U Follow Me, I Follow U

Tuesday, February 23, 2010

oh FYP...

Mood sekarang tengah gundah gulana. Projek bergerak dengan halaju kura-kura sakit perut. Dengan presentation yang semakin mendeadlinekan diri, serangan ujian 2 lagi, bakal2 assigment lagi menyebabkan keserabutan kekepalaan...

Good Luck to me...







anyway...thanks 4 the gifts honey...

Monday, February 22, 2010

Peristiwa Semalam...

Semalam, pergi outing bersama photomalaysia kat Lake Garden. Keluar rumah seawal 7am. Pergi ke rumah kekasih hati dulu pickup dia, pastu terus ke Lake Garden. Bila sampai di sana acara pertama bermula dengan mencari parking. Semalam memang pack giler parking. Tapi alhamdulillah ada rezeki. Ada kereta nak keluar masa tu. So dapat la parking. Kemudian register kat mereka. Outing kali ni mencecah 200 orang peserta. Memang ramai photographer hari tu dengan gear yang canggih manggih. Lepas selesai urusan register, semua orang berkumpul untuk group photo. Selepas itu macam biasa, kumpulan dibahagikan dan photoshoot pun bermula.

Bertemakan alam sekitar, photographer bebas menghasilkan karya-karya tersendiri. Bagi aku pula, pada outing kali ini tak banyak beraksi. Just hang out with her and cuba-cuba shoot macro without macro lens.huhu...

Kemudian semua orang berkumpul balik jam 11am untuk model shooting. Aku tak join model shooting kali ini. Tak larat ar. Semalam tidur lewat, hari ni bangun pagi, cuaca panas gile lak tu. Model kali ni seramai 8 orang kot. Semua perempuan. Lepas tengok-tengok jap, kami pun balik. Sebelum tu hantar moonsyi jap kat KTM.

Balik singgah lunch jap kat tempat best. Then hantar mir balik. Hari yang panas, perut dah kenyang, mata dah mengantuk. Balik rumah, sembahyang dan tidur...

Malam bersiap untuk pulang ke kolej. Lepas isyak terus bertolak pulang ke kolej. Dalam perjalanan nak sampai ke UPM, tiba-tiba terasa nak makan slurpee. Singgah sebentar kat 7-11 berdekatan. Belek-belek wallet, ada RM1. Belek-belek lagi, ada RM50 sekeping. Besarnye duit. Takpe pergi isi slurpee dulu. Saiz besar punye. Kat kaunter time queue, ada brader kat depan beli topup RM10. Dia bayar guna RM50 sekeping...

Cashier:"ada duit kecik tak bang?"

brader depan:"xde ar dik"

cashier tu terpaksa terima jugak. Urusniaga selesai. Kemudian aku pulak menghulurkan RM50 sekeping.

Cashier:"ada duit kecik tak bang?"

saya:"alamak... xde ar"

Cashier:"kitorang memang dah xde duit RM10 dah ni"

Aduh...garu kepala kejap. Mana nak carik RM2.20 ni untuk bayar slurpee. Tiba-tiba ada seorang akak ni dengan anak dia. Kebetulan beli slurpee gak dengan barang sedikit. Melihat keadaan aku macam tu, dia mengoffer untuk membayarkan. Aku terkejut jap. Rezeki Allah dah turunkan. Akak tu membantu aku dengan membayarkan slurpee tersebut. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat akak tu. Kemudian beredar pulang ke kolej. Ini adalah kali pertama stranger bayarkan untuk aku. Terima kasih akak. Moga Allah mencucuri rahmat dan memurahkan rezeki akak. aminnnn...

p/s: saya dah ada blog baru
p/s: gambar outing bleh tengok kat sini. Blog baru saya bertemakan photoblog

Sunday, February 21, 2010

Preview for tomorrow...

Preview sikit outing with photomalaysia lepas. Esok akan beraksi lagi dengan mereka di Tasik Perdana pulak. Dengar kata dalam 200 photographer akan hadir. neves2...






Sunday, February 7, 2010

Outing with Photomalaysia

Arghhh...Internet problem. Xleh nak update blog. Sekarang baru ok. Gambar2 ni masa g outing dgn photomalaysia. Photomalaysia 1 forum mengenai dunia fotografi dimana hampir semua fotografer berkumpul dan membincangkan hal mengenai fotografi, saling bertukar pendapat dan mengkritik antara satu sama lain.

Ni adelah outing pertama tahun 2010 yang dianjurkan oleh photomalaysia. Tajuk outing ialah "newbie day out" memfokuskan pada pengenalan fotografi kepada penggemar baru fotografi atau pun 'newbie'. Outing ni mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana penyertaannya melebihi 100 orang.

Otai2 photomalaysia yang pelbagai background akan akan membentuk beberapa kumpulan dan otai2 tu akan mengetuai dalam 10 - 15 orang peserta. Dari kumpulan kecil tu kami berkenalan antara satu sama lain, berkongsi pengalaman dan sebagainya. Lokasi pengambaran bermula di bangunan KTM Kuala Lumpur hingga ke Masjid Negara...



member aku, ubey dan D90 nya
shutter speed: 1/6s
Aperture: f/8
ISO: 1600

Bangunan KTM waktu pagi
shutter speed: 1/1250s
Aperture: f/10
ISO: 800
surau ke tandas ?
shutter speed: 1/50s
Aperture: f/5.6
ISO: 800
silhouette pekerja KTM
shutter speed: 1/1250s
Aperture: f/5.6
ISO: 800
Bangunan KTM
shutter speed: 1/30s
Aperture: f/22
ISO: 100
KTM Berhad
shutter speed: 1/400s
Aperture: f/8
ISO: 100

Saturday, February 6, 2010

Serangga Nuang...


Friday, February 5, 2010

XPDC Gunung Nuang

Hari tu, geng2 kembara pegi memanjat gunung. Gunung Nuang yang terletak di kawasan Hulu Langat. Ini adalah pengalaman aku yang pertama memanjat gunung. Tahniah diucapkan. Bagi aku trekking dalam hutan dah biasa, cuma mendaki je kurang lagi. Jadi hari tu memang dilimpahi dengan aktiviti mendaki. Aku dengan rela hati mengambil posisi sweeper. Ntah kenapa aku pilih posisi tu pun xtau. Akibatnye aku terpaksa mendaki lebih kurang 6 jam untuk sampai puncak. sepatutnya dalam 2 jam boleh sampai. Tapi nak buat macammana. Inilah yang dikatakan teamwork.huhu... Tapi time turun aku letak jawatan sebagai sweeper. Jadi striker lak.hehe... Dah ar jalan malam. Headlight aku lak buat taik time tu. Pinjam je torchlight budak2 dan turun selaju yang mungkin. Padahal tak laju pun.huhu... So totally naik dan turun memakan masa 12 jam. gilo lama. Tapi tu semua pengalaman. Memang best... Tahniah diucapkan. Next time tawan puncak lain lak...


Masa kat puncak



Makan2 atas puncak


Bergambar ramai2 atas puncak

Thursday, February 4, 2010

KOJ 3401

Mari belajar asas fotografi. Kursus ni dari aku first year dah dok usha2. Tapi kursus ni untuk budak fakulti bahasa je sebenarnye. Hasil usaha sama bersama rakan2, last2 dapat gak join walaupun dah final sem. Kursus ni akan ajar pasal basic fotografi. Start dari sejarah, shutter speed, aperture, iso, metering dan lain2. Semua basic tu aku dah pernah guna, tapi tak tahu function sebenar dia. Ade yang lagi best, dapat masuk dark room. oh yeahhh.... Kat situ blaja cara pemprosesan filem untuk dicetak. old school beb. Dan yang paling best, assignment dia just amik gambar dan present. tu je.huhu...More story will come later. Ni preview skit 1st assigment...




Shutter Speed : 1/200 sec
Aperture: f8
ISO : 100



Shutter Speed : 5 sec
Aperture: f22
ISO : 1600



Shutter Speed : 30 sec
Aperture: f22
ISO : 200



Shutter Speed : 25 sec
Aperture: f29
ISO : 800



Shutter Speed : 30 sec
Aperture: f22
ISO : 100


p/s: lamanye x update blogku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...