U Follow Me, I Follow U

Wednesday, January 28, 2009

Apa Citer Sekarang

Apa yang boleh dikatakan sekarang...

SERONOK
PUAS
ENJOY
BERSYUKUR
PENAT

Baru balik dari Sg. Nenggiri, Kelantan
Banyak pengalaman menarik
Nantikan kisahnya...

Thursday, January 22, 2009

New Notebook Posted From Manchester

Hello everyone,
I have a new notebook from Manchester United,



It's really cool,
Red colored,


A gift from someone special,
Very very special,




And I really really miss that special person,
I love that special person soooooo much!!!

Saleh...


Nama beliau Saleh,
Senior Blok Baung kategori kucing,


Ke'senior'an beliau hampir sampai ke penghujungnya,
Menunggu waktu, saat dan detik,








.....................................................................
SALEH
...................................................................................


Tuesday, January 20, 2009

Gabai Waterfall

Thanks to Bangla kasi pinjam EOS350D dan lens Sigma 55-200mm






















K5 Familywork View

Thanks to Paan kasi pinjamkan Alpha 200 dan lens 75-300mm




















A Long Journey...

17...
Hari ini sepatutnya indah. Tapi nak buat macam mana. Tersedar di awal pagi, dan terus tidur kembali. Jam 12 dapat mesej untuk makan dengan budak-budak teater. Perut pun dah krukk..krukk..krukk... Bingkas bangun dan mandi serta bersiap. Turun bawah jumpa budak-budak dan pergi LUNCH!!!

Lepas makan, tak tau apa nak buat. Online jap. Petang pergi tengok futsal. Hampa sikit. Tapi takpe ar. Aku tak main.hehe.

Malam macam biasa berteater..teater dan teater... Kali ini produksi The Lesson menonton Detik dan Arca. Kemudian lepak dengan Bangla online lagi.

18...
Dalam jam 2am gerak naik blok. Tiba-tiba ternampak budak-budak main badminton. Beteng, Mario, Kupan dan Tore. Aku dan Bangla pun turut sertai. Jadi malam itu ada 3 regu. Aku beregu dengan Bangla. Team Arca (sebab pakai baju krew.hehe..). Sakit gak tangan main. Sebab dah lama tak main badminton kot.

Pagi buta itu kami main puas-puas. Kemudian datang pula Pigok dan Caram. Meriah lagi la game malam itu. Sambil itu kami bercamping gak. Masak megi kat tepi court badminton makan-makan dan ketawa riang.

Tanpaku sedar, jam dah hampir 5 pagi. Aku naik jap, mandi, basuh baju, turun surau dan bersiap. BERSIAP UNTUK ON THE ROAD!!!

On the road bersama ahli biasa, aku, Bangla, Midot & Bell. Bergerak ke Maulana IKEA (Bangla namakan sebab perabot kat situ macam beli kat IKEA). Aku makan nasi lemak paru dan roti boom serta air neslo. Nafsu pagi betul.

Kemudian kami pulang ke kolej sambil mengintai-intai permainan frisbee. Tapi waktu itu belum bermula lagi. Lalu terus pulang ke kolej. Kat kolej hari ini ada gotong-royong. Jadi kalau nak tidur pun tak guna juga. Kami pun sambung main badminton.hehe

Dalam jam 10am, warga kolej dah mula berkumpul. Aktiviti pertama....MAKAN!!!!

Hari ini juga Paan (Gian) bawa turun Alpha beliau. Lantas aku pun meminjamnya. Aku memainkan peranan sebagai photographer hari itu. Dengan menggunakan lens 75-300 aku mulakan rondaan.

Pagi itu aku, Bangla dan Carik jadi satu team photographer. Aku pakai tele lens, Bangla prime lens dan Carik wide lens. Memang best shooting hari itu. Lighting perfect, awan cantik dan subjek pun banyak hari itu. Buat pertama kalinya aku menggunakan lense panjang. Dan hasilnya aku rasa puas hati sangat-sangat.

Habis gotong-royong serta makan tengah hari dalam jam 1.00pm. Makanan banyak lebih lagi. Aku pun tak makan tengah hari tu. Kurang selera pulak. Cuaca cantik ni. Lantas mengajak Bangla ke Gabai.

Trip ke Gabai kali ini disertai aku (AJK Pengangkutan (terima kasih Anje)), Bangla (AJK Makanan dan Peralatan), Mario dan Kupan (AJK Logistik dan TTK), Tobeng (AJK Penempatan) serta Tangki dan Ses (AJK Minuman). Memang complete AJK kali ini. Makanan kami tapau lebihan makanan free tadi.

Perjalanan ke Gabai, Tobeng gerak dulu naik motor untuk riki tempat. Aku, Bangla, Mario dan Kupan naik kereta. Ses dan Tangki gerak lambat sikit naik motor. Laporan dari AJK Penempatan menyatakan kawasan agak sesak diakibatkan hari cuti hujung minggu. Tapi kami tetap jumpa tempat untuk bertapak, cuma tempat mandi kurang menarik sikit. Namun begitu aktiviti hari itu memang seronok. Mandi, main gelongsor, makan dan photo shoot.

Photo shoot kali ini tak buat team. Hanya berbekalan camera Bangla, kami bergilir-gilir meluahkan hasil seni penglihatan masing-masing. Dan aku pelajari teknik baru, slow shutter. Tapi masih tak puas hati. Akan diperbaiki kemahiran tersebut.

Jam dah 6.30pm. Kami pun bersiap untuk pulang. Sebelum pulang sempat makan ice cream roti. Ada perisa durian, memang stim giler rasa dia.

Sampai K5 dalam jam 7.20pm. Kemas barang dan balik bilik masing-masing. Mengikut penaakulan aku, aku tak tidur kira-kira 34 jam. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang memenatkan, aku masih boleh segar dan beraktiviti. Gila betul. Malam itu aku tidur awal.

19...
Bangun pagi jam 7.40am. Kelas start jam 8.00am. Tergesa-gesa siap dan terus ke kelas. Dalam kelas memang aku banyak terlentok. Tetapi pengalaman semalam, memang style....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...