Tunang 2016
Assalamualaikum semua… Lama blog ni terbiar. Hari ni nak update sikit. Mungkin akan buat major renovation sikit pada template blog dan akan buat blog baru khas untuk travel. Jeng…jeng…jeng… Pertama sekali nak cerita kisah tunang tahun lepas. Dah setahun dah, kawin dah pun, baru nak share ye. Hehe... Sorry la dunia teknologi semakin pantas. Just share gambar kat Facebook dan Instagram je. Zaman blog dah semakin pudar. Hanya tinggal mereka-merak yang masih tegar dan menjana income menggunakan blog. Tanggal 31 Julai 2016 berlangsunglah majlis pertunangan antara Asyraf bin Azizan dan Mirdeeliani binti Amir. Kalau ingat balik detik planning untuk bertunang ni memang sempoi giler. Pada suatu hari yang tenang, ajak la Mir dating macam biasa. Masa tu masih di musim raya. Kalau tak silap hari Ahad kot kami keluar. Jalan-jalan di OU, memang dah plan nak tengok-tengok cincin dulu. So singgah la ke kedai emas dan belek2 cincin. Lepas tu jumpa la yang berkenan dan pilih dua bentuk ...