Posts

Showing posts with the label raya

Puasa & Raya 2017

Assalamualaikum… Baru sempat update blog. Sebenarnya post pasal sanding yang lepas dah draft lama, so just touch up untuk post. Cuma busy sikit sepanjang Ramadhan dan menjelang Syawal. Honeymoon trip pun masih dalam drafting, so kali ni share pasal Ramadhan dan Syawal la. Alhamdulillah Ramadhan telah berlalu dengan sayunya. Semoga amalan kita semua sepanjang bulan Ramadhan di terima Allah dan sama-sama kita doakan agar dapat dipertemukan sekali lagi pada Ramadhan akan datang. Insya Allah... Ramadhan kali ini pertama kali bersama isteri. Dapat buat amal ibadat bersama memang best. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling best bagi aku, sebabnya bulan Ramadhan ni memang meriah dari pagi sampai ke malam meriahnya. Lagi-lagi bila dah nak dekat raya. Kemeriahan Ramadhan ni bermula pada malam tarawikh pertama, fuh memang penuh masjid. Masing-masing masih bertenaga dan bersemangat masa tu. Kemudian diteruskan pada awal pagi semasa sahur. Masing-masing sibuk menyediakan juada...

Salam Syawal 2016

Image

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin Selesai puasa di bulan Ramadhan dan selesai puasa 6 di bulan Syawal Alhamdulillah...

Bangkitlah! Jangan malas-malas lagi...

Image
Mood sekarang rasa sangat malas. Tak tahulah mengapa. Nak update blog ni pun berat je jari-jemari ni merangkak. Adekah sebab masih mood raya @ rindukan rumah yang tak la jauh sangat.hehe... Currently at UPM. Menjalani kehidupan sebagai student balik. Tapi semenjak 2 minggu lepas dan semalam tak sentuh lagi bahan2 research ni. Hari ni pun rasa malas lagi nak sentuh. Somebody push2 me please... Esok student baru akan register kat UPM. Rasa macam nak buat liputan.hehe... Tapi macam malas pun ada. Tengok mood la esok. Bukan liputan ape pun. Shoot gambar je. Alamak gambar shoot tunang  aritu pun tak proses lagi. Hadoi malasnye... Ok masih belum terlambat untuk mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN. Hari ni baru 8 Syawal. So mari kita postmortem skit Ramadhan yang lepas. Hari tu ade post masa awal Ramadhan > KLIK SINI <. So Ramadhan tahun ni target nak buat ni. Hasilnya... 1. Cukup puasa - Alhamdulillah sihat tubuh badan, cukup2 puasa ...

5 - Foods

Image
Aritukan ade cite pasal post ni lepastukan post ni pulak kemudian post yang ini then post ni pulak after that post yang ini pulak haaa meh nk cite pasal ni pulak Makanan raya telah tiba.hehe rendang ayam oh yeahhh... sup daging mantop!!! ketupat yummy... nasi impit terhimpit... pisang goreng panazzzzz haaa ni blum jadi makanan lagi.hehe haaa syuh syuh... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN 2011

Mana gambar raya?

Image
Ada seorang kawan tanya..."mana gambar raya?". Aku pun jawab takde. hehe. ni la gambar2 raya aku. Lepak atas bumbung layan sunset. Sang bulan di raya ke-empat Selamat hari raya KL. Kampung Lumpur.hehe Di saat-saat sang suria menyembunyi, terkantoi secalit cahaya di awan Bulan puasa telah berlalu sudah. Kini bulan syawal datang merai kemenangan insan-insan yang berjaya melawan nafsu. Sebagai bonus, sang syawal kasi 6 hari untuk repair cacat-cela puasa. SELAMAT MENYAMBUT PUASA 6

Selamat Hari Raya Lagi...

Alhamdulillah... Habis dah puasa enam, Puasa sebulan di bulan Ramadhan, Dapat raya sebulan di bulan Syawal, Puasa enam di bulan Syawal, Macam puasa setahun, Jadi boleh raya setahun... huhu... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Terkenang...

Image
Terkenang aku, bersama rakan-rakan, bersahur, bersama, di tengah pagi, ku terkenang... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Selamat Hari Raya

Image
Esok raya. Hari ini membantu mak mengemas rumah dan memasak. Hari ini juga sahur dan berbuka untuk kali terakhir Ramadhan ini. Dan semalam tarawikh yang terakhir. Alhamdulliah tarawikh aku cukup 30 hari 11 rakaat sehari termasuk witir. Azam aku Ramadhan kali ini. Walaupun sibuk dengan kelas, ujian 2 dan aktiviti kolej, tetapi tetap juga bertarawikh, walaupun ringkas sahaja. Bukan semua orang dapat rasa kemanisan tarawikh itu. Hakikatnya ia hanya boleh dibuat pada bulan Ramadhan sahaja dan Ramadhan hanya datang setahun sekali. Maksudnya dalam setahun kita hanya solat tarawikh 30 malam sahaja. Dan dalam 30 malam itu ada satu malam sahaja yang paling berharga. Rasa rugi kalau tak rebut peluang itu. Tetapi kali ini aku gagal untuk khatam Al-Quran sendiri. Khatam peringkat tadarus sahaja. Aku juga tidak berjaya menghidupkan malam. Lemahnya iman ini. Jadi untuk raya kali ini aku hanya menyambut dua kemenangan iaitu puasa dan tarawikh. Mungkin tahun depan lebih baik lagi Insya Allah. Pe...

Balik Kampung Jap

Image
Sabtu malam tu, lepas Tarawikh, bertolak pulang ke kampung. Nyalas, Melaka. Balik jumpa nenek dan tolong-tolong sikit untuk persiapan raya. Kemudian, pulang ke KL semula. Berbuka dengan keluarga di kampung Mee yang dibuat sendiri oleh nenek

Mak Saya Dah Balik...

Image
Rumahku Syurgaku Hari itu... Sabtu, 27 September 2008, 0600, aku pulang ke rumah. Keluar di pagi hari yang tenang dan sejuk. Bersama jiran di depan bilik yang ingin menumpang hingga ke Komuter Serdang. Perjalanan yang agak hambar dan membosankan. Sebab MP3 aku dah rosak. Sampai di rumah dalam jam 0645. Tak jauh sangat rumah aku dari UPM. Perjalanan lebih kurang setengah jam sahaja. Setibanya di rumah, aku disambut oleh mak dan kakak ku. Kemudian aku terus ke bilik dan berehat. Sambung tidur balik, sampai petang. Petang itu aku keluar menikmati keadaan sekitar kawasan kediaman. Dah lama tak pulang ke rumah. Sepanjang Ramadhan aku banyak menghabiskan masa di kolej kediaman. Belajar, bertugas, berbakti dan sebagainya. Rondaan pertama ke pokok mangga ku. Sebelum puasa hari tu banyak buah. Tapi sekarang dah tumbang. Mak cakap angin kuat. Sedih, baru tahun ni pokok tu berbuah. Berbuah buat kali pertama. Pokok mangga aku. Kedai kat belakang tu pun kena tiup angin kencang gak. ...

Selamat Hari Raya Dari Yeop

Image
Selamat Berbuka Puasa Selamat Bertarawikh Selamat Berqiamulail Selamat Mencari Lailatul Qadar Selamat Bersahur Selamat Menyambut Kedatangan Syawal Selamat Hari Raya Aidilfitri *****YEOP*****