U Follow Me, I Follow U

Wednesday, August 24, 2011

2 - Songs

Mula2 post ni.
Lepas tu sambung post ni
Sekarang kite teruskan yang ini...


Aku dibesarkan dengan lagu2 rock. Camne perkara ni bleh berlaku? Seawal lebih kurang tahun 98 industri rock antarabangsa sedang hangat dengan band2 rock macam Metallica, Nirvana dan lain2. Ianya secara tidak langsung mempengaruhi abang2 aku yang waktu tu dorg kat high school. Aku masih sekolah rendah. So rutin harian dorg adalah pasang lagu kuat2 kat bilik sampai 1 rumah boleh dengar.huhu... Dorg kalo dengar walkman pun pasang volume paling tinggi sampai bleh dengar satu kete.hehe...

So oleh sebab itu secara tidak langsung pengaruh dorg telah mempengaruhi aku. Lebih kurang tahun 2001 element rock ni dah mula sebati dengan aku. Tapi zaman tu teknologi tak canggih lagi. Kalau nak dengar kene pasang kaset je.

Pada tahun 2002 aku mula terpengaruh dengan gitar pulak. Pastu mintak abang aku ajar kan main gitar. Tahun 2003 aku dah bleh main gitar skit2 dan mula berminat pada band IRON MAIDEN. So semenjak itu sampai sekarang band ni menjadi favourite aku. Tak tau kenapa, mungkin band ni lebih educated dari band2 lain kot.hehe...


Band ni dah hidup dari tahun 1975 sampai lah sekarang. Ni album latest dorg. Walaupun dorg ni dah level atuk2, tapi masih rancak buat world tour.


Logo ni kalo korang perasan aku tampal kat setiap gitar aku. Minat punye pasal.hehe


oleh itu saya hidangkan anda smua dengan ini

IRON MAIDEN - RAINMAKER


0 expressions:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...