U Follow Me, I Follow U

Monday, August 29, 2011

5 - Foods

Aritukan ade cite pasal post ni
lepastukan post ni pulak
kemudian post yang ini
then post ni pulak
after that post yang ini pulak
haaa meh nk cite pasal ni pulak

Makanan raya telah tiba.hehe
rendang ayam oh yeahhh...


sup daging mantop!!!


ketupat yummy...


nasi impit terhimpit...

pisang goreng panazzzzz



haaa ni blum jadi makanan lagi.hehe


haaa syuh syuh...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
2011

Sunday, August 28, 2011

Cara2 membersihkan laptop anda


selamat mencuba :)

Saturday, August 27, 2011

Macam mana nak kire wanita

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.
Beliau menjawab,
Jika wanita solehah & beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
......Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada..
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok “0”


Friday, August 26, 2011

Kad raya selamat tiba

Alhamdulillah kad raya yang di pos aritu telah selamat sampai kepada penerima.
Sape yang belum dapat tu harap menanti dgn penuh kesabaran ye







4 - Books

Mesti anda pernah terbaca post ni
Lepas tu mesti baca post ni kan
Kan lepas tu sambung post ni pulak
Seterusnya post ini
Sekarang kite sembang pasal ni pulak

Buku ye. Aku ni bukan jenis penggemar buku la.


Ok dulu2 sangat gemar komik doraemon.
daripada cerita pendek sampai cerita panjang ada.
tapi tak fully collection pun dari 1 sampai habis.
sebab dulu2 tak reti nak beli kat ne.
kedai buku area umah aku ni ade jual tapi lengkap.
 sekarang dh tak tau mana pegi komik2 ni.


 Dulu2 juga minat baca ujang.
tapi tak ingat la bile stop baca ujang ni.
maybe pada satu waktu tu tak cukup duit nk beli ujang.
pastu dah lama tak beli.
last2 tak folow dah keluaran die.


Seangkatan dengan Ujang ade pulak Blues Selamanya.
Majalah ni aku folow dari no1 lagi.
pastu tak tau isu no bpe ntah tak jual dah kat kedai buku area umah aku ni
majalah ni banyak folow cite2 panjang die.
semenjak tak jumpe keluaran seterusnya terus tak baca dah.
tapi koleksi majalah ni masih ada.
tak tau nk buat apa banyak2 ni.
buang je kot satu hari nanti.


Ok currently di bulan Ramadhan ni tengah nak mengkhatamkan Al-Quran.
dah ketinggalan la.
hari ni dah masuk hari ke-26 tapi aku masih kat juz 23.
Insya Allah mesti habiskan dalam bulan Ramadhan ni gak

that's all for now
tq

Thursday, August 25, 2011

3 - Films

Awal2 aritu post ni.
pastu post ni 
semalam cite pasal ni plak
Jadi hari ni nak sambung kisah ni plak...

alamakkk dah lama la tak layan wayang
sejak start puasa hari tu rasa malas nk tengok wayang
yela kalo nak tengok pun kene tengok time siang
malam nak kosentret tarawikh
aku ni pulak kalo tengok wayang suke makan pop corn baru best
so disebabkan bulan pose ni kite cuti wayang dulu ye.

currently tengah layan cerite LAUT 11, 12, 13
 
 
saje nk repeat blk cite ni sbb best. 
ocean 12 & 13 dah pernah tgk kat wayg dulu
ocean 11 je tak pernah tgk lagi.huhu

Dulu2 gile series OC & Prison Break
pastu dah lama tak layan series.
 
 
 

sekarang ni baru nak layan ni pulak.hehe


tertarik nk tgk cite ni sbb awek cun2.hehe...
tapi jalan cite die pun best gak

that's all 4 today
tq

Wednesday, August 24, 2011

2 - Songs

Mula2 post ni.
Lepas tu sambung post ni
Sekarang kite teruskan yang ini...


Aku dibesarkan dengan lagu2 rock. Camne perkara ni bleh berlaku? Seawal lebih kurang tahun 98 industri rock antarabangsa sedang hangat dengan band2 rock macam Metallica, Nirvana dan lain2. Ianya secara tidak langsung mempengaruhi abang2 aku yang waktu tu dorg kat high school. Aku masih sekolah rendah. So rutin harian dorg adalah pasang lagu kuat2 kat bilik sampai 1 rumah boleh dengar.huhu... Dorg kalo dengar walkman pun pasang volume paling tinggi sampai bleh dengar satu kete.hehe...

So oleh sebab itu secara tidak langsung pengaruh dorg telah mempengaruhi aku. Lebih kurang tahun 2001 element rock ni dah mula sebati dengan aku. Tapi zaman tu teknologi tak canggih lagi. Kalau nak dengar kene pasang kaset je.

Pada tahun 2002 aku mula terpengaruh dengan gitar pulak. Pastu mintak abang aku ajar kan main gitar. Tahun 2003 aku dah bleh main gitar skit2 dan mula berminat pada band IRON MAIDEN. So semenjak itu sampai sekarang band ni menjadi favourite aku. Tak tau kenapa, mungkin band ni lebih educated dari band2 lain kot.hehe...


Band ni dah hidup dari tahun 1975 sampai lah sekarang. Ni album latest dorg. Walaupun dorg ni dah level atuk2, tapi masih rancak buat world tour.


Logo ni kalo korang perasan aku tampal kat setiap gitar aku. Minat punye pasal.hehe


oleh itu saya hidangkan anda smua dengan ini

IRON MAIDEN - RAINMAKER


Tuesday, August 23, 2011

1 - Picture of myself

Pernah tengok post ni tak? So ini sambungannya...


Ni gambar terbaru. 
Shooting untuk kad raya kat studio di rumah.

Cabaran 10 hari

gosok2 botol kicap, keluar benda ni...


Monday, August 22, 2011

Kad raya dalam proses...

Alhamdulillah setel memproses kad raya hari ni untuk dipos esok.
Sebanyak 75 keping kad raya tahun ni telah dicetak,  ada yang akan dipos dan ada yang by hand je.
Kepada sesiapa yang dapat sile simpan elok2 ye. Kalo bleh gantung kasi orang nampak.hehe...
Yang tak dapat tu mungkin anda tidak memberi alamat kepada saya, so cuba lagi tahun depan.
Ni first time pos2 kad raya, so harap2 sampai la ke tuan alamat masing2. hehe... Neves gak ni.
Bile nak sampai tu tak tau la. Harap2 Korang terima kad ni sebelum raya. Insya Allah...




Selamat Menjejaki Lailatul Qadar...

Saturday, August 20, 2011

Berkebun di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...Selamat menyambut Ramadhan. Alhamdulillah dah nak masuk ke malam ke-21. 10 malam terakhir yg di mana salah satu malamnya ada malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam Lailatu Qadar. Sama2 lah kita berusaha mendapatkannya. Insya Allah...

Kali ni nak share skit hasil usaha aku mengemaskini tumbuh-tumbuhan di rumah aku. Saje buat keluar peluh skit bulan2 pose ni.hehe...



Ni salah satu pokok yang aku kerjakan. Kasi servis skit enjin dia. Cuba tengok dah berserabut akar dalam pasu. Terlampau sarat. Tak bagus untuk pertumbuhan akar baru dan penyerapan air. So kene kasi clear dan pecah2 pokok ni kepada pasu lain. Pokok ni senang tanam. Tak perlu biji benih. Pertumbuhan melalui batang pokok. Cucuk je tumbuh akar dan pokok.


Akar pokok ni bila dah banyak dia akan membentuk ubi. Tak tau la bleh makan ke tak.huhu...





Ok daripada pokok satu pasu tadi, aku pecah2 kan kepada lebih kecik dan ringkas. Kemudian masuk kat pasu baru. Tapi sebenarnyakan aku tak tau apa nama pokok ni.huhu... sape2 yang tau sile lah share dgn saye ye.hehe...


Ok ni lah hasilnya setelah pokok2 tersebut di pecah2kan.


Pokok2 buluh ni pun sama juga konsep dia. Semua ni dari satu pasu. Pokok tu dah tinggi. Pastu aku potong2 dan masukkan kan pasu2 lain. Pertumbuhan guna batang gak.

Pokok2 kat rumah aku hampir semuanya pokok berdaun hijau saja. Pokok bunga ada 1 jenis je. Pokok bunga 3 bulan. Tapi dah lama tak keluar bunga.hehe. Aku tak suka sangat pokok bunga sebab bunga tu memang la cantik, tapi bila dah layu, gugur bersepah umah aku. Leceh la nak kene sapu pulak. hehe... Dulu2 rumah aku memang banyak pokok bunga. Macam2 bunga ada. Yang paling banyak bunga kertas la. Semua pokok2 tu di transfer dari rumah lama aku dulu kat Titiwangsa. Pastu bile dah semakin malas nak jaga, sebahagian pokok2 bunga tu di sedekahkan kat sekolah area umah aku. Tinggal pokok2 ni je. 

Dulu2 arwah abah je yang rajin berkebun.Sekarang ni bila aku buat keje2 ni remind me of him... Al-fatihah...

Kemas bilik dan terkenang...

Lepas sahur semalam tak boleh tido pulak. Dengan kesegaran mata dipagi bute, kesempatan tersebut di ambil untuk kemas bilik. Nak raya la katekan.hehe... Tapi baru siap kemas part meja je dulu.huhu... Tengah kemas2 terjumpa something yang meingatkan zaman aku muda2 dulu. cewah.hehe...





Cenderahati masa MTP dulu. Masa 2nd year, tahun 2009 kalo tak silap. Tanggungjawab ni mengajar aku banyak benda. Masa tu la baru kenal paperwork, baru kenal orang2 office kolej, dan baru kenal bhep. Aku memegang jawatan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kemahasiswaan. Dalam bahasa mudahnya Sekretariat Kerohanian la.hehe... 

Antara event yang aku kena handle dulu Pertandingan Nasyid Inter-Kampung sempena PEGAGE, Sambutan Kemerdekaan dan Malam Penghayatan Ramadhan. Dan of course la jaga kebajikan surau. Nak kata aku berpengalaman dalam berorganisasi adalah sangat tidak. Dah la aku ni jenis introvert, xde pengalaman, kena handle plak event2 wajib kolej. Memang membinasakan otak yang masih mentah ini.hehe... 

Memang terus terang kebanyakkan kerja2 MTP aku handle sorang2. Akibatnya result aku 2nd year jatuh mendadak. Tapi bukan MTP tu yang aku kene salahkan. Sebab aku gak yang tak pandai manage masa. Alhamdulillah sepanjang aku berkhidmat baik2 je. Tidak memporak perandakan keadaan. Kira ok la tu. Kepada rakan2 sekerja MTP, nice working with you guys... Kami adalah generasi MTP (Majlis Tertinggi Pelajar) yang terakhir, lepas tu tukar nama balik jadi MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa).

Kemudian sambung balik kemas bilik dan terjumpa ni pulak...






Nak dijadikan cerita, selepas meletak jawatan sebagai MTP, aku ade gak dapat tawaran untuk jadi MTM. Tapi aku tolak sebab nak up kan study balik. Dalam masa yang sama, penglibatan aktif aku dalam Kelab Kembara telah mendapat perhatian otai2 Rex. Seriously aku join aktiviti rex suka2 je. 1st aktiviti aku join KJR, 2nd KICK, 3rd Nenggiri. tu je. 

Dan pada satu hari aku mendapat panggilan untuk join meeting Rex. Annual Grand Meeting Kelab Kembara. Masa meeting tersebut aku dipilih oleh ahli kelab untuk menerajui Kelab Kembara sebagai PRESIDEN!. Satu tanggungjawab yang lebih besar dari sebelum ni. Pada mulanya aku memang menolak habis-habisan. Aku suka join Rex tapi tak nak la memegang apa2 jawatan. Akhirnya aku terima dengan keadaan terpaksa demi menolong 2 orang teman rapat aku pada masa tu...

Bermulalah kembali kehidupan dengan 2 tanggungjawab iaitu sebagai student dan presiden Kelab Kembara. Well macam biasa benda yang aku dapat mesti dalam keadaan kosong dan membuat aku terpinga-pinga. Amende la keje presiden ni. adoyai...

Selama 1 sem aku cuba mengenal apa itu Kelab Kembara. 1st aktiviti CARE hampir porak peranda aku lenjan.hehe... 2nd KJR X. Ni pun hampir pecah kepala nak handle. Nasib baik ada captut dan bulan sentiasa memberi sapot. Kalo tak porak peranda la jadinya.hehe...

Alhamdulillah berkat kesabaran dan minat untuk belajar bidang kepimpinan ni akhirnya aku faham Kelab Kembara ni macam mana dan ia totally different from MTM. Akitiviti sem 2 aku plan dengan lebih rancak dan menyeronokkan.hehe... Tapi apa yang aku plan masa tu, keputusan atau hasilnya tidak nampak terus. Hasilnya akan nampak lebih kurang setahun lepas tu. Kini Kelab Kembara aku lihat dah boleh bergerak dengan sendirinya. Rasa bangga skit.hehe...

Tapi apa yang aku lebih puas hati adalah pengalaman yang aku dapat. Satu keputusan yang aku amik dengan penuh risiko, tapi aku tukarkan dia jadi benefit kepada diri aku. Terima kasih kepada Opel yang sentiasa memberi tunjuk ajar...


Setel 2 kisah hidup aku di Kolej Kelima, UPM. Kerja2 pembersihan bilik diteruskan sampai ke pkul 11 pagi. Pastu tido jap sebelum smyg jumaat.hehe...

Kolej Kelima banyak mengajar aku erti kehidupan bagi persediaan menghadapi kehidupan yang sebenar selepas tamat pengajian. Tapi aku rasa belum cukup bersedia. Insya Allah aku akan teruskan perkhidmatan aku pada Kolej Kelima serta mencungkil ilmu2 yang bermanfaat...

Thursday, August 18, 2011

Maaf lama x update...

Assalamualaikum...
wah lama betul tak meng update blog ni.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

azam puasa kali ni nk cukup puasa, cukup tarawikh, khatam al-quran n hidupkan 10 mlm terakhir. Insya Allah...

Kad raya telah siap di edit. teringat dulu2 masa degree kat upm main tukar2 kad raya dengan budak2 K5. hantar by hand je. Tahun ni kad raya special skit dan tahun ni berniat nk pos kepada kenalan2. dah lama tak main pos2 kad raya ni. masa kecik2 dulu rajin la main pos2 kad raya kat sedara mara.hehe

so kepada sesiapa yg nak kad raya daripada saya sila kasi alamat anda kepada saya. hehe...

Selamat beribadat semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...