Berakhir sebuah conference...
Alhamdulillah... Segala debaran telah tamat. Cuak gak semalam. Tidur tak lena, makan tak kenyang. Semuanya gara-gara CAMP 12. Maklum la pertama kali hadir dalam conference. Bertemu lebih ramai penyelidik-penyelidik dalam dan luar negara, berkongsi ilmu dan pendapat.
Pagi tu bangun awal tapi terlewat bangun sebenarnye bersiap dan terus bergerak ke Mines Wellness Hotel. 1st time masuk hotel ni. Tengok dari luar nampak grand giler hotel ni, tapi bila masuk hmm... so so je rupenye.hehe...
Sampai je terus register, dapat buku program dan tag. Kemudian terus masuk dewan conference dengar keynote speaker share research dia. Kemudian ada minum pagi. Ha bab makan memang best. Makan kat hotel kan.hehe...
Selepas itu mulalah sesi conference pagi sampai pukul 12.30. Dewan tempat aku kena present tu agak kecil la. Muat dalam 30 orang. Sebab bilik lagi satu tu memang agak besar. Boleh muat 100 kot. Bila dengar perkataan conference tu nampak macam gempak giler kan. Tapi bila kat situ, dah tengok orang lain present, nampak macam ok la. Not bad la. Confident tu dah datang balik.hehe...
Conference ni best sebab kita share apa yang kita buat. Ianya tak sama macam viva. Viva presentation untuk dapat markah dan menentukan kita lepas ke tak pengajian kita. Tapi conference lebih santai dan rilek. Level shooting dia takde la sampai membunuh atau menusuk kalbu. Just sinis-sinis je.hehe...
Biasa la tu orang akan bertanya sebab nak tau lebih lanjut mengenai research kita. Jadi kita patut bersedia la dengan segala kemungkinan.
Ok setel sesi pagi, di teruskan pula sesi makan.hehe... Bab makan memang puas hati. Dua tiga round gak la aku tambah. Sedap punye pasal. Variety pulak tu. Terbaiklah makan. Lepas ni boleh join conference lagi la.hehe...
Selepas itu mula sesi petang pulak dalam pukul 2.30 petang. Aku kena present dalam anggaran pukul 3.30 petang. Tapi disebabkan ada presenter yang tak datang, dalam pukul 3.00 petang aku dah present. Mula-mula naik tu memang berdebar. Bila tengok audience, tak ramai. Fuh lege.hehe... Sesi petang kan, orang dah semakin kurang. Lepas present biasanya mereka dah balik. Dalam dewan tu ada la dalam 5 orang je. So present rilek-rilek je. Yang bestnye lepas present takde sebarang pertanyaan. Dorg faham la kot.huhu...
Turun stage dengan rilek dan amik sijil dari chairman. Setel oh yeahhh... Selepas tu masuk ke dewan lagi satu. Tengok member present lak. Nasib tak baik chairman dia supervisor aku. Memang suka bertanya soalan. Hehe... Ape-ape pun semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Setel presentation ape lagi, cabot la balik berjimba-jimba.hehe... Itulah pengalaman conference pertama aku. Nak kata best sangat pun takde la sangat. Maybe tempat conference tu buat kat area berdekatan je kot. Tu yang tak rasa sangat keseronokan tu. Kalau buat jauh sikit maybe best sikit. Buat kat oversea ke baru syok.hehe...
insya Allah...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENDOAKAN SAYA
SEMOGA ANDA SEMUA DIBERI PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T
Comments
good preparation and have knowledge with your work ;)
lama x makan kek mcm tu...
Tq Meaz
@APAN
alhamdulillah...tu ar. bekan senang dpt peluang mcm ni