U Follow Me, I Follow U

Friday, October 18, 2013

Satu kelab yang banyak mendidik aku



Into the jungle. To seek new wisdom, new knowledge and new friends...

Thursday, October 17, 2013

Auto-Schedule Update



Sejak kebelakangan ni macam selalu update blog kan. Sebenarnya tulis draft banyak-banyak dalam satu masa. Tapi set auto update pada masa dan hari yang berlainan. Sebab tu macam aktif je. hehe...

Ini salah satu cara nak bagi blog-blog aku terus bernyawa. Kadang-kadang kalau busy tak menyempat nak update blog. So cari satu masa yang menenangkan dan update seberapa banyak post yang boleh. Lepas tu seperate untuk auto update.

Nak tau macam mana boleh tengok sini je. Malas nak cite panjang. hehe...

Blog yang terlibat dalam auto-schedule update:

Blog ini


Blog chord ni update macam biasa.hehe...

So jangan la terkejut kalau tiba-tiba blog update tapi aku outstation atau masuk hutan.hehe...

Logo-logo yang mempunyai "hidden meaning"

Biasa tengok logo-logo ni? ni antara logo yang biasa aku nampak tapi tak pernah teliti sampai ada yang mempunyai mesej yang tersembunyi.

Logo amazon.com ni amat popular kat internet dengan online shopping. Syarikat ni antara yang terawal menerajui sistem online shopping. Nampak tak arrow dari A ke Z tu? Ia bermaksud semua produk ada dijual dalam website tersebut. From A to Z. Arrow berbentuk smiley tu pula membawa maksud kepuasan pelanggan.



Toblerone ni antara coklat favorite aku. Selalu sangat makan tapi tak pernah teliti kat logonya. Sekali imbas nampak macam gunung. Memang coklat ini keluaran dari negara Switzerland dan Switzerland terkenal dengan gunung-ganang yang menakjubkan. Sebelum ini aku ingatkan logo gunung tu melambangkan Switzerland, tapi rupanya ada beruang kat logo tu. Sebenarnya Toblerone berasal dari Bern, Switzerland. Dan nama Bern tu diperolehi sempena beruang yang dijumpai semasa memburu di tempat itu. Beruang dan gunung, Bern dan Switzerland.

FedEx pula syarikat pos barang yang terkenal diperingkat antarabangsa. Baru perasan sebenarnya ada arrow antara E dengan X. Ia membawa maksud pantas, halatuju dan boleh harap.

Haaa ni syarikat shopping mall France yang selalu orang sebut kefor atau kafu. Carrefour dalam bahasa France membawa maksud crossroads. Sebab tu logo ada arrow bertentangan. Tapi baru sekarang perasan huruf C warna putih kat tengah tu.



Ni antara ice cream favourite juga. Tapi senang detect nombor 31 kat BR tu. Ia membawa maksud 31 perisa yang BR ada.

Menarikkan logo-logo yang di design ni. Mempunya maksud yang tersirat dan mesej tersendiri. Memang kreatif & inovatif. Tiba-tiba rasa nak cipta logo pulak.hehe...







Wednesday, October 16, 2013

Canon Photomarathon 2013

Tak sabar nak marathon sekali lagi. Tahun lepas kali ke-2 join Canon Photomarathon. 1st time join saje2 je lagi pun penyertaan percuma masa tu. 2nd time serius nak cari gambar.

Memang adat pertandingan, bila bertanding je nervous semacam je. Semua idea hilang. Tiba-tiba tak reti tangkap gambar. Adoyai...

Canon Photomarathon pertandingan fotografi yang terbesar (setakat yang saya tau la) yang dianjurkan di Malaysia. Pertandingan ini juga ada dijalankan di negara-negara lain contohnya Singapore, Indonesia, Vietnam dan lain-lain lagi. Memang padan la dengan hadiahnya yang lumayan.


Apa yang best mengenai pertandingan ini ialah temanya yang dirahsiakan. Dan setiap tema tu perlu ada kaitan dengan tema2 yang lain. Memang agak tricky la. Tapi tu format 2012. Tahun ni tak tau la macam mana plak.

Yang penting masa ni la kita boleh kenal fotografer tu hebat dengan kameranya atau hebat tergantung je.hehe... Basic rule is no editing allowed. So... Good Luck



Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidil Adha 1434H


Selamat menyambut raya haji tahun 1434 Hijrah. Alhamdulillah selamat dah jemaah haji menunaikan rukun Islam ke 5. Sama-samalah kita merayakannya. Tahun ni 2013 macam biasa balik rumah untuk potong lembu. Aktiviti tahunan yang paling best.

Pagi2 layan solat sunat aidil adha dulu di Surau Al-Amin Taman Setapak Indah. Pastu dengar khutbah raya yang mengingatkan kembali kisah para nabi dahulu. Tahun ni solat pukul 8.00 pagi. agak awal dari kebiasaannya kerana nak selesaikan ibadah korban lebih awal iaitu sebelum zohor.

9.15 pagi jemaah surau diminta berkumpul kembali untuk sama-sama gotong royong sembelih dan melapah lembu. Tahun ni 5 ekor lembu dijadikan korban.

Dah bertahun-tahun join aktiviti ni tapi sekeping gambar pun tak pernah snap lagi. Samada malas atau teruja nak potong lembu.hehe... Sebab kalo dah pegang kumira ni malas dah nak wat keje lain. Jadi OP yang tak offical je la.hehe...

Alhamdulillah sebelum zohor semuanya selesai. Lembu setel, makanan pun dah terhidang. Ape lagi makan la. Daging fresh tu.hehe...



 Belimbing Buluh



Mangga Epal


Hari petang sikit selepas asar, keluar pergi jolok buah mangga. Alhamdulillah ada rezeki sikit. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tinggi sangat. Kena pakai kren baru boleh amik.

Sebelah pokok mangga ada pokok belimbing yang macam dah lama tak berbuah. Tapi rezeki hari ni dapat la sikit.

Salam Aidil Adha 1434H daripada Asyraf Azizan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...