Alhamdulillah Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Mari singkap skit akitiviti sepanjang Ramadhan tahun ini... Time puasa ni semangat lebih skit nak berkebun. Tak tau la kenapa. Tapi tiap2 bulan puasa mesti buat aktiviti pecah tanah Back garden yang masih belum ade perancangan untuk melandscape kan nya. Tapi niat tu dah ada.hehe... Yaaa mari jadi electrical engineering sebelum raya Peralatan-peralatan engineer yang tidak bertauliah Maka inilah hasilnya lampu raya baru. hehe... Kemas bilik yang dah berabuk Khatam Al-Quran oh yeahh... Zakat fitrah alhamdulillah... Alhamdulillah semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun hadapan pulak Insya Allah... Aik gambar tarawikh xde plak. xpela alhamdulillah tahun ni sekali lagi full tarawikh, tapi masih xboleh nak 100% kat masjid/surau berjemaah. Ada gak hari-hari yang solat sendiri2. Insya Allah azam utk tahun depan.hehe... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf ...
Alhamdulillah selesai untuk Ramadhan tahun ni... Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk diteruskan pada Ramadhan akan datang... Insya Allah...
Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdulillah hari ni dah Ramadhan ke-9. Dah nak habis fasa pertama bulan puasa. Hari ni nak share sikit pengalaman berbuka di masjid. Lokasi yang dipilih ialah Masjid UPM. Memamng tiap-tiap bulan puasa Masji UPM akan sediakan juadah berbuka puasa kepada jemaahnya. Kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau yang lain pun ada buat. Kebiasaannya aku akan bergerak ke masjid 1 jam awal. Bukan sebab nak kene queue panjang ke ape, tapi untuk menambahkan amal ibadah di bulan puasa. hehe... Sampai-sampai setelkan solat tahiyat masjid dulu kemudian meneruskan misi tilawah Al-Quran peringkat individu.hehe... Masa-masa macam ni memang best mengaji sebab keadaan tenang & tenteram. Boleh baca banyak skit. Lagi pun dah ketinggalan beberapa juz ni. aduyaii... Waktu berbuka sekarang dalam 7.30pm kawasan Serdang/KL/Putrajaya. So dalam 7.15pm jemaah dah mula ambil juadah berbuka. Rilek2 jangan rebut2... semua orang dapat.hehe... Ha...
Assalamualaikum... wah lama betul tak meng update blog ni. SELAMAT BERPUASA SEMUA. azam puasa kali ni nk cukup puasa, cukup tarawikh, khatam al-quran n hidupkan 10 mlm terakhir. Insya Allah... Kad raya telah siap di edit. teringat dulu2 masa degree kat upm main tukar2 kad raya dengan budak2 K5. hantar by hand je. Tahun ni kad raya special skit dan tahun ni berniat nk pos kepada kenalan2. dah lama tak main pos2 kad raya ni. masa kecik2 dulu rajin la main pos2 kad raya kat sedara mara.hehe so kepada sesiapa yg nak kad raya daripada saya sila kasi alamat anda kepada saya. hehe... Selamat beribadat semua...