U Follow Me, I Follow U

Thursday, January 9, 2014

Mt. Rabong the 3rd (New Year Wet Event)


Kalau ada baca post lepas mengenai berakit, ada mention pasal trip bersama Abah Tahir pada hujung tahun. Trip Sunway Lagoon dalam hutan.hehe... Tak lain dan tak bukan, trip Gunung Rabong.

Alhamdulillah ini kali ketiga dapat menjejakkan kaki di Gunung Rabong. Post kali pertama boleh baca di sini, dan kali kedua boleh baca di sini.

Kali ini join trip orang lain. Geng2 KL dari Gunung Online. Ada daripada mereka dah pernah naik tahun lepas. Ada yang baru 1st time juga.

Post kali ni agak panjang ye...


Bergerak seawal pagi 7.30pagi. Malam sebelum tu tak tidur sebab nak packing barang dan planning nak tidur dalam bas. Gerak ke Hentian Putra naik komuter dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi. Sempat la tapau breakfast dan makan dulu rilek2 dulu sebelum naik bas jam 10.30pagi. Alhamdulillah bas tak buat hal, dan jadual perjalanan berjalan lancar semuanya. Maka bertolaklah ke Gua Musang. Ini trip kali ke-7 ke Gua Musang. Jalan pun dah cam sikit2.hehe...

Naik bas 2 tingkat, dapat seat kat atas. Kali ni naik bas rasa pening2 sikit. Tak tau la sebab apa tapi memang bas tu goyang banyak. Nak termuntah gak la. Sampai hentian Merapoh dapat la rilek jap amik angin.

Dalam pukul 4 petang, tiba di stesen bas Gua Musang. Terus contact guider Abah untuk pickup. Beberapa minit kemudian Abah pun sampai dengan Pajero dan berbaju kerja maklum la masih office hour. Nampak pelik pulak Abah pakai baju kerja.hehe...

Abah sampai2 je nampak pelik sebab aku hanya datang berdua je. Ikutkan plan kami datang bertiga. Aku, captut dan eija. Tapi memandangkan hari nak bertolak ni captut tak sihat so tinggal kami berdua je la. Kemudian kami terus ke rumah Abah di Taman Wangi.

Sampai rumah Abah kami disambut oleh guider Mon dan Madey. Mereka dah sampai beberapa hari awal. Abah terus pergi office balik. Kami rilek2 jap hilangkan pening2 naik bas tadi.hehe...

Abah balik je dari office terus buka sangkar burung dia sambil cek peralatan tali yang akan dibawa esok naik gunung. Cuaca hari itu agak mendung dan sejuk. Memang trekking kali ini dalam kebasahan.hehe...


Peralatan tali abah yang bertimbun-timbun


Burung-bunrung Abah


Burung-burung ni kalo detect kehadiran Abah mesti bunyi bising je



Abah mengasingkan barang2 besi yang akan dipikul esok.



 Tali2 yang telah dipilih dan diasingkan untuk bawak esok



 barang2 besi



Malam itu kami dijamukan oleh Mak dengan gulai ayam hutan yang diburu oleh Abah. Peh memang sedap. 1st time aku makan ayam hutan. Rasa macam ayam kampung tapi lebih manis dan enak. Selepas makan malam, kami semua termasuk guide2 bershopping di econjaya. Shopping ration sikit untuk bawa esok, air2 dan coklat2.


 Amek kau satu troli terus. Kalo boleh bawak troli ni naik gunung kan senang.hehe


 Malam tu juga Abah baru nak repair beg dia. Siap jahit dan masking tape lagi. Tapi beg ni memang legend


Ok ni kali pertama guna beg Karrimor Jaguar GR 65 untuk gunung rabong. Sebelum ni dah try kat gunung nuang, packing macam nak naik rabong. Memang best dan tiada masalah. Untuk rabong, kita nantikan kesudahanna.hehe...



Lepas tu Abah dan guide2 yang lain buat flysheet daripada plastik tembakau pula. Gabungkan beberapa helai plastik untuk jadikan fly besar.

Selesai packing barang, kami semua merehatkan badan memandangkan esok akan bermula pendakian yang extreme.

Suatu pagi yang nyaman, dan mendung. Group dari KL telah tiba di stesen keretapi Gua Musang. Setelah bersiap-siap, kami semua bertolak ke sana untuk menjemput mereka.

Setiba di stesen, kami semua breakfast dulu. Kemudian loading bag masing2 naik lori.


 Dua generasi yang berbeza


 Get ready to rock in the jungle



 Beg ni ternyata kecil untuk rabong. 65L ni tak puas aku nak sumbat macam2.hehe...




Sebelum bertolak macam biasa taklimat ringkas mengenai perjalanan daripada guider. Dalam 11.15pagi kami pun bertolak melalui trek balak bagi memulakan pendakian Gunung Rabong.

Peserta kali ini Gate, Mat, Kekerk, Jas, Nol, Lia, Eija dan aku
Guider pulak Abg Man, Ayat, Madey, Kebob, Mon dan Abah 



Dalam 12.45tgh hari kami sampai di Sg. Milo. Rehat sebentar untuk makan tengah hari yang telah dibungkus. Selesai makan tengah hari kami pun bergerak menuju ke Lorong Tikus.



 Yeah kali ke-3




Sampai di Lorong Tikus dalam pukul 3 petang. Aku trekking bahagian hadapan kali ini. Nak sampai awal dan elak mental down. Sebab kami bertolak agak lewat, dan kompom akan trekking malam punya.


Berehat sebentar di Lorong Tikus. Tapi tak boleh lama-lama sangat sebab banyak pacat, kami pun terus berjalan dan tunggu dalam hutan kawasan yang takde pacat.


 Check point seterusnya Kaki Kor. Group frontier tiba di sini dalam jam 5ptg.


Seterusnya Kem Kor. Tiba di sini jam 6.30ptg. Kami memang tak rehat lama sebab cuaca hari ni memang mendung, sejuk dan berangin. Mujurlah tak hujan



Di Kem Kor sempat masak air panas sikit dan solat jap. Kemudian perjalanan diteruskan, masa ni dah standby torchlight kat luar. Hari dah semakin gelap.



Akhirnya tiba di Permatang dalam 7.30pm. Bila dah sampai permatang ni rasa lega sikit sebab campsite Kem Taman dah tak jauh.



Tiba di Kem Buluh jam 8.00malam. Rehat jap kat sini minum2 air. Pergerakan kami group depan ni memang laju sebab dah tau geng2 lain mesti tengah mental trekking malam di Rabong ni. So kami planning untuk sampai awal dan standby air panas.




Check Point seterusnya Helipad, sampai sini 8.30malam. Tak stop dah, terus henjut ke camp site sebab dah dekat sangat ni. Depan sikit ada batu dinding kena meanjat sikit kemudian sampai la ke camp site.



Akhirnya Kem Taman, camp site untuk hari ini. Kami tiba jam 8.50malam. Sampai2 letak beg dan terus prepare apa yang patut. 




Turun amik air untuk masak air panas. 1280m dari aras laut. memang sejuk gile. Air sungai tak yah cakap la. Macam ais sejuk die.

Alhamdulillah perjalanan hari pertama semua selamat tiba dengan jayanya. Paling last sampai jam 10.00malam. Tu pun sebab cramp.

Setel setup campsite dan tempat tidur, acara wajib seterusnya ialah mandiiii.hehe...
Mandi di kawasan gunung ni kalau tak kena caranya memang boleh cramp satu badan. Amalan yang sebaiknya bila sampai campsite, make sure cooldown kan badan dulu dan minum air panas. Bagi suhu badan boleh match dengan keadaan sekeliling dulu. Kalau ada makanan boleh alas perut sikit. Biasanya aku minum teh o panas dengan biskut je. Kemudian baru la turun ke sungai. Nak mandi pun ada step dia. Jangan main terjun je. Terkejut badan nanti. Start dari kaki slow2 naik ke kepala. Kemudian baru la mandi macam biasa.

Mandi ni pada aku sangat penting kerana ketika dalam hutan kita terdedah dengan persekitaran yang kotor dengan lumpur, tanah, peluh, pacat dan sebagainya. Jadi bila mandi ni dapat la bersihkan diri dan cuci tempat2 yang terluka ke atau terkena pacat. Kalau tak jaga kawasan yang terluka mungkin boleh menyebabkan infection dan memudaratkan perjalanan hari-hari yang lain. Selain itu, mandi juga dapat mengawal suhu badan kita. Air sungai di kawasan gunung adalah kawasan yang paling sejuk sekali, jadi dengan mandi ini kita dapat neutralkan suhu badan dengan keadaan sekeliling. So waktu malam takde la rasa sejuk sangat.

Malam tu cuaca sejuk, kemudian hujan pulak. Adoyai. Rasa malas nak keluar hammock. Makan malam pun tak siap lagi. Tapi menu malam tu memang best. Nasi ala2 nasi arab, ayam masak merah, telur dadar, ikan masin, sup sayur. Memang mewah dan mengenyangkan. Setel makan apa lagi tidur laaaa...

Trip kali ni aku macam susah nak tidur malam la. Tak tau la kenapa. Bila dah nak pagi baru nak tidur. Pagi tu pulak time subuh cuaca hujan lagi. Memang balut hammock lagi la. Dah la mengantuk, sejuk pulak tu. Semua orang pun masih tidur lagi. Sampai la Abah bising sebab tak masak breakfast lagi.hehe...


Campsite hari pertama

Selesai makan semua lebih kurang pukul 11.30pagi baru bertolak menuju puncak Rabong. Walaupun dah nak tengah hari tapi cuaca macam pagi. Sejuk berkabus dan lembab. Masa trekking memang tak berhenti lama sebab sejuk sangat.



Batu dinding yang kena memanjat. Dua kali panjat lepas tu sampai la ke puncak.



Puncak Rabong, tiba jam 2.30ptg. Walaupun dah petang tapi puncak masih sejuk dan berkabus. Tak lepak lama kat sini sebab dah lewat sangat. Tangkap2 gambar lepas tu teruskan perjalanan 



 Kali ke-3 sampai puncak ni. 1/1/2014

Perjalanan diteruskan melalui Permatang Marlboro turun ke 1st waterfall. Perjalanan turun ni memang mencabar. Penuh pokok duri dan trek licin menggelongsor. Dalam perjalanan tu ada terjumpa 5 campsite yang diperbuat daripada pokok2 yang dijadikan pangkin. Mungkin tu port orang asing cari gaharu dalam hutan.

Perjalan diteruskan sampai di R & R Perabung Lima, campsite group UPM yang lepas. Sampai situ lebih kurang jam 6.30ptg. Kat situ mereka semua berbincang samada nak campsite situ atau turun ke campsite waterfall. Ada yang dah penat vote untuk campsite situ je. Tapi pada aku tak berbaloi sebab kat situ tak best, sungai pun kecik je. Lagi pun perjalanan dah tak jauh mana pun.

Mujurlah ketua projek En. Gate bertegas juga untuk turun ke campsite waterfall. Perjalanan diteruskan sampai ke 1st waterfall jam 7.00malam. Rehat jap bagi lepas maghrib. Kemudian perjalanan diteruskan dengan trekking malam. Lebih kurang jam 8.00 malam kami semua selamat sampai ke campsite waterfall. Alhamdulillah semuanya selamat.

Malam tu menu best lagi. Masak lemak nenas ikan talang. Memang sedap sehingga menjilat jari. Guide2 pun suka siap tambah dua kali malam tu.

Selesai makan masuk hammock dan tidur. Esok mesti bangun awal sebab nak abseil. hehe...

 Tempat memasak diwaktu pagi


Campsite hari kedua, campsite waterfall 



Sebelum bertolak Abah bagi taklimat dulu. Masa ni dah kena pakai harness siap2 masa trekking. Trek ada tempat yang kena abseil dan ada yang kena lalu celah2 batu. Trek hutan Sejuta Tahun dan setiap langkah adalah nyawa.



 1st abseil point En. Gorgon Taro


 Laluan celah2 batu


Tempat ni menjadi nostalgia. Masa group UPM yang lepas kami trekking waktu malam di sini. Sampai kat sini dah pukul 10.00malam. Maka terpaksa campsite di sini berhampiran benar dengan Lost World of Rabong. Atas batu tu la tempat aku tidur dulu.hehe...

Rehat jap kat Lost World sambil bergambar. Kemudian perjalanan diteruskan untuk abseil yang seterusnya.



Lost World of Rabong




Lepas abseil yang kedua ada nampak lukisan ni kat sebatang pokok. Tak tau la lukisan ape dan sape yang buat. Tapi kat bawah tu macam ada tulisan siam.

Seterusnya abseil yang ketiga. Abseil yang tertinggi di Gunung Rabong. Masa ni ada insiden yang tidak dijangka berlaku. Beg salah seorang peserta, iaitu Gate telah putus pemegang tengah dan terjatuh dari tingkat atas. Beg tersebut kemudiannya jatuh atas platform batu, sebelum jatuh terus kebawah. Mujurlah ada platform batu tu sebab hentaman yang kuat membuatkan guide di bawah terperasan. Kalau tak memang tak sempat elak.

Alhamdulillah tiada kemalangan yang serius berlaku. Cuma beg Gate rosak sikit, rain cover koyak, periuk kemek dan 2 botol gas bocor.

Perjalanan diteruskan ke abseil keempat dan terakhir, Batu Negaraku. Cuaca ketika itu hujan renyai, air deras sikit, dan batu2 memang licin. Pergerakan agak slow memandangkan batu2 licin. Tapi Alhamdulillah perjalanan lancar dan abseil selamat dijalankan. Gambar tak boleh nak tangkap sebab hujan daaa...

Jam 6.00 petang sampai la ke campsite seterusnya iaitu campsite Sungai Merah. Kawasan Sungai Merah ni memang cantik. Kalau musim kering tak hujan, boleh campsite tepi sungai je sebab ada tanah rata. Tapi kali ni musim hujan maka sebagai langkah berjaga-jaga semua orang kena campsite atas bukit. Memang bukit betul kawasan tu. Kawasan rata ada sikit je. Tu pun untuk tempat memasak.
Masa ni tak tau la kenapa aku rasa badan letih sangat. Setting hammock pun jadi lembab je. Siap setting terus terbaring sampai malam. Dah malam sikit baru bangun balik basuh2 badan.

Tapi bukan aku je, guide2 lain pun keletihan malam tu. Mereka tak turun makan malam pun sebab kawasan cerun ni leceh sikit. Aku gagahkan diri untuk turun makan juga sebab untuk energy esok hari.



 Campsite Sungai Merah di cerun bukit.

Pagi tu bangun awal dan terus packing barang. Packing ala kadar je untuk transfer ke bawah tempat rata. Kat cerun ni memang penat nak berdiri pun susah.


View sungai dari atas bukit 



 Guide-guide berkumpul dibawah



Sungai Merah

 Sungai Merah


Kat bawah ni baru la packing barang betul-betul balik

Selesai semua kami pun meneruskan perjalanan untuk ke checkpoint seterusnya iaitu Air Terjun Taman.


Dalam pukul 1.15 petang tibalah kami di Air Terjun Taman. Kawasan ni memang cantik. Rasa diri ni sangat kerdil bila berada di sini



 Aktiviti bergambar memang perkara wajib.




 Jarang-jarang gambar aku di tangkap.hehe


 Rehat-rehat dulu sebelum meneruskan perjalanan


Lepas dah puas rehat, bergambar dan main air, kami semua meneruskan perjalanan ke campsite seterusnya. Campsite Tanah Rata. Perjalanan kali ini melalui laluan batu-batu sungai. Cuaca hari n juga agak cantik dan baru boleh rasa cahaya matahari setelah sekian lama asyik berkabus je.



Dalam perjalanan ada terjumpa bangkai kera dalam sungai. Dah kembung dah pun. Bau busuk gile.

Seterusnya melalui batu sofa. Sepatutnya lalu sebelah batu tu, lalu atas kayu. Tapi kayu tu dah takde hilang dibawa arus kot. So kena lah panjat batu tu yang agak tinggi jugak la. Tapi hujung batu tu memang ada port macam sofa. Potongan batu tu pun cantik je bentuk tempat duduk. Dan view dari situ memang cantik. Kami pun layan jela.hehe...



Susun kasut sikit. Cube teka kasut aku mana satu?





Dah setel semua barulah turun dari batu sofa dan meneruskan perjalanan. Habis dah trek batu sungai lepas ni trek dalam hutan balik.

Trek hutan masa ni agak kompius sikit sebab ada pokok tumbang dan trek tertutup. Nak cari balik marking tu yang agak memakan masa. Tapi dengan pengalaman dan skill guider gunung rabong ni perjalanan berjalan lancar walaupun terpaksa menebas sikit dan sampailah kami di campsite paling best dan paling rata sekali, Campsite Tanah Rata.

Sampai-sampai campsite terus buat air panas. Sambil-sambil tunggu air siap, setting tempat tidur dulu. Hari ni Abah ajak lepak sekali kat tempat dia. 3 Fly di gabungkan menjadi fly besar. Memang luas dan best.

Dah setel campsite perut rasa lapar pulak. Maklumla tak makan tengah hari pun tadi. Masak la megi pulak makan ramai-ramai dengan guide sekali.

Dah nak dekat maghrib hujan pulak. Nasib baik campsite dah setel. Sempat la pergi mandi bersihkan diri, kemudian apa lagi aktiviti dalam hammock la.hehe...

Lepak dalam hammock tak lama pun, kejap je. Sebab agas banyak sangat kat situ. Besar-besar pulak tu. Turun la dari hammock pergi cari kayu api. Buat unggun api sikit kasi asap agas-agas ni. Guide pun turut serta main api. Malam tu memang rilek gile la. Macam2 lagu guide2 ni pasang. Ada lagu siam la, lagu2 terkini, lagu metal keras pun ada. Macam2 genre.hehe...

Tiba-tiba bunyi air sungai semakin kuat. Air sungai dah naik sebab hujan kat atas gunung kan. Maka Abah sediakan backup plan jika air besar esok macam mana nak main sunway lagoon. So malam tu guide2 buat la tangga menggunakan tali dan kayu. Buat kraf tangan.hehe... Dapat la belajar serba sedikit macam mana nak buat tangga. Kemudian lepas makan malam kami semua tidur. Dah takde aktiviti dah nak buat kan.hehe...


Keesokannya bangun awal dan siapkan barang-barang. Hari ni trekking 90% lalu sungai. Tempat yang paling best ialah Sunway Lagoon. So beg kene seal elok2 supaya tak masuk air.

Suasana pagi di Kem Tanah Rata



 Tempat memasak port guide2


 Rumah setingganku


 Sebelum bertolak bergambar dulu


Kat sunway lagoon tak tangkap gambar pun. Tapi ada record video. Memang best bila part ni. Beg aku ni memang tak muat plastik hitam yang besar dan tebal. So campak je la macam tu. Tapi dalam dah seal elok la.hehe


Setel main sunway lagoon, aktiviti membuang air dari beg. Kena lah tonggengkan beg sebab nak buang air yang masuk di rongga-rongga beg. Kalau tak memikul air jela nanti.hehe...

Selesai semua kami pun meneruskan perjalanan ke Last Waterfall. Melalui batu-batu sungai dan kadang kala potong ikut jalan hutan. Pacat tak yah cakap la memang banyak gile. Kenalah sentiasa cek kaki kalo ada pacat.

Last Waterfall, antara waterfall yang cantik kat Gunung Rabong ni. Tak tangkap gambar pun sebab camera masuk air pulak masa kat sunway lagoon tadi. Waterproof casing dah tak proof sangat dah. Tapi biarlah ia jadi kenangan dalam jiwa dan raga.

Dulu sungai kawasan ni memang dalam giler. Kawasan cetek sikit je. Tapi sekarang aku boleh jejak kaki sampai ke hujung batu waterfall. Dah agak cetek la. Mungkin batu-batu turun dari atas menyebabkan sungai tu semakin cetek. Lagi dua tiga tahun lagi jadi kawasan lapang jela kat situ.

Kami rehat jap makan tengah hari dan minum-minum sebelum meneruskan perjalanan keluar ke Ladang Chin Teck. Kilang Sawit Chin Teck ni merupakan kilang sawit yang tertua di Gua Musang ni.

Kami tiba di lorong keluar dalam pukul 5 petang kalau tak silap. Kemudian lori datang amik kitorang untuk ke rumah Abah.

 Wajah-wajah ceria setelah keluar dari kesengsaraan


 Balik naik lori

 Tak habis-habis bergambar.


Puncak Gunung Rabong view dari Ladang Chin Teck. Alhamdulillah cuaca clear sangat. 1st time dapat tengok full view. Sebelum ni awan asyik tutup je.


Yeah bergambar lagi


Dan lagi.hehe


Alhamdulillah selesai Gunung Rabong kali ke-3. Insya Allah kalau ada rezeki nak datang sini lagi. Gunung ni asyik memanggil-manggil je.hehe...

Sampai rumah Abah dalam 6.30ptg. Kemas2 dan solat kemudian merehatkan badan. Pelik betul bila kat rumah Abah, lepas mandi mesti badan rasa sakit2 jalan pun dah macam kera dah. Masa kat dalam hutan takde rasa macam ni pulak.hehe...

Malam tu makan gulai ayam hutan lagi.hehe... Lepas tu sembang-sembang dengan mereka semua. Esok baru cari tiket balik KL naik bas. Malam tu layan cerita best pulak kat TV2, Alien vs Predator. Kemudian tidur dengan nyenyaknye...

Keesokannya amik tiket bas pukul 1.00ptg. Balik sekali dengan group KL. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun driver bas ni agak giler sikit, tapi semuanya selamat.

Beg-beg nak balik kampung. 1st time try Karrimor Jaguar GR 65 ni. Memang best untuk naik rabong. Tak sakit badan. Cuma kecik je. Tahniah sang Jaguar. Dapatkan beg berkualiti dari Out Door Equine.


Terima Kasih kepada pihak penganjur, Gate kerana buat event ni. Dan terima kasih kepada guider2 yang sentiasa sporting. Insya Allah ada rezeki kita akan bertemu lagi...

Gunung Rabong memang best. Lain dari yang lain. RARE!

p/s: Macam-macam serangga ada kat Rabong ni. Lepas ni nak try main macro pulak kat sini.hehe







































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...