U Follow Me, I Follow U

Saturday, January 29, 2011

Pergi berguru dengan guru paling tua di dunia...

biar alam mengajar kita...

Tuesday, January 25, 2011

Menang Contest UPM



Assalamualaikum...alhamdulillah pagi tadi cek inbox Facebook dapat mesej dari page Facebook UPM (sile like) yang aku menang hadiah mini contest teka gambar kat page Facebook UPM. Sebelum ni pernah try tapi tak bernasib baik. Tapi kali ni dapat.huhu...

Hadiah yang berupa Diari UPM. Diari tu memang cantik. Kalo korang nak tgk kene la join contest ni.huhu








Inilah gambar yang aku teka tu. Peraturan contest tu just suh teka lokasi tempat gambar ditangkap. Lokasi gambar ni di Postgraduate Room kat Library UPM (aku pernah masuk sekali).

Monday, January 24, 2011

My Movie Review: The Social Network






Assalamualaikum... kali ni nak review cite THE SOCIAL NETWORK atau bahasa mudahnye sejarah awal FACEBOOK. Cerita yang berkisarkan mengenai Mark Zuckerberg iaitu CEO Facebook mendapat idea untuk membangunkan satu laman sosial yang baru.

Plot penceritaan bermula masa Mark mendapat idea untuk buat Facesmash iaitu compare gambar perempuan kat Harvard mana yang hot. Kemudian page tu mendapat hit yang banyak dalam tempoh masa yang sekejap. Daripada situlah revolusi idea untuk Facebook berkembang.

Cerita ni banyak flashback sebenarnya. Situasi sebenar adalah Mark disaman dan dibicarakan atau disiasat kerana mencuri idea asal Facebook. Flashback tu yang ceritakan sejarah awal Facebook.



Cerita ni bagi aku sangat berat. Sebab banyak sangat cakap. Memang kene konsentret betul-betul ape yang Mark cakap. Sebab dia cakap memang laju. Nak kata cerita ni menarik, tak pun. Takde klimaks dan takde ending. So takde bintang yang aku leh kasi. Cerita ni just for knowledge je ar. Walau apa pun, kalau anda pengguna harian Facebook, mesti anda nak tonton movie ni punye. gerenti lah.hehe...

Itu saja untuk review kali ini. Facebook telah membuka satu lembaran baru dalam dunia komunikasi massa. Sehingga kini ia masih berkembang dan bilangan pengguna terkini dah cecah 600 million!

Sabtu Ahad

Cuti sabtu ahad balik rumah. Gerak seawal pagi dalam pkul 11pagi.hehe. Sampai umah dalam pkul 12tgh hari. Balik2 terus lunch masakan mak. best giler. pastu tido akibat keletihan menunggang motosikal berkuasa tinggi.kroh... kroh... kroh...

Malam ada BBQ. Ala-ala reunion geng2 pegi langkawi aritu. dah sebulan kami pulang dari langkawi. tapi keseronokan die masih ade.hehe. Dah BBQ makan ayam le ape lagi. Malam sket tgk bola. MU menang besar malam tu lawan Birmingham. 5 - 0.huhu... Sambil lepak dgn geng2 bertukar2 citer. pastu balik tido...







Ahad bangun makan terus bersiap nak balik kolej. Mendung la pulop.adoyai. Yes ternyata kene naik jetski. Motorku meluncur laju membelah titis-titis air. Sampai rasa nk demam dibuatnya. Sampai kolej dalam pkul 5. Hujan pun dah berhenti. Masa untuk berfutsal. Tiba2 rasa tak sedap ati. cek cek cek... aduh kasut futsal tertinggal kat umah lak!!! Nasib baik hari ni xde budak main futsal. so esok kene terbang mengambil kaki yang tertinggal...

oh sabtu ahad...

Friday, January 21, 2011

My Movie Review: 127 Hours



Assalamualaikum...Kali ni nak review skit pasal cite 127 Hours. Ni kisah sebenar Aron Ralston yang telah difilemkan. Kisah di mana Aron pergi mengembara pada hujung minggu di ngarai Moab, Utah. Tapi pemergian dia tidak diketahui oleh sesiapa. Mungkin dah rasa hebat sangat sampai keluarga sendiri pun tak tau yang dia nak masuk ke kawasan yang takde orang langsung.

Kemudian apabila ditimpa kemalangan, takde siapa pun tau. Dan dia mengambil masa 5 hari lebih untuk selamatkan diri. Sepanjang dia terperangkap tu baru la dia sedar apa silap dia dan mula menghargai hidup.

Perjalanan cerita ini tak banyak dialog. Tapi banyak view2 pemandangan yang menarik kawasan ngarai.

Bile tengok cite ni sebenarnya rasa macam banyak berkaitan dengan aku. Aku suka rekreasi, masuk hutan keluar hutan panjat gunung turun gunung redah sungai redah laut dan macam2 lagi. Ia membawa mesej yang cukup direct bagi aku, iaitu malang itu memang tidak berbau. Kita mesti bersedia untuk dalam apa jua keadaan. prepare for the worst orang putih cakap. Dan tak salah kalau inform sesiapa dulu sebelum melakukan aktiviti sebegini.

Klimaks cite ni bile Aron perlu buat keputusan untuk terus terperangkap dan tunggu bantuan atau lebih teruk mati kebuluran kat situ, atau hilang salah satu anggota badan. Dalam dunia survival, critical thinking sangat penting.

Tontonilah cite ni kalau nk tau kisah sebenarnya.

aku kasi 5 bintang cite ni sebab mampu memberikan effect yang mengerikan kepada aku.huhu...

p/s: sangat suka poster 127 Hours.

Kerusi Patah

Kawan...
Kerusi yang kita tukangkan bersama dulu dah patah la

Outing Thaipusam 2011


Assalamualaikum pembaca2 blog sekalian. Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman pertama ke satu perayaan hindu iaitu Thaipusam yang kebanyakannya diraikan oleh masyarakat Tamil. Walaupun rumah saya berhampiran Batu Caves dalam lebih kurang 10 minit perjalanan, tapi ni baru pertama kali pergi. Itu pun bertolak dari UPM sebab tak balik rumah cuti ni.



Outing bersama Encik Bangla kami bergerak seawal 6.40 pagi dan tiba di Batu Caves dalam pukul 7.30 pagi. Breakfast jap dan terus memulakan photoshoot. Memang perayaan Thaipusam menjadi satu event kegemaran photographer. Satu event yang exotic dan penuh dengan kebudayaan tersendiri. Memang ramai photographer yang mengambil peluang untuk merakamkan moment2 yang menarik.

Kali pertama dalam event ni memang tak tau port2 yang menarik. Saya terus menuju ke pintu gerbang untuk menangkap gambar perarakan masuk mereka. Keadaan di situ memang sangat sempit kerana kepadatan manusia dan saya rasa sedikit takut dengan suasana di situ. Tapi masih ada ruang untuk saya berkarya.



Masa perarakan kavadi yang besar, tiba2 dia stop betul2 depan saya, di laluan dari pintu gerbang untuk ke tangga batu caves. Kemudian dia berpusing-pusing. Memang masa tu saya sangat cuak kerana kavadi tu berpusing2 depan mata saya dan saya takut terhantuk je. Dah la ramai orang lalu. Tapi rasa rugi sebab masa tu guna lensa tele so tak dapat rakamkan saat2 cemas tu. Kemudian kavadi tu terus bergerak ke arah tangga. Beberapa shot lagi ditangkap, kemudian keluar dari pintu gerbang tu untuk amik gambar suasana di luar pulak.



Keadaan di situ nampak harmoni dengan suasananya. Pihak polis, FRU dan RELA mengawal lalu lintas dan keselamatan sekitar. Tempat derma darah pun ada kat bawah fly over lagi. Dan ada juga aktivis alam sekitar yang menyeru supaya tidak membuang sampah merata-rata. I like this.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap gambar sebab dah tiada idea. Dalam 9.30 pagi dah bersiap untuk pulang ke UPM. Ini adalah pengalaman pertama. Pengalaman pertama ni selalunya saya ibaratkan macam recce2 dulu. So next year pasti akan datang lagi dan lebih bersedia untuk beraksi. oh yeahhh....


Sunday, January 16, 2011

KHURAFAT!!!

Semalam tgk cite KHURAFAT. dah lama tak tengok cite seram melayu kat wayg. Suasana memang best bile penonton bagi respon terkejut dan sebagainya.hehe...

Overall cite ni menarik. Pengarah pandai twist watak yang mengamalkan khurafat tu. sampai aku pun tertanya2 sape yg punye keje sebenarnye. mula2 ade 3 orang suspek. makcik cleaner, anna then aishah. tapi tiga2 bukan. ceh...

Sekarang ni aku tengok industri filem melayu banyak konsep cite seram. Tapi cite seram ni masih mengekalkan elemen yang biasa2 iaitu seram jenis tekejut2 dengan sound effect yg mendebarkan. well elemen ni masih berkesan dan cite ni best. tahniah mr director.

Tapi ade gak part cite ni yg aku x suke. aku tak suke adegan mimpi. efek seram dah jadi, dah klimaks tapi rupe2nye mimpi. spoil betul part ni.

So utk cite ni aku kasi 3.5 star je. aku bukan peminat cite seram pun.huhu... tapi suke effect suspen die.nice...

Kepada penggemar cite2 seram, cite ni worth utk ditonton.

Saturday, January 15, 2011

2011 Movies

Agak bosan hari ni. Lalu bersiar-siar di The Internet Movie Database dan survey2 movie yg bakal release kat malaysia kat sini. Banyak cite best2 ni.huhu...

Upcoming Releases for Malaysia

20 January 2011
* Morning Glory (2010)

21 January 2011
* The Way Back (2010)

27 January 2011
* The Town (2010)

3 February 2011
* The Green Hornet (2011)
* Yogi Bear (2010)
* Sanctum (2010)

10 February 2011
* Monte Carlo (2011)

17 February 2011
* True Grit (2010)
* No Strings Attached (2011)
* Burlesque (2010)

18 February 2011
* The Mechanic (2011)

24 February 2011
* Black Swan (2010)
* I Am Number Four (2011)
* Hall Pass (2011)

25 February 2011
* Drive Angry 3D (2011)
* The Eagle (2011)

3 March 2011
* How Do You Know (2010)
* The Adjustment Bureau (2011)

10 March 2011
* The Rite (2011)
* Rango (2011)
* Big Mommas: Like Father, Like Son (2011)
* Mars Needs Moms (2011)
* The Malay Chronicles: Bloodlines (2011)

17 March 2011
* 127 Hours (2010)
* The Dilemma (2011)

18 March 2011
* Beastly (2011)

24 March 2011
* Sucker Punch (2011)
* Morning Glory (2010)
* Gnomeo and Juliet (2011)
* Dalam Botol (2011)

31 March 2011
* Just Go with It (2011)
* Hop (2011)

7 April 2011
* The Lincoln Lawyer (2011)
* Rio (2011)
* Restless (2011)

14 April 2011
* Hanna (2011)
* Justin Bieber: Never Say Never (2011 Documentary)

15 April 2011
* Scream 4 (2011)

21 April 2011
* The Roommate (2011)
* Red Riding Hood (2011)
* Source Code (2011)

28 April 2011
* Thor (2011)
* What's Your Number? (2011)

5 May 2011
* Fast Five (2011)

12 May 2011
* Paul (2011)
* Priest (2011)

19 May 2011
* Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (2011)

26 May 2011
* Kung Fu Panda 2 (2011)
* Bad Teacher (2011)

27 May 2011
* Born to Be a Star (2011)

2 June 2011
* X-Men: First Class (2011)

16 June 2011
* Green Lantern (2011)

23 June 2011
* Your Highness (2011)
* Rise of the Apes (2011)

30 June 2011
* Transformers: Dark of the Moon (2011)

7 July 2011
* Prom (2011)
* Bridesmaids (2011)

14 July 2011
* Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011)

21 July 2011
* Captain America: The First Avenger (2011)
* Winnie the Pooh (2011)

4 August 2011
* The Smurfs (2011)

11 August 2011
* Zookeeper (2011)

18 August 2011
* Cowboys & Aliens (2011)

25 August 2011
* Final Destination 5 (2011)
* Cars 2 (2011)

22 September 2011
* Friends with Benefits (2011)

24 November 2011
* The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 (2011)
* Puss in Boots (2011)

15 December 2011
* Alvin and the Chipmunks 3D (2011)

Thursday, January 13, 2011

Semuanya kembali normal...

Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah kembali sembuh. Setelah hampir sebulan tak sihat. Semuanya bermula pada 16 Dec 2010. Masa tu mula rasa pening2 & sakit kepala. Solution biasa makan panadol dan berehat. Esoknya pulak sakit tekak. adoyai...sakit tekak menyebabkan aku tak leh minum ais. cis sungguh. Kemudian badan mula rasa lesu dengan virus2 demam. Lalu trus ke klinik berdekatan untuk mencari penawar2 moden. dapat la dua tiga beg pil2 dan cecair berbotol2. Dah makan ubat trus berehat. Aku kene rehat cukup2 sbb 18 - 22 Dec 2010 nk g holiday kat langkawi.

Esoknya bertolak ke langkawi. Dalam keadaan separuh sihat separuh demam. Kat langkawi banyak aktiviti yg best2 kitorang buat. nnti sembang kat post lain. tapi sepanjang aku kat langkawi hanya bergantung pada ubat-ubatan untuk buat aktiviti. kadang2 ok kadang2 jem.hehe... tapi ape2 pun tetap enjoy.

Balik dari langkawi, kesihatan aku masih tak stabil. terus berehat. kuantiti ubat dah semakin berkurangan. Risau pulak bile demam lama2 ni. Sebab sekarang musim denggi. tapi tak nampak simtom2 denggi pun.hmmm...

Ada satu hari tu kene pegi UPM. jumpe supervisor jap. dikesempatan itu aku singgah kat PKU untuk amik ubat free.hehe... macam biasa ar uabt2 PKU kasi kalau demam. Tapi pada masa tu aku dah tak demam sebenarnya. Suhu badan doktor cek normal. cuma aku rasa pening dan kepala rasa panas. Malam kalau tido kepala panas dan batuk2.

Keadaan aku berlarutan sehingga ke tahun baru. Keadaan semakin pulih. tapi sakit tekak dan badan panas masih tak hilang. 3 Jan 2011 mak aku mula risau dengan keadaan aku. Sem baru dah nak bermula tapi aku masih tak sihat. So pegi klinik lagi. Macam biasa doktor cek, suhu badan normal. tak demam. tapi aku rasa pening kepala, bertambah pening bile nampak cahaya silau, sakit tekak dan ada ruam2 kat badan. aku ckp kat doktor yang aku dah demam lama dan ada ruam2 kat badan, aku suspek denggi, tapi doktor cakap bukan. die just kasi ubat demam biasa dan suruh berehat. Malam tu tido tapi macam biasa badan rasa panas. Malam tu tido mak aku jaga. jerlumkan kepala supaya panas keluar.

Hari esok pun tiba, bangun pagi, mandi, tapi bila tengok muka kat cermin rasa lain. ada ruam2 muncul makin banyak. Cek kat badan pun dah mula ada. Bila bagitau kat mak, mak cakap aku kene demam campak. Fuh... dugaan di tahun baru. Maksudnya aku dah start kene semalam. Jadi hari ni hari kedua. Aku berehat macam biasa kat rumah. Sempat search kat internet pasal demam campak, info yang aku dapat seminggu baru bleh kebah demam campak ni. Lalu aku pun terus berehat...

Hari ketiga muka dah penuh bintik2. masih baru dan berair lagi. kat badan pun dah mula naik. Mak buatkan ubat. campuran kapur dan madu. kemudian sapu kat muka dan seluruh badan tempat2 yang kena. Kemudian terus berehat. Masa ni memang terasa seksanya. dengan sakit tekak yang amat sgt sebab badan panas. Nk makan pun hilang selera. Aku cuma makan bubur dan ikan bilis je. Bile kene demam campak ni makanan yang gatal2 kene pantang. kalau tak lambat baik. Aku terus berehat... Malam tu paling seksa. masa nak tido. nak masuk hari ke empat, badan aku panas sangat, bibir kering kontang, tekak sakit rasa panas, batuk tak henti2. memang menyeksakan. setiap sejam aku terjaga. setiap kali terjaga aku minum2 banyak2 dan ke toilet basahkan kepala nk kasi sejuk skit. itulah dugaan...

Hari keempat setelah malam yang menyeksakan. aku terus berehat. bintik2 kat mula dah mula mati. sepanjang aku demam campak mak kasi aku minum air kelapa untuk sejukkan badan dan keluarkan semua bintik2.aku terus berehat...

Hari kelima dah mula rasa sihat. badan dah kurang panas, tapi tekak masih sakit. selera makan masih takde. bintik2 dah sampai kat kaki.

Hari keenam mula nak sembuh. bintik2 dah banyak yang mati kat muka dan badan. kat kaki je belum. aku terus berehat, banyakkan minum air dan terus berdoa agar cepat sembuh.

Hari ketujuh tekak dah tak sakit. badan dah tak rasa panas lagi. tapak kaki dah keluar bintik2. orang kate kalo dah keluar bintik2 kat tapak kaki maksudnya dah baik. Syukur alhamdulillah... tapi kesan2 campak masih tak hilang kat muka dan badan. Masa untuk buat rawatan selanjutnya. Menggunakan beras dan daun mambu yang digiling bersama kemudian disapu ke muka dan badan. Rawatan ni nak mematikan kesan2 tu dan hilangkan parut.

Alhamdulillah sekarang aku semakin sihat. tapi masih berehat kat rumah. selera makan pun dah ada balik, dah mula makan ayam dan daging balik.huhu... tapi makanan laut macam udang & sotong tak berani makan lagi. takut gatal satu badan.hehe

Inilah pengalaman demam aku yang paling teruk. Aku rasa tahun lepas aku dah lama tak demam kot. kalau tak silap mungkin aku demam sekali je kot tahun lepas. Sebab kalau badan rasa nak demam aku akan makan panadol dan berehat. esoknya ok la. Memang betul la orang cakap kalau dah lama tak demam, sekali demam balik memang teruk.

Syukur alhamdulillah keadaan aku dah kembali normal. Terima kasih kepada mak yang sentiasa menjaga aku siang dan malam. Next week pulang ke kampus meneruskan misi menamatkan pengajian master di tahun ini insya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...