The Nenggiri River, Kelantan


Bermula 24-27 Januari 09. Perjalanan kami bermula seawal 10.30pagi. Pagi tu aku baru nak pek barang.huhu.. Kemudian terus ke Stesen Bas Putra menanti waktu 3.00 petang untuk naik bas. Sebelum tu bersiar-siar di The Mall sambil mencari modal untuk photoshoot.

Tarian singa di The Mall



The Mall



Jam 3.00, bas pun sampai. Bila dah naik bas, baru aku perasan, ni first trip aku ke Kelantan.hehe...


Tiba di sana dalam jam .... malam ar.huhu tak ingat pukul berapa. Kami seramai 21 orang di jemput ke rumah abah. Berehat dan bersiap untuk bergerak ke Sg. Nenggiri esok.


1st...Esoknya kami terus bergerak menaiki bas sekolah ke Sg. Nenggiri. Agak dekat dengan rumah abah, jadi perjalanan tak mengambil masa yang lama. Sampai di sana, kami kena buat rakit sendiri. Rakit yang menggunakan tiub pelampung yang besar. Tubing panggilan dia bukan rafting. Kami di ajar oleh beberapa orang guider yang sempoi.




Selepas kami makan tengah hari, kami terus ke sungai dan bersedia untuk berlepas. Sebelum itu en guider bernama Kencing memberi taklimat dahulu tentang berakit. Pada hari itu ada 3 group iaitu group kami K5, group KTDI dan group Guider. Kemudian kami dilepaskan beramai-ramai.





Pengalaman pertama berakit memang agak teruja. Dengan air yang coklat teh susu memang seronok. hehe. Rakit yang aku naik bersama dengan Bangla (cerita dan gambar dari bangla), Hajah (cerita dari hajah klik sini), Kak Sab, Julia dan en guider bernama Amirul Asyraf (nak tiru nama aku jugak.huhu). Hari pertama berakit tak mencabar langsung. Tiada jeram yang mencabar dan airnya agak tenang. Agak-agak dalam lebih kurang 4 jam perjalanan atas air, kami akhirnya berhenti di Gua Cha.




Tempat ni ada anjung batu, boleh buat tempat berteduh dan berlindung. Tapi group kami tak duduk di situ, kami berport wakaf berhampiran. Group KTDI duduk kat anjung batu tersebut. Cantik tempat tu.


Gua Cha


Selepas makan, kami semua group berkumpul di anjung batu tersebut untuk sesi pengenalan dan post mortem. Disitu kami berkenalan dengan semua guider yang ada. Memang seronok malam itu, en Kencing memberi taklimat untuk berakit esok. Kata beliau perjalanan esok lebih mencabar. Selesai perjumpaan tersebut kami pun pulang ke port kami dan bersantai-santai. Ada yang tidur dan ada yang berjaga.


2nd...Hari dah pagi. Group kami bersiap paling awal. Jam 9.00 pagi dah bersedia untuk berakit, tetapi terpaksa tunggu lagi 2 group yang sedang bersiap. Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Agak sejuk pagi itu, paras air sungai juga naik sikit. Dalam jam 10.30 pagi, selepas warm-up, kami bertolak. Perjalanan hari ini semakin seronok. Dengan suasana dan hari yang sejuk, kami berakit sambil berhibur di atas rakit.


Hari ini perjalanan di atas air agak mencabar dengan pelbagai jeram yang akan dilalui. Kami berhenti lunch diatas rakit sebentar kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Pos Pulat. Sebelum sampai Pos Pulat tu sempat masuk jeram Lubang Golf. Memang best jeram tu.

Sampai je di Pos Pulat kami semua memungah barang ke dewan berhampiran. Pos Pulat ni perkampungan orang asli. Ada sekolah, surau, kedai runcit dan rumah-rumah orang asli sikit-sikit. Walaupun ada kemudahan seperti di atas, tetapi suasananya agak daif. Sumber air pun guna air sungai yang di sedut daripada air terjun berhampiran.

Pada malam itu, seperti biasa ada post mortem dan berkongsi pengalaman antara peserta dan guider. Kemudian kami berehat sambil berhibur. Ada yang main kad, ada yang makan megi, ada yang bernyanyi dengan abg2 guider dan macam-macam lagi. Apa-apa pun suasana malam itu memang meriah. Abg2 guider kat situ memang peramah dan sempoi semunya.




3rd...Hari ni tak berakit. Tapi masih di Pos Pulat. Bangun pagi, makan dan bergerak ke air terjun berhampiran. Cantik air terjun tu. Tapi banyak batu dan tiada tempat yang luas dan dalam untuk melakukan acara terjun-terjun. Aku dan Bangla awal-awal lagi mencari view yang sesuai untuk shoot air terjun. Suasana waktu tu memang seronok. Kami mandi-manda, makan tengah hari di situ, bergambar dan bergembira. Kemudian dalam jam 1.00pm kami semua pulang ke camp site.

Monumen yang aku dirikan


Jam 3.00pm kami berkumpul semula beramai-ramai. Abah dan geng-geng beliau ingin berkongsi pengalaman mereka. Banyak la benda baru yang kami pelajari yang tak dapat dalam KJR yang lepas. Tapi pada waktu itu mata agak mengantuk, jadi tertidur gak kejap.huhu

Malamnya pula kami berkumpul lagi. Kali ini semua para guider bermaaf-maafan sesama peserta. Malam itu baru tersedar, esok dah nak balik KL dah. Rasa sekejap sangat pengembaraan kali ini.

4th...Bangun pagi, solat, gosok gigi tapi tak mandi sebab karang kompom basah punye dan bersiap untuk berakit. Macam biasa group kami juga yang siap paling awal. Tapi bila hidup dalam kumpulan yang besar ini kita kena hormat cara berkumpulan. Terpaksalah menunggu group-group yang lain sambil membantu sedikit sebanyak apa yang mampu.

Setelah semua selesai, kami berlepas beramai-ramai. Suasana kali ini paling meriah. Rakit aku paling bising sebab budak-budak akan menyanyi sekuat hati bagi menghiburkan guider kami. Macam-macam lagu yang mereka nyanyikan. Aku dan Bangla sempat juga merakamkan saat-saat indah tersebut.

Pada hari ini kami akan melalui lagi jeram yang mencabar. Dan jeram-jeram tersebut memang best. Tapi aku masih belum berpuas hati sebab tak dapat nak terbalikkan rakit. Mungkin trip akan datang boleh main terbalik-terbalik rakit.huhu..

Selepas jeram tersebut, ada kawasan yang airnya agak tenang dimana kami semu membuat floating. Aku sempat membuat backflip dan saat-saat itu dirakam oleh Bangla.


Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir iaitu Kampung Star. Di situ kami semua menaikkan rakit dan membuka balik rakit-rakit tersebut. Perasaan pada masa itu penat + gembira + sedih sebab dah nak balik. Kalau boleh nak main seround lagi rakit tu. Tapi apakan daya.


Selesai memungah barang-barang, kami bergambar dan bertolak balik ke rumah abah. Sampai di rumah abah kami bergambar lagi kemudian minum-minum sikit dan bergerak ke sungai berdekatan dengan rumah abah. Cantik sungai tu. Tapi banyak batu. Batu-batu sungai yang cantik. Tapi tetap tiada port terjun.


Kami mandi-manda sambil makan-makan dan membersihkan diri serta bersiap untuk pulang. Malamnya kami bertolak balik ke KL naik keretapi dari Gua Musang ke Serdang. Naik keretapi jauh-jauh ni pun kali pertama dalam hidup aku.hehe...


Pengalaman di Sungai Nenggiri memang tak boleh dilupakan. Nenggiri Rockz!!!!

Cheritera dari saing yang lain : Bangla, Hajah, Budis, Zanna




Terima Kasih kepada pihak penganjuran
Group rakit aku, Bangla, Hajah, Kak Sab, Julia dan En Guider Mirul
KORANG MEMANG BEST

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Rec yang lain
ALL THE BEST




Harap maaf sebab entry kali ini lambat sikit.huhuhu
Video mungkin akan diuploadkan kemudian

Comments

Anonymous said…
wah, best nyer,
join jugak ek?
mesti best kan,
p-(
Asyraf Azizan said…
best best..
jom ar join.huhu
Anonymous said…
thanks for your nice post. It happens i'm looking for the people who does this tube rafting at nenggiri. please email luxluther53 at yahoo dotcom
Paklah Koi said…
Salam..sori mencelah, hehe..mesti best raft kt nenggiri...kalau nk g lagi call saya 013-7448582, saya ada raft/dinghy di sana. Untuk pengetahuan, saya dulu student UPM gak, grad 2001, kolej KPZ, dulu 5th,4th and 2nd ,KMR juga KPZ serta KTP high Risk memang aktig program2 gini. Skarang tak tau la KPZ punya grup ada ke tak lagi...ok jgn lupa...nk g call me...or tgok blog...reckpz2000.blogspot.com

Popular posts from this blog

My Movie Review: Rock Oo

kamu balik