Posts

Showing posts with the label Nenggiri

Nenggiri 2013

Image
Satu pengalaman indah terukir lagi. Untuk kali ke-empat, kembali ke Gua Musang untuk berakit di Sungai Nenggiri. Program kali ini dianjurkan oleh UIA Kuantan. Kami wakil dari Kelab Kembara, aku, Captut, Anim & Yati join program mereka. Malam sebelum bertolak ration dibahagikan sama rata. Memandangkan kami tidak jelas mengenai sistem memasak disana, jadi kami mengambil keputusan untuk menyediakan ration untuk group sendiri. Kalau tengok beg masing-masing dah macam nak naik Gunung Rabong pulak. Keesokan harinya pergerakan seawal 6.30 pagi. Memandangkan kami perlu menaiki bas pada 9.00 pagi, pergerakan pun terpaksa diawalkan kerana nak kejar train komuter untuk ke Hentian Putra. Sampai di stesen komuter Serdang, nampak train baru bertolak. Alamak terlambat sikit. Takpe tunggu next train. Ni first time aku naik train komuter baru. Nampak lebih panjang dan selesa dengan ruang yang agak besar. Semasa dalam train terserempak pulak dengan salah seorang alumni...

Pengalaman Kedua Paling Menarik...

Image
Assalamualaikum...dah 3 hari selepas kami pulang dari suatu destinasi yang indah. Berakit di Sg. Nenggiri. Dan ini adalah kali kedua aku. Kali pertama ada pada entry ni . Kalau nak cerita dari setiap perjalanan, sama je. Tapi kali ini ada kelainan sikit. Tarikh kami bertolak tu merupakan hari perlawanan antara Kelantan dengan Selangor untuk merebut piala Sultan Haji Ahmad Shah. Perjalanan dalam bas memang membosankan Amik gambar ni kat page opel. Dia jadi OP masa game bola tu. Suasana pertama bagi aku apabila sampai di Gua Musang terus cari kedai makan dan makan sambil tengok bola di Kelantan. Memang meriah bila Kelantan dapat gol. Tapi kami tengok 1st half je. Kemudian terus ke Kuala Betis untuk berehat dan menanti aktiviti esok. Esoknya macam biasa kami akan diberi taklimat untuk mengikat rakit. Kali ni aku nak cuba naik rakit kargo. Jadi aku setting rakit kargo, bezanya dengan rakit2 lain ia menggunakan dua papan katil. Memang suasana masa tu meriah sebab ramai buda...