U Follow Me, I Follow U

Wednesday, May 20, 2009

Table For Two

TERIMA KASIH KERANA SUDI DATANG!!!!!!




Thursday, May 14, 2009

Rock Idol


Bruce Dickinson


Di lahirkan pada 7 Ogos 1958, Paul Bruce Dickinson merupakan vokalis band Iron Maiden, penulis lagu, record producer, host radio, pemain pedang (fencing), DJ, penulis novel, historian serta juruterbang pesawat komersial.


Beliau yang berasal dari Workshop, Nottinghamshire, menjadi vokalis Iron Maiden selama hampir 32 tahun. Beliau juga pernah mewakili England sebagai pemain pedang di peringkat antarabangsa serta pernah menghasilkan 2 buah novel pada tahun 90-an.



Beliau juga menghasilkan brand untuk peralatan fencing yang diberi nama Duellist.




Apa yang paling menarik sekali, beliau mampu menerbangkan pesawat komersial seperti B737, B757 dan lain-lain lagi. Beliau juga menjadi juruterbang untuk pesawat Iron Maiden iaitu Ed Force One Boeing 757 dan membuat tour di seluruh dunia.











Bruce Dickinson merupakan Rock Idol saya kerana minat beliau terhadap muzik metal serta terbang. huhu

p/s: teringin jadi pilot sebenarnya :p






UP THE IRON!!

Wednesday, May 13, 2009

Baju Baru Si Kecil





Waterproof casing for Canon IXUS 850is
Get ready to get wet!!!

Review Album

Yngwie J. Malmsteen - Angel Of Love (2009)


Forever One
Like An Angel
Crying
Brothers
Memories
Save Our Love
Ocean Sonata
Miracle Of Life
Sorrow
Prelude To April
Satu album kompilasi instrumental daripada gitaris hebat Yngwie J. Malmsteen. Membawa genre neoclassical metal, beliau membawa semula lagu-lagu lama beliau yang terkenal di kalangan peminat muzik metal dengan irama instrumental. Memang layan semua lagu-lagu yang ada. Antara yang paling saya minati ialah Forever One, Like An Angel, Memories dan Save Our Love. Gitaris gigih ini memulakan karier beliau seawal usia 18 tahun bersama band Steeler, kemudian Alcatrazz, dan seterusnya bergerak secara solo sehingga sekarang dengan menghasilkan 28 album termasuk album kompilasi serta konsert.

ROCK WILL NEVER DIE!!! YEAH!!!



Tuesday, May 12, 2009

Tatkala menyorok di waktu pagi...

8.10 tiba di Maulana Bistro, Seri Sembangan. Berhampiran office tempat aku ber"Facebook"...eh silap, menjalani latihan industri. Menu biasa untuk alas perut dan save budget, roti telur dan ice kosong. Mengambil posisi mengadap office aku, meja hadapan ada seorang wanita mengadap aku. Umur mungkin dalam 20an, mungkin melayu, berambut panjang serta tidak bertudung, berbaju t-shirt berwarna pink tanpa lengan, berseluar pendek paras lutut berwarna hitam, berselipar dan merokok.

Perempuan merokok? Sesuatu yang aku kurang gemar untuk melihat. Hodoh sekali. Kenapa perlu merokok ek. Aku tidak melihat perkara ini pada konteks wanita sahaja. Bagi lelaki pun sama. Kenapa perlu merokok? Aku melihat rokok itu banyak mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Dan ada sesetengah pendapat mengatakan rokok itu haram di sisi Islam.



Merokok membahayakan diri sendiri dan lebih membahayakan warga di sekeliling perokok tersebut. Malahan kotak rokok sekarang pun dah terpampang kesan dan akibat merokok. Tetapikan kenapa kerajaan masih membekalkan rokok kepada perokok-perokok tegar ini? Adakah kerana cukai yang tinggi untuk memperolehi keuntungan yang tinggi? Setinggi mana keuntungan tersebut akhirnya akan mendatangkan masalah balik kepada mereka. Merokok boleh membawa kepada ketagihan, ketagihan yang melampau akan mendorong perokok untuk mencuba sesuatu yang lebih 'power' seperti ganja dan sebagainya. Kemudian menjurus ke arah penagihan dadah pula. Seterusnya menjadi antara masalah sosial yang utama di negara kita. Putaran keuntungan tadi telah diputar ke arah yang merugikan. Akibatnya kerajaan terpaksa membelanjakan wang untuk membaiki keadaan, merawat kembali penagih-penagih tersebut, serta merawat mereka-mereka yang menghidapi penyakit yang berkaitan rokok sepeti kanser dan lain-lain.



Pernahkah mereka terfikir ini semua? Atau semua orang berfikiran yang sama?...

dah pukul 8.20. Roti telur+ice kosong = RM2.00.

Masuk office dulu...

Friday, May 8, 2009

Latihan Industri

Lokasi : Multimedia Synergy Corporation Sdn. Bhd.,
Seksyen 4, Taman Sungai Besi Indah,
Seri Kembangan, Selangor.

Office Hour : 0830-1730

Elaun : 3 angka huhu...

Tempoh : 27 April 09 - 3 Julai 09








Monday, May 4, 2009

Suatu pagi yang tenang...


Bangun pagi dan bersiap untuk pergi latihan industri. Cuaca hari ini agak mendung. Jalan sedikit basah. Hujan kot semalam. Aku bertolak seawal 7.45 pagi ke Seri Kembangan, ke tempat LI aku di MMSC. Tiba di sana, singgah makan jap di Maulana berhampiran.

Tak ramai orang. Mungkin dah masuk kerja. Tempat aku masuk 8.30. Aku mengambil tempat di tepi sekali, berhampiran jalan, sebelah parking dan mengadap office aku. Aku memesan roti telur dan teh tarik.

Kemudian datang sebuah truk Hilux dan parking berhampiran aku. Kenderaan itu parking sedikit senget dan memakan 2 tempat parking. Buruk punya perangai. Mentang-mentang kenderaan besar. Tak beradab langsung.

Di depan aku ada seorang wanita berketurunan india berusia mungkin dalam 20an. Ketat betul muka dia. Pagi-pagi dah muka ketat. Kemudian datang seorang pengemis. Bertongkat. Kaki kirinya sakit. Mungkin berketurunan melayu, macam cina pun ada jugak. Muka ala-ala Stephen Chow. Cina la kot. Dia datang menghampiri wanita india tadi. Cuba untuk meraih simpati meminta wang. Wanita itu sikit pun tak pandang mahu pun senyum. Mukanya masih ketat seperti tadi. Pengemis itu pun beredar dan menghampiri aku pula. Aku pun hulurkan sedikit bantuan...

Perkara ini bukan kali pertama aku hadapi. Malah bukan aku saja, setiap orang pun mesti pernah rasa apabila ada pengemis atau peminta sedekah datang menghampiri kita di tempat makan atau di mana saja, kita menolak atau buat-buat tak tau. Cuma kadang-kadang sahaja kita hulurkan bantuan. Mengapa perkara ini sering terjadi. Adakah kerana kita tidak percaya pada mereka atau kita tidak mampu atau memang kita ini seorang yang kedekut. Aku terpandang diri aku. Aku pun pernah buat macam wanita india tadi tu buat pada pengemis itu. Mengapa kita begitu...

Hakikatnya diri kita juga memerlukan bantuan. Tak kira dalam bentuk apa. Menderma sedikit wang bukanlah suatu beban sebenarnya. Apabila kita menyebut tentang derma, ia berkaitan dengan keikhlasan diri kita. Sejauh mana kita boleh memberi berbanding dengan selalu menerima. Harta yang kita ada juga adalah pemberian Allah S.W.T. Ia adalah rezeki pada kita dan amanahkan kepada mereka yang memerlukan. Seorang ustaz pernah berkata kepada aku bahawa orang yang menderma ini tidak akan habis hartanya malah akan terus bertambah. Jika kita menderma dengan ikhlas, kita akan rasa kenikmatannya. Malah jika tidak berwang pun hati masih rasa senang dan tenteram. Berbanding bagi sesetengah orang yang berwang tetapi hatinya masih tidak tenteram dan sering risaukan hartanya.



Sebagai contoh mereka yang meraih harta dengan cara yang haram biasanya tidak akan senang duduk. Kalau orang yang berjudi, selepas meraih keuntungan judi, pasti akan bertambah keinginannya untuk berjudi lagi dan risaukan hartanya lesap. Tetapi bagi mereka yang berusaha, rezeki yang mereka perolehi pasti merupakan suatu nikmat yang tidak terkata. Dan kita gunakan rezeki itu untuk membantu yang lain pula, pasti akan terjamin rezeki kita nanti insya Allah.

Jadi janganlah kita rasa berat untuk menderma. Berilah setakat mampu. Orang yang meminta derma tidak akan pertikai pun kalau kita derma 10 sen saja. Yang penting ikhlas dan dermalah walau sebuah senyuman. Kepada rakan-rakan yang buat LI, selamat bekerja.huhu


www.mmsc.com.my

Aku LI kat sini sekarang. Tak sempat nak post pasal LI lagi. nanti ek. huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...