Tahun depan Peniti V (Pertandingan Pidato Kepemimpinan) datang lagi. Macam biasa kami krew teknikal akan menjalankan tugas-tugas rutin sebagai krew teknikal. Aku dan orang sebelah katilku dilantik sebagai Eksekutif Teknikal. Perjumpaan awal bersama pengarah telah dilakukan. Setiap tugasan dan tanggungjawab telah diserahkan kepada kami. Dari segi perancangan teknikal, peralatan yang diperlukan, krew yang bertugas, susun atur dewan untuk teknikal, penataan audio dan cahaya dan multimedia. Multimedia!? Multimedia Peniti V merupakan suatu trademark bagi krew teknikal. Pembikinannya bermula daripada perancangan aktiviti hinggalah ke hari pertandingan tersebut. Sekarang pemecahan kepala menjana idea ilusi dan imaginasi mula menerawang di segenap pelusuk minda kami di pihak pemikir dan perancang. Doakan kami agar dapat membantu menjayakan Peniti V kali ini. NANTIKAN KEMUNCULANNYA