U Follow Me, I Follow U

Wednesday, March 28, 2012

Wasp Diary Day 2 -Latest Update-


Ok ni dah ada latest update. Saksikan video Blackie buat sarang.



Sebelum ni ada cerita pasal info Blackie ni Solid Black Organ Pipe Mud Dauber kan. Tapi rupa-rupanya ia adalah Potter Wasp. Mud Dauber membina sarang yang agak kecil dan makanan untuk larva adalah Spider. Manakala Potter Wasp membina sarang yang agak besar kemudian berbentuk seperti pasu. Dan makanan untuk larvanya adalah Caterpillar.


Ok ni sarang tingkat 4 yang dah siap tadi. Blackie baru lepas masuk kan Caterpillar. Tak sempat nak amik gambar. So bila Blackie dah keluar, aku tutup tingkap dan pecahkan sarang ni sikit. Sangat keras ok sarang ni. Cucuk pakai safety pin tak lut. Ketuk pakai gunting baru pecah.

Hasilnya yang kuning tu telur dia. Dalam keadaan tergantung sebenarnya. Dan yang hijau tu Caterpillar, makanan untuk larva Blackie.

Ada komen pada post lepas yang bagitau ni bukan tebuan tanah. Tapi angkut-angkut. Menurutnya tebuan tanah hidup berkumpulan. Tapi Blackie ni nampak sekor je. Hmm... Logik gak tu. Tu yang buat research balik tu. hehe...

Ok nantikan update seterusnya nanti...

Wasp Diary Day 2

Ok hari ini dah tambah lagi satu tingkat sarang Blackie ni. 1st time tengok macam mana tebuan buat sarang guna tanah liat. Sekarang ni mungkin Blackie tengah cari serangga hijau tu sebab lama sangat dia keluar.


Blackie keluar mencari sesuap tanah liat




Sarang tingkat 4 pada fasa pertama




Blackie pulang membawa tanah liat untuk menyambung construction



Tubuh Blackie yang ramping



Gambaran yang lebih jelas Blackie membawa tanah liat



Ha nampak tu tanah liat



Ok ni lokasi sebenar sarang Blackie. Dan ini setup lighting aku untuk shoot Blackie. Menggunakan Canon 550D dan lens Sigma 70-300 (gune fungsi macro tu). So lighting memang kena terang giler



Ok last touch up dari Blackie



Ok siap sarang tingkat 4. Masih lembab lagi sarang tu.


Ok maybe korang rasa tebuan tu bahaya. Tapi kalo kite tak kaco die, die tak kaco kite la kan.hehe...
Jangan riso, akses Blackie hanya melalui tingkap. Kalo dah tutup tingkap tu tak dapat la dia masuk.

Ok nantikan update lagi ye.hehe...

Wasp Diary -The Information-

Ok nak cerita sikit hasil research pasal tebuan ni. Ia adalah sejenis tebuan tanah. Sebab membuat sarang daripada tanah liat. Berdasarkan pemerhatian dan kajian di internet, ianya spesis Solid Black Organ Pipe Mud Dauber atau nama saintifiknya Trypoxylon politum.




sumber internet




ni la ulat hijau tu
smuber internet gak


dan yang bawah ni pulak ialah Blackie Lawless yang sebenar
ketua rock band W.A.S.P  hehe...





Saksikan lebih banyak gambar di FB saya

Wasp Diary Day 1

I has a Wasp in my room, and  I named it Blackie Lawless. Cool rite.hehe...

Semalam ketika sedang sibuk mengadap laptop, dalam lebih kurang pukul 2 petang, tiba-tiba terpandang sesuatu kat border cermin tingkap. Pastu rasa pelik, nampak macam sarang tebuan. tapi tak pernah nampak pulak sebelum ni. Ok abaikan, terus sambung buat kerja.

Tiba-tiba tebuan tersebut datang. Melayang-layang di cermin tingkap dan hinggap ke sarang. Ok besar jugak tebuan ni. Setelah diteliti, ia adalah sejenis tebuan tanah.



Ini adalah sarang Blackie. Dalam tu ada serangga warna hijau. Tak sure tu larva tebuan tersebut atau makanan untuk larva. Tapi time proses Blackie transfer serangga tersebut nampak secara LIVE la. Memang best. Dah macam National Geographic dah.hehe...





Kebetulan dekat dengan sarang tu ada laluan semut. Apabila semut tu nak invade sarang tu, Blackie gigit die.


Selepas tu Blackie tutup lubang sarang tu. Ok aku sedar sarang ni dalam pukul 2 petang semalam. Tengok Blackie transfer serangga hijau, protect sarang. Lepas tu pukul 3 ada kelas pulak.




Balik dari pada kelas dalam pukul 5.30 petang, sarang tu dah tambah lagi satu tingkat. Dan kebetulan tu Blackie sedang transfer serangga hijau tu lagi. Setakat ni tak sempat lagi nak tangkap gambar transfer tu.



Ni la hasil semalam. Hari ni Blackie tengah membina lagi satu tingkat. Nanti akan di update...

Friday, March 23, 2012

FESTIK: Bus Stop




SALAM HARMONI

SEMPENA FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2012

THEATER GROUP FIFTH (TGV) 

AKAN MEMPERSEMBAHKAN TEATER


"BUS STOP"


TEMPAT : PANGGUNG PERCUBAAN, UPM SERDANG
TARIKH : 24 MAC 2012
HARI : SABTU
MASA : 3.30 PETANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR. 
MASUK ADALAH PERCUMA

HARAP MAKLUM. 
TERIMA KASIH


Monday, March 19, 2012

Tiup belon dengan wap panas

 

Fuh lama tak update. Semenjeak habis conference hari tu, rasa lega je. hehe... Hujung minggu lepas putrajaya telah diserang oleh belon-belon udara panas. So ini kali kedua aku ke situ. Sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Sampai-sampai je area Putrajaya Percint 2, dah jem. Kenderaan banyak mencari tempat parking untuk pergi tengok belon. Dengan menggunakan kepakaran aku, pusing-pusing sikit, dah dapat parking.

 

 

Kemudian aku memulakan pengembaraan. Cuaca masa tu panas terik. Meleleh-leleh peluh. Tapi malangnya acara pada tengah hari tak menarik pun. Belon udara yang cantik-cantik takde pun. Yang ada belon untuk naik je. Tapi aku tak naik pun. Macam tak berbaloi je ketinggian dia.hehe... Lepas tu pusing -pusing lagi jumpa helikopter pulak. Teringin nak naik, tapi seorang sekali trip RM130. Tak mampu lagi la. Next time kot.hehe...
 


 Menikmati angin helikopter. Best giler




 Laluan ke extreme zone




Badut ni pun dah penat agaknye



Event kali ni nampak macam kurang meriah la. Gerai-gerai pun macam kurang je. Maybe sebab tengah hari kot. Mengikut jadual belon yang cantik-cantik naik waktu pagi dan petang. Kemudian malam pun ada aktiviti lampu-lampu cantik. Mesti salah timing datang ni. Takpe next event kena plan betul-betul.hehe... Tapi yang paling best kat mana-mana pun leh dapat air Mountain Dew free. Memang terbaik tatkala cuaca panas menderita tu. Insya Allah next event belon, plan trip betul-betul...



Dew dew dew de dew
 

Friday, March 16, 2012

Berakhir sebuah conference...

Alhamdulillah... Segala debaran telah tamat. Cuak gak semalam. Tidur tak lena, makan tak kenyang. Semuanya gara-gara CAMP 12. Maklum la pertama kali hadir dalam conference. Bertemu lebih ramai penyelidik-penyelidik dalam dan luar negara, berkongsi ilmu dan pendapat.


Pagi tu bangun awal tapi terlewat bangun sebenarnye bersiap dan terus bergerak ke Mines Wellness Hotel. 1st time masuk hotel ni. Tengok dari luar nampak grand giler hotel ni, tapi bila masuk hmm... so so je rupenye.hehe...

Sampai je terus register, dapat buku program dan tag. Kemudian terus masuk dewan conference dengar keynote speaker share research dia. Kemudian ada minum pagi. Ha bab makan memang best. Makan kat hotel kan.hehe... 

Selepas itu mulalah sesi conference pagi sampai pukul 12.30. Dewan tempat aku kena present tu agak kecil la. Muat dalam 30 orang. Sebab bilik lagi satu tu memang agak besar. Boleh muat 100 kot. Bila dengar perkataan conference tu nampak macam gempak giler kan. Tapi bila kat situ, dah tengok orang lain present, nampak macam ok la. Not bad la. Confident tu dah datang balik.hehe...

Conference ni best sebab kita share apa yang kita buat. Ianya tak sama macam viva. Viva presentation untuk dapat markah dan menentukan kita lepas ke tak pengajian kita. Tapi conference lebih santai dan rilek. Level shooting dia takde la sampai membunuh atau menusuk kalbu. Just sinis-sinis je.hehe...

Biasa la tu orang akan bertanya sebab nak tau lebih lanjut mengenai research kita. Jadi kita patut bersedia la dengan segala kemungkinan.



Ok setel sesi pagi, di teruskan pula sesi makan.hehe... Bab makan memang puas hati. Dua tiga round gak la aku tambah. Sedap punye pasal. Variety pulak tu. Terbaiklah makan. Lepas ni boleh join conference lagi la.hehe...


Selepas itu mula sesi petang pulak dalam pukul 2.30 petang. Aku kena present dalam anggaran pukul 3.30 petang. Tapi disebabkan ada presenter yang tak datang, dalam pukul 3.00 petang aku dah present. Mula-mula naik tu memang berdebar. Bila tengok audience, tak ramai. Fuh lege.hehe... Sesi petang kan, orang dah semakin kurang. Lepas present biasanya mereka dah balik. Dalam dewan tu ada la dalam 5 orang je. So present rilek-rilek je. Yang bestnye lepas present takde sebarang pertanyaan. Dorg faham la kot.huhu...




Turun stage dengan rilek dan amik sijil dari chairman. Setel oh yeahhh... Selepas tu masuk ke dewan lagi satu. Tengok member present lak. Nasib tak baik chairman dia supervisor aku. Memang suka bertanya soalan. Hehe... Ape-ape pun semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.


Setel presentation ape lagi, cabot la balik berjimba-jimba.hehe... Itulah pengalaman conference pertama aku.         Nak kata best sangat pun takde la sangat. Maybe tempat conference tu buat kat area berdekatan je kot. Tu yang tak rasa sangat keseronokan tu. Kalau buat jauh sikit maybe best sikit. Buat kat oversea ke baru syok.hehe...

insya Allah...


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENDOAKAN SAYA
SEMOGA ANDA SEMUA DIBERI PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T














Tuesday, March 13, 2012

Debaran CAMP 12

Assalamualaikum and good morning. Hari ni start CAMP12. Bukan camping ye, tapi conference kat Mines. 
Nak tau lebih lanjut klik gambar ni


Bukan aku nak promote conference ni pun, tapi aku terlibat untuk presentation conference ni. Conference international ni. Takut beb nak present.huhu... Doa kan aku semuanya selamat dan baik-baik belake ek. Present Khamis ni 15 March 2012, 3.30 pm.

Monday, March 12, 2012

Duit syilling baru









Korang pernah dapat duit syilling baru tak?
cantik kat design baru tu. Saiz pun dah berubah. Memang cantik tapi bile nak guna beli air kat RO water atau nak bayar parking autopay tak boleh pakai lak. Maklum la duit baru cetak, mesin pulak design syiling lama. adoyai...






 





lagi satu kewujudan syiling baru ni menghilangkan simbol-simbol Malaysia seperti congkak, bangunan parlimen, rebana ubi, gasing, wau bulan, tepak sirih :(

Sunday, March 11, 2012

Captcha pada komen

Semalam baru dapat teguran dari sahabat bloggers, APAN mengenai word verification atau captcha. Sebelum ni tak tau pun benda tu ada pada blog sendiri. Memang agak anoying jika kita nk tinggalkan komen tapi kene taip2 word verification lak. Tapi sebenarnye benda ni elok untuk halang spam. Depend pada user blog tersebut la.



Lepas dapat tau pasal masalah tu terus ke setting untuk disablekan captcha tu. Tapi cari-cari tak jumpe. Saya gunakan dashboard baru. So tak jumpe. Ape lagi menggoggle la.Terus dapat solution kat SINI. Caranya senang je. Kene tukar ke dashboard lama. Untuk masuk ke dashboard lama klik link ni:



Kalau dah klik tapi still masuk ke dashboard baru jugak, senang je, bersihkan segala cache dan cookies pada internet browser. Caranya pergi ke internet option dan clear cache, cookies & history. Browser yang saya gunakan ialah Google Chrome. Tekan kat gambar spanar kat penjuru atas kanan >  Tools > Clear browsing data... pastu baru tekan balik link kat atas tu.

Bile dah masuk kat dashboard lama, cari setting > comments > word verification. off kan dan save. setel...



TQ Apan sbb bgtau. peace yo!

Friday, March 9, 2012

Lacto-lite

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni nak share satu produk ni. Nama dia LACTO-LITE, minuman campuran serbuk yogurt kultur hidup & inulin. Ok Lacto-lite ni berbentuk serbuk yang di pek dalam peket-peket kecil. Cara nak gunanya bancuh dengan air biasa sahaja jangan air suam. Fungsi Lacto-lite ni lebih kurang macam Vitagen dan Yakult la. Baik untuk kesihatan perut. Tapi kesan Lacto-lite ni lagi cepat dan best.




Lacto-lite akan membantu mencernakan makanan dengan lebih efektif. Secara tidak langsung dapat membersihkan usus kita. Kita tak taukan dinding usus kita tu keadaannya macam mana. Ntah2 ada yang tersumbat. Bila dah tersumbat, bahagian yang menyerap nutrien-nutrien makanan mesti tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi Lacto-lite ni dapat membersihkan sedikit sebanyak usus kita yang tersumbat itu.

Setelah dinding usus kita bersih dan sihat, ia pasti dapat memproses makanan dengan lebih baik serta dapat menyerap nutrien serta zat-zat makanan dengan lebih efektif dan berkesan. Secara tidak langsung, memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita



KELEBIHAN

Sembelit hilang
Masalah sembelit ni semua orang ada. Teruk atau tidak teruk je. Kalau yang teruk tu sampai buang air besar berdarah-darah nak dapat buasir dah. Dan yang paling teruk mestilah buasir. Dengan menggunakan Lacto-lite ni najis kita tidak keras dan secara tidak langsung tidak sembelit lagi. Masalah buasir ni memang sensitif sikit. Kalau korang pernah buang air besar berdarah mesti panik tak tau nak buat ape. Nak pegi cek kat klinik takut. Tu sembelit berdarah la tu. Hint awal nak kene buasir. Baik cegah sebelum kena kan.

Kulit cantik
Ok nak kata produk ni dapat mencantikkan kulit tu tak la. Sebab ni bukan produk kecantikan, tapi produk kesihatan. Tapi apabila usus kita sihat, dan dapat memproses nutrien makanan dengan baik, secara tidak langsung kulit kita akan bertambah cantikkan. Memang betul setelah saya gunakan produk ini lebih daripada sebulan, kulit nampak semakin sihat. Kalau tak sebelum ni asyik kering je. Nampak lesu je. Jerawat pun dah tak tumbuh selepas guna produk ni. Parut-parut luka, kesan-kesan gatal semua dah berkurang. Tapi kena amalkan pemakanan yang sihat la. Banyak minum air dan makan sayur serta buah-buahan.

Kurang penyakit
Sistem imun badan juga bertambah. Yela perut dah sihat, badan secara tidak langsung akan sihat juga la.


 


Kesan-kesan selepas minum Lacto-lite

Banyak keluar angin.
Ok selepas minum Lacto-lite ni memang kita akan banyak buang angin. Tak kira la sendawa atau pun kentut. Tapi tu benda yang baikkan. Buang gas-gas berlebihan dalam badan. Baru la badan sihat.

Buang air lawas
Macam yang saya cerita tadi buang air memang lawas. Memamng perut rasa selesa selepas baung air. tak kira besar atau kecil sama-sama lawas. Antara kesan yang kita boleh lihat, air kecil kita akan nampak pekat dan kotor manakala air besar akan nampak hitam legam dan busuk giler. Itu memang normal bagi yang baru minum Lacto-lite. Maksudnya perut kita telah di cuci habis-habisan. Itu yang keluar semua tu.

Awas! Setelah anda minum Lacto-lite, jika rasa nak buang air besar, sila-sila lah ke tandas cepat dan jangan tahan-tahan. Sebab nanti tercirit. Maklumla dah tak sembelit lagi.hehe...

Itu sahaja yang saya nak share kan kepada rakan-rakan semua. Kalau nak cube boleh contact kekasih hati saya, Mir. Harga Lacto-lite ni RM150 sekotak. 1 kotak ade 25 peket. Tahan la sampai sebulan. Cara guna       kalau ikut cara saya, minum sebelum tidur setiap hari. Esok pagi tu confirm best ke toilet.hehe...

Nak tau maklumat lebih lanjut klik sini LACTO-LITE








Wednesday, March 7, 2012

Jom berzikir




Patut la selalu nampak orang-orang alim berzikir guna jari. Sunah nabi rupanya. Marilah kita praktikkan amalan ini bersama-sama, sebabnya tangan kitalah yang akan menjadi saksi di akhirat kelak. 

SELAMAT BERAMAL :)

Tuesday, March 6, 2012

Tak payah nak SPAM sangat la



Zaman sekarang ni penipuan internet sangat banyak dan berleluasa. Ni contoh emel yang kononnya dari CIMB. Nak tau sesuatu emel itu SPAM atau tidak, halakan cursor mouse ke arah address emel tu dan tengok sama ada emel itu mencurigakan atau tidak. Contoh macam gambar ni kompom2 la menipu. Lagi pun setiap bank dah inform yang mereka tak akan emel apa2 kat kita kan. So berwaspadalah wahai kawan2...



5 Perkara Best di Waktu Pagi

Assalamualaikum & Good Morning everybody. Hari ni nak share 5 perkara best yang kite boleh dapat kalau bangun pagi.



1. Udara yang segar



Bangun pagi perkara pertama akan buat buka tingkap dan hirup udara segar. pergh memang terbaik. Dengar kicauan-kicauan burung memang best. Bangun pagi juga biasanya punca rezeki akan lebih terbuka, insya Allah.



2. Langit yang biru



Kalau cuaca baik tak mendung, tak kabus, awan kurang, boleh nampak langit yang sangat biru.



3. Awan yang cantik



Nampak pulak awan kepul-kepul comel atau berombak macam gambar ni. Awan berombak hanya boleh nampak kat kawasan pantai je rasanya. Awan yang dikenali dengan nama Cirrocumulus.



4. Matahari yang segar



Waktu pagi kalau tak nampak matahari memang tak best. Sinarannya kalau kena pada tubuh kita memang rasa segar je. Kalau cuaca berkabus, mungkin boleh nampak matahari bulat seketul kemudian nampak sun ray di celah-celah pokok.



5. Nasi lemak panas!



Dan yang terakhir sekali of course la nasi lemak panas. Feel makan nasi lemak ni hanya ada di waktu pagi. Kalau waktu lain tu feeling dia kurang sikit.hehe...

6. Kalau hujan tido balik

Dan sebagai extra, kalau hujan di waktu pagi adalah waktu yang paling best untuk tido balik.hehe


Selamat Bekerja & Selamat Belajar











Monday, March 5, 2012

4 March 2012




My birthday celebration. Simple yet meaningful. Tq honey...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...