Posts

Showing posts with the label care

CARE XV Best!!!

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua. Dah lama sungguh tak mengapdate blog. Virus malas melanda teruk. hehe... Rasanya masih belum terlewat nk mengucapan tahniah kepada peserta dan urusetia serta mereka2 yang menjayaan CARE yang ke 15. Terima kasih juga kepada alumni-alumni yang turun memeriahkan perkelahan hujung minggu kami ini... “Observe the nature carefully With its big and small creatures That teaches us the great lessons of life”

SEPAK

Image
23 ogos 2008, Sabtu. Semalam telah selesai satu majlis di Kolej Kelima. Sambutan Kemerdekaan peringkat Kolej Kelima. Semua yang menjayakan program pada malam itu penat. Postmortem hanya selesai dalam jam 3 pagi. Tidur pun lewat. Tapi nasib baik aku terjaga pagi. Sempat solat subuh dan membuat persiapan barang-barang. Epul masih tidur di katil Pigok. Setelah selesai packing barang, aku terus keluar bilik dan ke bilik Kecik. Aku gerak tanpa memberitahu Epul. Tak nak ganggu dia tidur. Kecik sedang bersiap. Sarjen tengah tidur. Sarjen ni memang sembang lebat. Hari itu kata nak pergi. Akhirnya tak jadi pulak. Setelah bersiap, kami berdua gerak ke fountain. Di situ semua peserta dan urusetia berkumpul. Untuk apa kami berkumpul? Kami berkumpul untuk menyertai Kem Interaksi Kembara (KICK) (dahulunya dikenali sebagai CARE). Setelah semua persiapan disediakan, kami bertolak menaiki bas hijau UPM. Menuju ke satu destinasi iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan tersebut milik UPM da...