Berkebun di bulan Ramadhan
Assalamualaikum...Selamat menyambut Ramadhan. Alhamdulillah dah nak masuk ke malam ke-21. 10 malam terakhir yg di mana salah satu malamnya ada malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam Lailatu Qadar. Sama2 lah kita berusaha mendapatkannya. Insya Allah... Kali ni nak share skit hasil usaha aku mengemaskini tumbuh-tumbuhan di rumah aku. Saje buat keluar peluh skit bulan2 pose ni.hehe... Ni salah satu pokok yang aku kerjakan. Kasi servis skit enjin dia. Cuba tengok dah berserabut akar dalam pasu. Terlampau sarat. Tak bagus untuk pertumbuhan akar baru dan penyerapan air. So kene kasi clear dan pecah2 pokok ni kepada pasu lain. Pokok ni senang tanam. Tak perlu biji benih. Pertumbuhan melalui batang pokok. Cucuk je tumbuh akar dan pokok. Akar pokok ni bila dah banyak dia akan membentuk ubi. Tak tau la bleh makan ke tak.huhu... Ok daripada pokok satu pasu tadi, aku pecah2 kan kepada lebih kecik dan ringkas. Kemudian masuk kat pasu baru. Tapi sebenarnyakan aku tak tau apa nama ...