Logo-logo yang mempunyai "hidden meaning"

Biasa tengok logo-logo ni? ni antara logo yang biasa aku nampak tapi tak pernah teliti sampai ada yang mempunyai mesej yang tersembunyi.

Logo amazon.com ni amat popular kat internet dengan online shopping. Syarikat ni antara yang terawal menerajui sistem online shopping. Nampak tak arrow dari A ke Z tu? Ia bermaksud semua produk ada dijual dalam website tersebut. From A to Z. Arrow berbentuk smiley tu pula membawa maksud kepuasan pelanggan.



Toblerone ni antara coklat favorite aku. Selalu sangat makan tapi tak pernah teliti kat logonya. Sekali imbas nampak macam gunung. Memang coklat ini keluaran dari negara Switzerland dan Switzerland terkenal dengan gunung-ganang yang menakjubkan. Sebelum ini aku ingatkan logo gunung tu melambangkan Switzerland, tapi rupanya ada beruang kat logo tu. Sebenarnya Toblerone berasal dari Bern, Switzerland. Dan nama Bern tu diperolehi sempena beruang yang dijumpai semasa memburu di tempat itu. Beruang dan gunung, Bern dan Switzerland.

FedEx pula syarikat pos barang yang terkenal diperingkat antarabangsa. Baru perasan sebenarnya ada arrow antara E dengan X. Ia membawa maksud pantas, halatuju dan boleh harap.

Haaa ni syarikat shopping mall France yang selalu orang sebut kefor atau kafu. Carrefour dalam bahasa France membawa maksud crossroads. Sebab tu logo ada arrow bertentangan. Tapi baru sekarang perasan huruf C warna putih kat tengah tu.



Ni antara ice cream favourite juga. Tapi senang detect nombor 31 kat BR tu. Ia membawa maksud 31 perisa yang BR ada.

Menarikkan logo-logo yang di design ni. Mempunya maksud yang tersirat dan mesej tersendiri. Memang kreatif & inovatif. Tiba-tiba rasa nak cipta logo pulak.hehe...







Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo