Tunang 2016
Assalamualaikum semua…
Lama blog ni terbiar. Hari ni nak update sikit. Mungkin akan
buat major renovation sikit pada template blog dan akan buat blog baru khas
untuk travel. Jeng…jeng…jeng…
Pertama sekali nak cerita kisah tunang tahun lepas. Dah
setahun dah, kawin dah pun, baru nak share ye. Hehe... Sorry la dunia teknologi
semakin pantas. Just share gambar kat Facebook dan Instagram je. Zaman blog dah
semakin pudar. Hanya tinggal mereka-merak yang masih tegar dan menjana income
menggunakan blog.
Tanggal 31 Julai 2016 berlangsunglah majlis pertunangan
antara Asyraf bin Azizan dan Mirdeeliani binti Amir. Kalau ingat balik detik
planning untuk bertunang ni memang sempoi giler.
Pada suatu hari yang tenang, ajak la Mir dating macam biasa.
Masa tu masih di musim raya. Kalau tak silap hari Ahad kot kami keluar.
Jalan-jalan di OU, memang dah plan nak tengok-tengok cincin dulu. So singgah la
ke kedai emas dan belek2 cincin. Lepas tu jumpa la yang berkenan dan pilih dua
bentuk cincin untuk merisik dan tunang. Masa tu tak plan pun lagi bila nak
pergi merisik dan set untuk tunang. Setel pembelian, sambung jalan2 kemudian
pulang ke rumah pada petang tu.
Sampai je rumah ajak Mir jumpa mak dan bincang serba sedikit
dan tanya macam mana nak bertunang. Maklum la first time.hehe… Kemudian mak
terangkan apa yang perlu ada dan buat. Setelah mendengar penjelasan dari mak,
kami tunjukkan cincin yang dah beli. Mak cakap cantik cincin risik dan tunang.
Memandangkan cincin dah ada mak tanya bila nak pergi merisik, jangan
lambat-lambat. Memandangkan jadual masing-masing agak pack dengan kerja pada
minggu-minggu akan datang, teruslah decide nak datang merisik pada malam tu
jugak.
Mak agak terkejut tapi tiada masalah. Mir confirmkan dengan parent dia.
OK greenlight, maka kami pun terus bersiap untuk malam itu. Mir terus balik
untuk sediakan apa yang patut di rumah keluarga dia. Aku dan mak terus bersiap
untuk ke rumah Mir malam itu. Selesai solat maghrib kami pun bertolak.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Itu pertemuan
pertama mak dengan parent Mir dan semuanya dirancang dengan baik dari tarikh
tunang hingga la ke majlis perkahwinan kelak.
So 31 Julai 2016 menjadi pilihan untuk kami bertunang. Tak
buat besar-besaran pun. Cuma panggil keluarga terdekat dan wakil untuk bercakap
iaitu Pak Uda. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cuaca pada hari itu
juga baik.
Terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat handai yang
membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut.
Walaupun dah hampir setahun, tetapi jasa dan pengorbanan kalian amat kami
hargai.
Sebenarnya nak cerita detail sangat pun dah tak ingat. So
layan gambar la sikit2. Gambar banyak lagi kat gallery facebook
Comments