U Follow Me, I Follow U

Sunday, February 22, 2009

Hari-Hari Yang Best!!!

Bermula pada jumaat lepas...Aku dan beberapa orang rakan K5 masuk Battle of the Band yang dianjurkan oleh K10 sempena Sedekad 10. Band kami...

The Allegory

Daphne (Vocalist)
Che Ani (Lead Guitar)
Pau (Rhytm Guitar)
Lehe (Bass)
Henry (Drum)

main lagu...

Estrella - Stay
The Cranberries - Zombie

Pada hari jumaat itu kami perform malam. Dalam pukul 9.00pm camtu ar. Kami band yang kedua. Band yang pertama daripada K5 jugak iaitu senior kami

Filsafat

Putet (Vocalist)
Mario (Lead Guitar)
Tulet (Rhytm Guitar)
Cicak (Bass)
Ijud (Drum)

Band mereka perform dengan baik sekali. Kemudian band kami. Ini kali pertama aku join pertandingan band. Sebelum ni pernah perform atas stage K5 je. Tapi kali ni memang lain feeling dia. Dengan sorakan rakan-rakan yang lain memang best. Terima kasih kepada mereka yang datang menyokong pada hari itu. Kami lakukan yang terbaik dan mengharap yang terbaik.

Selepas perform aku stay tengok band-band yang lain. Diorang memang hebat-hebat belaka. Kemudian pulang ke K5 dan terus meeting teater sebab esok (sabtu) K5 perform teater. Kemudian balik tidur...

Esoknya bangun lambat.huhu... Budak2 lain dah bising-bising dah. Aku pun terus bersiap dan gerak untuk membantu mereka setup dewan. Untuk FESTIK kali ini K5 mempersembahkan 40 Seterusnya...?

Persembahan K5 kali ini memang mantap. Aku sangat teruja dengan kebolehan cast2 yang ada. Dan crew2 juga sangat cemerlang kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik. Dan yang paling membanggakan crew teknikal aku memang best. Semuanya first timer dalam teater dan aku akui diorang memang terbaik. TEKNIKAL TERBAIK YEAH!!!

Habis persembahan, kami berkemas, balik kolej dan buat circle yang terakhir. Selepas itu aku terus balik dan berehat. Ngantuk...nak tidur....

Baru nak lelapkan mata mesej masuk...

Henry: kita masuk final battle of the band. cepat2 training kat bilik band skrg
(lebih kurg mcm tu a msg tu.huhuhu...)

Aku terus bangun. Sape2 yang ada kat bilik aku masa tu memang terkejut sebab aku tiba2 je bangun.huhu... DAPAT MASUK FINAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku terus bersiap. Lepas solat terus ke bilik band dan training jap. Keterujaan masa tu. Tapi agak sedih sebab lagi satu band Filsafat tak dapat masuk final.

Malam itu kami perform band yang pertama. Kali ni memang bertambah best. Kitorang enjoy sangat. Thanks kepada mereka2 yg sudi hadir menyokong kami terutamanya produksi 40 seterusnya..? Aku memang membawa semangat teater tu atas pentas. YOU GUYS ROCK!!!!

Bila tiba waktu umum pemenang, aku tak expect menang sangat sebab malam tu memang semua band hebat2 belaka. Maklumla 8 band yang masuk final daripada 20 band. Tapi Battle of the Band ni open kepada semua. Banyak band2 yang berpengalaman masuk. Kami ni first timer. Tapi memang best sgt2.huhu...thanks everyone...


APA YANG BEST SANGAT???

Battle of the Band
The Allegory

Thanks to all band members
Thanks to Skembu and Sab sebab kasi pinjam bilik band utk training
Thanks to Cicak kasi pinjam bass masa saringan
Thanks to Cibit kasi pinjam bass masa final (tapi x minta kebenaran pun.huhu)
Thanks to Anje sebab menyediakan transport utk kami
Thanks to Rotu sebab record kami masa saringan
Thanks to Pigok sebab record kami masa final
Thanks to Epul sebab sudi datang
Thanks to crew 40 dan seterusnya...? sebab datang support
Thanks to warga K5 yang datang support
Thanks to mereka2 yang selalu jamming bersama

FESTIK 09
40 dan seterusnya...?

Thanks to orang-orang yang tersayang sebab sudi datang
Thanks to all crew sebab sporting
Thanks to Lahad sebab banyak ajar aku pasal Pengarah Teknikal
Thanks to Anje sebab banyak ajar aku pasal lighting
Thanks to Pigok sebab banyak kasi pinjam barang teknikal
Thanks to all crew teknikal K5 sebab banyak mendidik aku dalam arena teknikal
Thanks to warga K5 yang datang support
Thanks to mereka2 yang terlibat dalam teater secara langsung dan tidak langsung

Saturday, February 21, 2009

FESTIK 09

At Dewan Kolegiat KPZ

2.00pm

40
Seterusnya.....?

TEKNIKAL TERBAIK!!!

Friday, February 20, 2009

Battle Of The Band

At K10

9.00pm

the Allegory

Wednesday, February 18, 2009

Get Ready To Rock!!!

Battle Of The Band @ K10 - 20th Feb

FESTIK 09 @ KPZ - 21st Feb

Monday, February 16, 2009

FESNIK....

tak kalah...
tapi tak menang apa-apa...
:(

Saturday, February 14, 2009

FESNIK MASUK FINAL!!!!!

tahniah korang. buat yang terbaik lagi ek...

Friday, February 13, 2009

FESNIK 09

Semoga berjaya kawan-kawan...

Monday, February 9, 2009

Asyraf now...

in full throttle

TEST 1
FESNIK 09
PENITI INTERKOLEJ 09
FESTIK 09
BATTLE OF THE BAND 09
PENITI INTERVARSITI 09

more in coming

TEST 2
HOKI INTERKOLEJ 09
SOFTBALL INTERKOLEJ 09
DINNER 09
FINAL EXAM


FOREVER IS A LONG LONG TIME - YNGWIE J. MALMSTEEN

Sunday, February 1, 2009

The Nenggiri River, Kelantan


Bermula 24-27 Januari 09. Perjalanan kami bermula seawal 10.30pagi. Pagi tu aku baru nak pek barang.huhu.. Kemudian terus ke Stesen Bas Putra menanti waktu 3.00 petang untuk naik bas. Sebelum tu bersiar-siar di The Mall sambil mencari modal untuk photoshoot.

Tarian singa di The Mall



The Mall



Jam 3.00, bas pun sampai. Bila dah naik bas, baru aku perasan, ni first trip aku ke Kelantan.hehe...


Tiba di sana dalam jam .... malam ar.huhu tak ingat pukul berapa. Kami seramai 21 orang di jemput ke rumah abah. Berehat dan bersiap untuk bergerak ke Sg. Nenggiri esok.


1st...Esoknya kami terus bergerak menaiki bas sekolah ke Sg. Nenggiri. Agak dekat dengan rumah abah, jadi perjalanan tak mengambil masa yang lama. Sampai di sana, kami kena buat rakit sendiri. Rakit yang menggunakan tiub pelampung yang besar. Tubing panggilan dia bukan rafting. Kami di ajar oleh beberapa orang guider yang sempoi.




Selepas kami makan tengah hari, kami terus ke sungai dan bersedia untuk berlepas. Sebelum itu en guider bernama Kencing memberi taklimat dahulu tentang berakit. Pada hari itu ada 3 group iaitu group kami K5, group KTDI dan group Guider. Kemudian kami dilepaskan beramai-ramai.





Pengalaman pertama berakit memang agak teruja. Dengan air yang coklat teh susu memang seronok. hehe. Rakit yang aku naik bersama dengan Bangla (cerita dan gambar dari bangla), Hajah (cerita dari hajah klik sini), Kak Sab, Julia dan en guider bernama Amirul Asyraf (nak tiru nama aku jugak.huhu). Hari pertama berakit tak mencabar langsung. Tiada jeram yang mencabar dan airnya agak tenang. Agak-agak dalam lebih kurang 4 jam perjalanan atas air, kami akhirnya berhenti di Gua Cha.




Tempat ni ada anjung batu, boleh buat tempat berteduh dan berlindung. Tapi group kami tak duduk di situ, kami berport wakaf berhampiran. Group KTDI duduk kat anjung batu tersebut. Cantik tempat tu.


Gua Cha


Selepas makan, kami semua group berkumpul di anjung batu tersebut untuk sesi pengenalan dan post mortem. Disitu kami berkenalan dengan semua guider yang ada. Memang seronok malam itu, en Kencing memberi taklimat untuk berakit esok. Kata beliau perjalanan esok lebih mencabar. Selesai perjumpaan tersebut kami pun pulang ke port kami dan bersantai-santai. Ada yang tidur dan ada yang berjaga.


2nd...Hari dah pagi. Group kami bersiap paling awal. Jam 9.00 pagi dah bersedia untuk berakit, tetapi terpaksa tunggu lagi 2 group yang sedang bersiap. Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Agak sejuk pagi itu, paras air sungai juga naik sikit. Dalam jam 10.30 pagi, selepas warm-up, kami bertolak. Perjalanan hari ini semakin seronok. Dengan suasana dan hari yang sejuk, kami berakit sambil berhibur di atas rakit.


Hari ini perjalanan di atas air agak mencabar dengan pelbagai jeram yang akan dilalui. Kami berhenti lunch diatas rakit sebentar kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Pos Pulat. Sebelum sampai Pos Pulat tu sempat masuk jeram Lubang Golf. Memang best jeram tu.

Sampai je di Pos Pulat kami semua memungah barang ke dewan berhampiran. Pos Pulat ni perkampungan orang asli. Ada sekolah, surau, kedai runcit dan rumah-rumah orang asli sikit-sikit. Walaupun ada kemudahan seperti di atas, tetapi suasananya agak daif. Sumber air pun guna air sungai yang di sedut daripada air terjun berhampiran.

Pada malam itu, seperti biasa ada post mortem dan berkongsi pengalaman antara peserta dan guider. Kemudian kami berehat sambil berhibur. Ada yang main kad, ada yang makan megi, ada yang bernyanyi dengan abg2 guider dan macam-macam lagi. Apa-apa pun suasana malam itu memang meriah. Abg2 guider kat situ memang peramah dan sempoi semunya.




3rd...Hari ni tak berakit. Tapi masih di Pos Pulat. Bangun pagi, makan dan bergerak ke air terjun berhampiran. Cantik air terjun tu. Tapi banyak batu dan tiada tempat yang luas dan dalam untuk melakukan acara terjun-terjun. Aku dan Bangla awal-awal lagi mencari view yang sesuai untuk shoot air terjun. Suasana waktu tu memang seronok. Kami mandi-manda, makan tengah hari di situ, bergambar dan bergembira. Kemudian dalam jam 1.00pm kami semua pulang ke camp site.

Monumen yang aku dirikan


Jam 3.00pm kami berkumpul semula beramai-ramai. Abah dan geng-geng beliau ingin berkongsi pengalaman mereka. Banyak la benda baru yang kami pelajari yang tak dapat dalam KJR yang lepas. Tapi pada waktu itu mata agak mengantuk, jadi tertidur gak kejap.huhu

Malamnya pula kami berkumpul lagi. Kali ini semua para guider bermaaf-maafan sesama peserta. Malam itu baru tersedar, esok dah nak balik KL dah. Rasa sekejap sangat pengembaraan kali ini.

4th...Bangun pagi, solat, gosok gigi tapi tak mandi sebab karang kompom basah punye dan bersiap untuk berakit. Macam biasa group kami juga yang siap paling awal. Tapi bila hidup dalam kumpulan yang besar ini kita kena hormat cara berkumpulan. Terpaksalah menunggu group-group yang lain sambil membantu sedikit sebanyak apa yang mampu.

Setelah semua selesai, kami berlepas beramai-ramai. Suasana kali ini paling meriah. Rakit aku paling bising sebab budak-budak akan menyanyi sekuat hati bagi menghiburkan guider kami. Macam-macam lagu yang mereka nyanyikan. Aku dan Bangla sempat juga merakamkan saat-saat indah tersebut.

Pada hari ini kami akan melalui lagi jeram yang mencabar. Dan jeram-jeram tersebut memang best. Tapi aku masih belum berpuas hati sebab tak dapat nak terbalikkan rakit. Mungkin trip akan datang boleh main terbalik-terbalik rakit.huhu..

Selepas jeram tersebut, ada kawasan yang airnya agak tenang dimana kami semu membuat floating. Aku sempat membuat backflip dan saat-saat itu dirakam oleh Bangla.


Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir iaitu Kampung Star. Di situ kami semua menaikkan rakit dan membuka balik rakit-rakit tersebut. Perasaan pada masa itu penat + gembira + sedih sebab dah nak balik. Kalau boleh nak main seround lagi rakit tu. Tapi apakan daya.


Selesai memungah barang-barang, kami bergambar dan bertolak balik ke rumah abah. Sampai di rumah abah kami bergambar lagi kemudian minum-minum sikit dan bergerak ke sungai berdekatan dengan rumah abah. Cantik sungai tu. Tapi banyak batu. Batu-batu sungai yang cantik. Tapi tetap tiada port terjun.


Kami mandi-manda sambil makan-makan dan membersihkan diri serta bersiap untuk pulang. Malamnya kami bertolak balik ke KL naik keretapi dari Gua Musang ke Serdang. Naik keretapi jauh-jauh ni pun kali pertama dalam hidup aku.hehe...


Pengalaman di Sungai Nenggiri memang tak boleh dilupakan. Nenggiri Rockz!!!!

Cheritera dari saing yang lain : Bangla, Hajah, Budis, Zanna




Terima Kasih kepada pihak penganjuran
Group rakit aku, Bangla, Hajah, Kak Sab, Julia dan En Guider Mirul
KORANG MEMANG BEST

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Rec yang lain
ALL THE BEST




Harap maaf sebab entry kali ini lambat sikit.huhuhu
Video mungkin akan diuploadkan kemudian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...