyle mencuri cap jari Bruce Wayne untuk satu sindikit menjatuhkan Bruce Wayne.  Motor ni memang osem Geng jahat yang diketua Bane  ingin merampas Gotham City bagi melunaskan impian Ra's Al Gh...

3 - Films

Image
Awal2 aritu post ni . pastu post ni  semalam cite pasal ni plak Jadi hari ni nak sambung kisah ni plak... alamakkk dah lama la tak layan wayang sejak start puasa hari tu rasa malas nk tengok wayang yela kalo nak tengok pun kene tengok time siang malam nak kosentret tarawikh aku ni pulak kalo tengok wayang suke makan pop corn baru best so disebabkan bulan pose ni kite cuti wayang dulu ye. currently tengah layan cerite LAUT 11, 12, 13     saje nk repeat blk cite ni sbb best.  ocean 12 & 13 dah pernah tgk kat wayg dulu ocean 11 je tak pernah tgk lagi.huhu Dulu2 gile series OC & Prison Break pastu dah lama tak layan series.       sekarang ni baru nak layan ni pulak.hehe tertarik nk tgk cite ni sbb awek cun2.hehe... tapi jalan cite die pun best gak that's all 4 today tq

My Movie Review: X-MEN: First Class

Image
X-MEN: First Class ... Hampeh pye cite. Bosan, slow and steady. Aku pun tak tau mana klimaks die. Bagi aku tak berbaloi la nk tengok wayang cite ni. takde grafik2 yang gempak pun. Jalan cite yang simple. Cerita berkisar mengenai sejarah awal Magneto dan Prof X. Daripada stranger, menjadi sahabat, akhirnya menjadi musuh. Sejarah awal Mystique, Beast. Serta bermulanya peperangan antara manusia dan mutan. Ada lagi watak lain macam Azazel. Ni bapak kepada Nightcrawler. Ade power teleport2. Havok pulak adik kepada Cyclop. Ade power lebih kurang gak laser2 merah. Itu je watak yang kenal. Yang lain xkenal sangat.huhu... Part yang paling best aku rasa masa part Wolverine. Dialog die best "Go fuck yourself". haha... Overall rating aku kasi 3 star. Best tengok kalo dah tengok X-MEN yang sebelum2 ni. Nampak die punye kesinambungan cite. Tapi kurang action and grafik. Baik download je la.hehe...

My Movie Review: THOR

Image
Salam...kali ni nak share cite superhero MARVEL pulak, THOR . Sebuah kisah yang menceritakan sejarah kemunculan Thor. Thor merupakan god of thunder, dia bakal menjadi raja di Asgard menggantikan ayahnya, Odin. Namun dihari pertabalannya, ada sesuatu telah berlaku. Perkara itu telah menguji ke kredibiliti Thor sebagai bakal pemimpin dan dia kemudiannya dibuang ke Bumi sebagai manusia biasa. Dari saat itu dia baru sedar kesilapannya. Nak tau lebih lanjut tengok la sendiri... Yang bestnye bile tengok cite MARVEL ni, dia mesti ade perkaitan dengan cite2 yang lain. Sape yg dah tengok cite IRON MAN mesti tau pasal SHIELD kan. Dalam cite Thor ni pun SHIELD ade masuk campur. Pastu diakhir kredit ade tulis THOR WILL BE BACK IN THE AVENGERS . Avengers ni team superhero MARVEL. Antara ahli2nya IRON MAN, THOR, CAPTAIN AMERICA, HULK, SPIDERMAN dan macam2 lagi tengok kat sini . Dorg ni akan di ketuai oleh Nick Fury. Suatu pengajaran yang boleh diambil dari cite ni, bile kite ade kuasa, s...

My Movie Review: FAST 5

Image
Kali ni saya ingin review cite yg baru keluar 5 May 2011, The Fast & The Furios 5, FAST 5 . Sambungan dari cite yg lepas, Dominic di jatuhkan hukuman penjara. Kemudian Brian and the team selamatkan Dom masa dia ditrasnferkan dlm bas. Jalan cerita kali ni sangat menarik, FAST 5 menggabungkan semua main character dalam The Fast & The Furios yg lepas2. dari 1 -4. Antara watak yang ada: Brian (The Fast & The Furios, 2 Fast & 2 Furios, The Fast & The Furios 4) Dominic (The Fast & The Furios, The Fast & The Furios 4) Roman (2 Fast & 2 Furios) -byk ckp Tej (2 Fast & 2 Furios) - Gadget guy Han (The Fast & The Furios: Tokyo Drift) Gisele (The Fast & The Furios 4) -naik motor Vince (The Fast & The Furios) Mia (The Fast & The Furios, The Fast & The Furios 4) -awek Brian, adik Dom Leo (The Fast & The Furios 4) -bomb guy Santos (The Fast & The Furios 4) -bomb guy Scene ...

My Movie Review: Rango

Image
Johnny Depp disumpah jadi sesumpah... Rango satu filem animasi terbaru dari Nickelodeon yang dibintangi oleh Johnny Depp, suara je la. Berkisarkan mengenai seekor sesumpah atau dalam bahasa inggerisnya chameleon, yang kehidupan pada awalnya merupakan haiwan peliharaan dalam sebuah bekas kaca. Kemudian kereta yang membawanya hampir kemalangan menyebabkan bekas kaca itu terjatuh ke kawawan gurun. Dari situ bermula lah kehidupan sesumpah tersebut di DUNIA SEBENAR. Selepas kemalangan itu, sesumpah itu terjumpa dengan Roadkill. Roadkill adalah mangsa kemalangan yang menyebabkan kereta tadi hampir kemalangan. Pada masa itu sesumpah itu kehausan dan bertanyakan kepada Roadkill mana nak dapat air. Roadkill berkata kalau nak air, kena cari Dirt dulu. Dirt merupakan pekan kecil ala-ala cowboy. Kemudian sesumpah itu terus bergerak menuju ke Dirt. Dan dalam perjalanan itu dia dikejar oleh burung helang sehinggalah dia sampai ke pekan Dirt. Di pekan Dirt, sesumpah itu mencipta dunia baru, denga...

My Movie Review: Sanctum

Image
Hari keluar tengok wayang. Cite SANCTUM . Satu cite pengembaraan ke underwater cave. Satu lagi cite berkisar aktiviti rekreasi. Tapi pengembaraan ini bertujuan unutk penyelidikan. Satu team yang buat penerokaan underwater cave di Papua New Guinea. Gua tu berbentuk lubang pada muka bumi. Besar gile dan dalam, siap boleh turun guna payung terjun. Namun pada waktu tu, ribut nak melanda. Team dalam gua dah terputus hubungan dengan team kat darat. Bile hujan mula lebat, air mula melimpah ruah masuk dalam gua. Kemudian aksi2 mencemaskan pun berlaku. Nak tau lebih lanjut, sila la tonton... Satu filem arahan James Cameroon, director cite Avatar. Memaparkan kisah alam semula jadi yang cantik dan merbahaya. Plot cite ni nampak macam nk tunjukkan hubungan antara anak dan bapak, dan antara kawan2. Memang betul, kalau kita ceburi aktiviti rekreasi yang extreme macam cave diving, mountaineering dan lain2, kita boleh kenal pelbagai jenis orang. Pada masa ni lah limit sesorang itu dicabar dan...

My Movie Review: The Social Network

Image
Assalamualaikum... kali ni nak review cite THE SOCIAL NETWORK atau bahasa mudahnye sejarah awal FACEBOOK . Cerita yang berkisarkan mengenai Mark Zuckerberg iaitu CEO Facebook mendapat idea untuk membangunkan satu laman sosial yang baru. Plot penceritaan bermula masa Mark mendapat idea untuk buat Facesmash iaitu compare gambar perempuan kat Harvard mana yang hot. Kemudian page tu mendapat hit yang banyak dalam tempoh masa yang sekejap. Daripada situlah revolusi idea untuk Facebook berkembang. Cerita ni banyak flashback sebenarnya. Situasi sebenar adalah Mark disaman dan dibicarakan atau disiasat kerana mencuri idea asal Facebook. Flashback tu yang ceritakan sejarah awal Facebook. Cerita ni bagi aku sangat berat. Sebab banyak sangat cakap. Memang kene konsentret betul-betul ape yang Mark cakap. Sebab dia cakap memang laju. Nak kata cerita ni menarik, tak pun. Takde klimaks dan takde ending. So takde bintang yang aku leh kasi. Cerita ni just for knowledge je ar. Walau apa p...

My Movie Review: 127 Hours

Image
Assalamualaikum...Kali ni nak review skit pasal cite 127 Hours . Ni kisah sebenar Aron Ralston yang telah difilemkan. Kisah di mana Aron pergi mengembara pada hujung minggu di ngarai Moab, Utah. Tapi pemergian dia tidak diketahui oleh sesiapa. Mungkin dah rasa hebat sangat sampai keluarga sendiri pun tak tau yang dia nak masuk ke kawasan yang takde orang langsung. Kemudian apabila ditimpa kemalangan, takde siapa pun tau. Dan dia mengambil masa 5 hari lebih untuk selamatkan diri. Sepanjang dia terperangkap tu baru la dia sedar apa silap dia dan mula menghargai hidup. Perjalanan cerita ini tak banyak dialog. Tapi banyak view2 pemandangan yang menarik kawasan ngarai. Bile tengok cite ni sebenarnya rasa macam banyak berkaitan dengan aku. Aku suka rekreasi, masuk hutan keluar hutan panjat gunung turun gunung redah sungai redah laut dan macam2 lagi. Ia membawa mesej yang cukup direct bagi aku, iaitu malang itu memang tidak berbau. Kita mesti bersedia untuk dalam apa jua keadaan. pre...

KHURAFAT!!!

Image
Semalam tgk cite KHURAFAT. dah lama tak tengok cite seram melayu kat wayg. Suasana memang best bile penonton bagi respon terkejut dan sebagainya.hehe... Overall cite ni menarik. Pengarah pandai twist watak yang mengamalkan khurafat tu. sampai aku pun tertanya2 sape yg punye keje sebenarnye. mula2 ade 3 orang suspek. makcik cleaner, anna then aishah. tapi tiga2 bukan. ceh... Sekarang ni aku tengok industri filem melayu banyak konsep cite seram. Tapi cite seram ni masih mengekalkan elemen yang biasa2 iaitu seram jenis tekejut2 dengan sound effect yg mendebarkan. well elemen ni masih berkesan dan cite ni best. tahniah mr director. Tapi ade gak part cite ni yg aku x suke. aku tak suke adegan mimpi. efek seram dah jadi, dah klimaks tapi rupe2nye mimpi. spoil betul part ni. So utk cite ni aku kasi 3.5 star je. aku bukan peminat cite seram pun.huhu... tapi suke effect suspen die.nice... Kepada penggemar cite2 seram, cite ni worth utk ditonton.

2011 Movies

Agak bosan hari ni. Lalu bersiar-siar di The Internet Movie Database dan survey2 movie yg bakal release kat malaysia kat sini . Banyak cite best2 ni.huhu... Upcoming Releases for Malaysia 20 January 2011 * Morning Glory (2010) 21 January 2011 * The Way Back (2010) 27 January 2011 * The Town (2010) 3 February 2011 * The Green Hornet (2011) * Yogi Bear (2010) * Sanctum (2010) 10 February 2011 * Monte Carlo (2011) 17 February 2011 * True Grit (2010) * No Strings Attached (2011) * Burlesque (2010) 18 February 2011 * The Mechanic (2011) 24 February 2011 * Black Swan (2010) * I Am Number Four (2011) * Hall Pass (2011) 25 February 2011 * Drive Angry 3D (2011) * The Eagle (2011) 3 March 2011 * How Do You Know (2010) * The Adjustment Bureau (2011) 10 March 2011 * The Rite (2011) * Rango (2011) * Big Mommas: Like Father, Like Son (2011) * Mars Needs Moms (2011) * The Malay Chronicles: Bloodlines (2011) 1...