U Follow Me, I Follow U

Thursday, July 18, 2013

Pengalaman berbuka di masjid

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdulillah hari ni dah Ramadhan ke-9. Dah nak habis fasa pertama bulan puasa. Hari ni nak share sikit pengalaman berbuka di masjid. Lokasi yang dipilih ialah Masjid UPM. Memamng tiap-tiap bulan puasa Masji UPM akan sediakan juadah berbuka puasa kepada jemaahnya. Kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau yang lain pun ada buat.




Kebiasaannya aku akan bergerak ke masjid 1 jam awal. Bukan sebab nak kene queue panjang ke ape, tapi untuk menambahkan amal ibadah di bulan puasa. hehe...

Sampai-sampai setelkan solat tahiyat masjid dulu kemudian meneruskan misi tilawah Al-Quran peringkat individu.hehe...

Masa-masa macam ni memang best mengaji sebab keadaan tenang & tenteram. Boleh baca banyak skit. Lagi pun dah ketinggalan beberapa juz ni. aduyaii...




Waktu berbuka sekarang dalam 7.30pm kawasan Serdang/KL/Putrajaya. So dalam 7.15pm jemaah dah mula ambil juadah berbuka. Rilek2 jangan rebut2... semua orang dapat.hehe...



Haaa ni pemandangan sebelum berbuka. Nasik dah dihidangkan siap-siap. Tapi belum time makan lagi.




Ini lah juadah berbuka hari ini. Kuih cucur badak, kurma dan agar-agar. Air teh o suam. Cukup untuk sekadar berbuka dan alas perut. Sebab nak ikut sunah nabi, berbuka sedikit kemudan Solat Maghrib berjemaah, lepas tu baru makan berat.




Selesai solat Maghrib berjemaah, boleh la ambil nasi tadi, buh lauk, lauk hari ni kurma ayam. mantappp beb. Kemudian selamat menjamu selera. Alhamdulillah kenyang, kalau nak tambah pun boleh lagi tapi kene tunggu semua jemaah dapat makanan dulu.

Begitulah serba sedikit yang ingin di kongsikan. Bila kat masjid ni bersemangat sikit nak beribadah compare kalo kat rumah atau kat bilik. Lagi pun dapat save duit kalo buka kat masjid ni. hehe... Selamat menjalani ibadah puasa semua :)

0 expressions:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...