Posts

Showing posts from May, 2014

Carta Minggu Ini Asyraf Azizan Guitar Chord Collection ( Minggu 2)

Image
Minggu ini Srikandi Cintaku daripada Bloodshed menjadi pilihan. Singgah AAGCC untuk layan gitar lagu-lagu terkini dan rock kapak di dalam dan luar negara.

Graphic Designing

Image
 Conteng-conteng main grafik Inilah hasilnya

Ehhh Saiful Apek laa...

Image
 Terkejut bila dapat e-mail dapat notification yang Saiful Apek retweet chord lagu aspalela yang di post pagi tadi kat AAGCC . Terima kasih tidak terhingga...  Siap follow lagi tu. I follow balikk... hehe... Meh singgah jenguk-jenguk koleksi chord gitar saya. Ada lagu-lagu melayu, rock kapak, tangkap cintan, mat salleh, jepun dan seantero dunia. Music for life oh yeahhh.... Rock Will Never Die!!! Asyraf Azizan Guitar Chord Collection

Sakit mata

Image
Jumaat lepas, pagi-pagi dah ride untuk pulang ke rumah. Sampai je macam biasa tidur dulu. Lepas tu sembahyang Jumaat dan makan. Malam tu pulak ade game futsal. Lepas game tu pegi la toilet jap, bile tengok cermin, sebelah mata dah merah. Mungkin sebab dah ngantuk kot. Tak kisah la sangat. Balik rumah tidur Keesokan harinya, bangun pagi dah rasa tak best kat mata kiri. Rasa macam bengkak dan ada banyak tahi mata. Aduhh memang sah la ni sakit mata. Tak best betul la. Cuci mata sikit dengan air bila tengok kat cermin memang dah merah teruk. Lepas mandi terus ke klinik, malas dah nak tunggu lama-lama. Dapat la sikit ubat makan dan ubat titis. Ubat titis ni bila dah titis kat mata mesti rasa pahit kat tekak. Ada rongga yang bersambung kot. Alhamdulillah hari ini dah semakin sembuh. Bila sakit mata ni kena pantang makan sikit. Makanan yang tinggi protein macam telur memang kena pantang. Kalau tidak rasa gatal-gatal yang amat sangat kat mata dan mata akan jadi merah ba

Selipar

Image
Ini selipar saya, bawa jalan merata-rata, tidak sangat berjenama, cukup untuk berjalan raya. Ini selipar saya, warnanya biasa saja, tidak gelap tidak bercahaya, cukup sekadar biasa-biasa. Ini selipar saya, akhirnya berganti juga, impian besar keliling dunia, oh ini selipar saya...

Berhati-hati dengan SPAM mail

Image
Kepada pengguna-pengguna E-mail anda mesti pernah mendapat SPAM mail kan. Lagi-lagi yang jenis ONLINE BANKING ni. Kadang-kadang ayat yang ditulis tu sangat menarik dan tertarik untuk ditekan. Service maintenance lah, upgrade system lah. Agak-agak pernah tak ada orang yang terkena dengan trick ni. Mungkin dalam 1000 e-mail akan terkena satu atau dua. SPAM macam ni memang bahaya kerana ia akan meminta butiran peribadi kita secara halus. Jadi untuk mengetahui samada emel itu boleh percaya atau tidak, pertama sekali rujuk pada alamat e-mail yang hantar. Kadang-kadang nama e-mail tu dah betul tapi bila tengok alamat sebenar, lain pulak yang keluar. Yang kedua pulak berhati-hati dengan direct link yang disediakan. Bila kita letak cursor mouse pada link tu, tengok pada address yang akan terpapar di bawah. Kalau mencurigakan tu memang TIPU la tu. Tapi link tu kalau ditekan memang akan keluar interface yang sama macam ONLINE BANKING. dari situlah maklumat korang kan dikorek habis-

Carta Minggu ini Asyraf Azizan Guitar Chord Collection

Image
Minggu ni ramai layan lagu Misteri Mimpi Syakila daripada Wings. Meh singgah AAGCC goreng2 lagu rock kapak dan terkini...

Under construction...

Image