U Follow Me, I Follow U

Tuesday, July 29, 2008

dulu...

siang tadi,
muncul detik yang best lagi,
ditemani insan tersayang,
menjamu keingin perut,
kemudian lepak sebentar,
tengok tv berdua,
memang best,
"saya dah lama tak tengok awak pergi makan dengan kawan-kawan awak"
tiba-tiba aku teringat,
dulu kami selalu pergi makan bersama,
terutama makan malam,
aku,pigok,kecik,anje,rotu,cikgu,karuk...
tapi sekarang,
kami jarang makan semeja,
entah mengapa,
mungkin semakin sibuk dengan hal masing-masing,
bilik kecik pun dah jauh,
dulu kat sebelah bilik anje,
selalunya aku jerit kat luar tingkap sahaja untuk ajak mereka makan,
rotu pulak dah tukar course,
pigok pun dah ada kekasih,
hmmmm....
rindukan moment itu,
rindukan moment,
dulu...

dedication

lagu 'pagi yang gelap' yang diperformkan semalam,
ditujukan khas kepada insan-insan yang tersayang,
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,
dalam merealisasikan impianku...
mir
epul
dot
bell
bangla
pigok
skemboo
nana chanteq
mira
zana

Monday, July 28, 2008

on the road jom...

sekali lagi on the road tak jadi...
semua orang keletihan,
tidur di sarang masing-masing,
memang susah nak jadi kalau masing-masing berjauhan,
format terbaru untuk on the road,
semua yang ingin terlibat mestilah berada pada tempat yang sama,
kalau nak tidur, tidur kat tempat yang sama,
nanti nak on the road senang orang nak kejut,
huhu...
on the road jom...

selepas 'ulam' habis dimakan...

selepas 'ulam' habis dimakan,
semua orang terasa pemergiannya,
yang lebih merasainya tentulah mereka yang terlibat secara langsung pembikinan 'ulam' tersebut,
namun keseronokan dan kemeriahannya pasti tidak dilupakan,
semalam...
lepas postmortem,
lepak bilik band,
melayan jiwa rakan-rakan yang sunyi, tension, penat, kecewa, happy dan macam-macam lagi,
jamming seround lagi dengan mereka,
tapi tak cukup korum,
hanya jamming secara acoustic sahaja,
melayan jiwa tengah malam yang terus malam,
akhirnya masing-masing pulang ucap selamat malam...
kepada kawan-kawanku,
jangan segan silu,
kalau nak jamming lagi aku un je.huhu...

Dunia Lainku....

kalau orang menilai aku,
aku tak tahu dari sudut mana yang akan aku dinilai,
penglibatan aku di atas kehidupan dunia, aku pelbagaikan,
dan salah satu dunia yang aku minati ialah dunia muzik,
aku mendapat didikan muzik ini seawal aku berusia 6 tahun, kot...
bagaimana aku di didik?
secara tidak langsung,
abang-abang aku gemar memasang lagu kuat-kuat kat bilik mereka,
sampaikan aku boleh terlayan lagu-lagu yang mereka putarkan itu,
antara band yang menjadi pilihan mereka ialah Metallica, Nirvana, Iron Maiden dan macam-macam lagi,
mungkin pada usia aku semuda itu aku tak tahu apa benda lagu-lagu tu,
tapi mencecah usiaku 10 tahun ke atas,
aku mula memahami rentak, ritma dan alunan yang dimainkan,
membuatkan aku rasa nak dengar lagi,
dan band yang menjadi pilihan aku ialah Iron Maiden,
entah kenapa,
tapi aku boleh terima seni keras yang dimainkan itu,
pada usiaku 15 tahun,
aku mula berjinak-jinak dengan instrument bertali itu,
gitar kepunyaan abang aku,
aku try sikit-sikit,
ditambah tunjuk ajar abang-abang aku lagi,
minat tu semakin bertambah,
akhirnya aku pelajari sendiri memahami setiap ritma yang tersembunyi pada instrument tersebut,
sampai sekarang,
masih banyak yang belum aku terokai,
semuanya masih dalam pembelajaran,
dunia lainku,
motto yang selalu aku pakai,
"ROCK WILL NEVER DIE"
"COZ ROCK FOREVER"

"lehey gimming"

message yang selalu aku terima dari henry anak taba,
tokey band sekarang,
kami dapat seorang lagi ahli baru band,
cik ani nama beliau,
semalam first time perform depan crowd,
dibarisi oleh:-
karuk(vokalist),
cik ani(lead guitar),
lehe(rhytm guitar),
cicak(bass guitar)
& henry(Drum).
nerves tu standard ar,
ape yang penting kompiden,
huhuhuhu....
thanks kepada mereka yang memberikan komitmen dan sokongan,
thanks a lot kepada en. skemboo kerana membenarkan kami perform malam semalam....

Saturday, July 26, 2008

suatu hari yang panjang...

hari ini, berlalu dengan panjang sekali,
dari pagi kelas, balik lepak jap,
pergi sembahyang jumaat,
makan kat padang dengan rakan-rakan,
sambung pulak kelas tutorial kalkulus,
sambung pulak editing video PETI,
dan membantu rakan-rakan seperjuangan menjayakan majlis,
namun semuanya belum selesai selepas postmortem,
agenda berikutnya disaji oleh jiwaku yang lagi satu,
dunia hiburan irama dan muzik,
tatkala kondisi kesihatan badanku kian abnormal kembali,
irama, muzik dan rentak menjadi penawar jasmani,
ternyata ia dapat memulihkan sebahagian perasaan diri pada masa itu,
walaupun penat bertugas pada malam itu,
namun apabila akal mengatasi badan,
semuanya pun boleh jadi,
"wei ko x tido lg ke? on d road jom..ajk bell dgn midot"
"jom ar panggil ar dorg"
"aku igt dorg tdo bwh..rupenya tdo ats"
waktu menunjukkan jam 6.00 pagi,
kegilaan melayan ritma memang melalaikan,
"jom ar blk...sok training lg"
pulang.....
karang ada kelas koko pulak,
on the road jap,
jom sahabat....

Friday, July 25, 2008

kekurangan kekusutan kesementaraan

selesai sudah,
satu perkisahan dalam serumpun ulam,
buatku dapat menarik sesedut nafas dengan lancar,
namun ianya suatu kesementaraan,
kesementaraan yang sementara,
walaubagaimanapun kesementaraan itu dapat merehatkan aku,
yang bakal menambah momentum untuk cabaran yang akan datang,
syukur...

yang best tu datang lagi...

suatu pagi yang tenang,
setelah mengharungi malam yang mendung,
muncullah hari yang indah,
ditemani insan istimewa disisi,
yang masih diulit mimpi,
akibat kerja kuat di malam hari,
biarlah dia berehat...

ku isi masa pagi itu bersama dia,
mengubah selera pagi di suatu ceruk yang lain,
mencari ruang peribadi yang agak sempurna,
memang indah hari itu,
roti canai ada?
ehm..bagi saya roti sardinlah...

bersiar-siar dengan masa yang ada,
setiap detik diisi dengan sempurna,
dengan had masa yang ada,
dan segala-galanya berjalan lancar,
detik indah itu dirakam bersama,
menjadi kenangan hanya untuk kita,
yang best tu datang lagi...

mendung

malam tu mendung,
aneh pelik dan membingungkan,
si bulan tak nampak-nampak,
bila ditanya, tak juga muncul,
bila didesak baru la kelihatan samar-samar,
menampakkan awan leret yang putus,
sedikit ceria di hati,
namun biarkan bulan bicara sendiri,
berikan masa, tempoh dan waktu,
apa yang pasti,
the show must goes on,
to fight for your right,
so we are the champions.

Monday, July 21, 2008

semalam yg best...

semalam...
bangun pagi ada orang kejutkan,
breakfast ada orang temankan,
dan kami luang masa seketika di suatu tempat,
sampai masa, pulang ke sarang masing-masing,
perpisahan yang sementara,
disambung semula selepas terbenamnya matahari,
makan malam bersama,
berjalan bersama,
oh..harimau makan durian....
kemudian kami luangkan masa bersama lagi,
di suatu tempat yang sama,
rahsia dikongsi bersama,
tiba-tiba dapat pesanan,
dari insan yang turut istimewa,
lain dari yg lain,
sekalung terima kasih untuk beliau,
diakhiri dengan makan bersama lagi,
dan pulang ke sarang,
dengan hati penuh girang,
bersama orang tersayang...

Friday, July 18, 2008

Kehidupan Suatu Pilihan

kita hidup dengan apa yang kita pilih,
setiap pilihan menentukan hidup kita,
setiap ketentuan berasaskan pilihan kita,
setiap kita ada pilihan yang tersendiri,
apa yang tersendiri ialah pilihan kita,
kita yang menentukan pilihan,
pilihan yang menentukan hidup kita,
setiap kehidupan yang sentiasa memerlukan pilihan,
pilihan demi kehidupan,
kehidupan yang kita pilih,
pilihan kita hidup kita,
hakikatnya penentuan bukanlah pilihan,
tetapi kita hanya mampu memilih,
kerana kehidupan suatu pilihan.

The Lost Hope

Failure Is A Success If We Don't Stop Trying

It's Hard To Be Honest But It's Easy Working With Honest People

There Is No Ending After It Ended

The Life Is Never Stop

The Easiest Way Is The Hardest Way
The Hardest Way Is The Easiest Way

I live for what I choose to

The Unsong Title

Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah

Semua Buku Ialah Ilmu, Tetapi Bukan Semua Ilmu Di Dalam Buku

Pemimpin Yang Baik Ialah Seorang Imam Yang Baik

Perpisahan Ialah Satu Permulaan

Di Dalam Kesulitan Ada Kesempatan

Penuh Telaga Buta Jika Penuh Berusaha

Kemaafan Mampu Dipinta, Tetapi Hanya Kemampuan Yang Memberi Kemaafan

Tangan Yang Memberi Lebih Bermanfaat Daripada Tangan Yang Menerima

Bukan Senang Nak Jadi Senang, Tapi Bukan Susah Nak Jadi Susah

Orang Yang Pandai Ialah Orang Yang Sentiasa Belajar

Kemahuan Itu Satu Penciptaan,

Kerumitan Itu Satu Penyelesaian,

Kegagalan Itu Satu Pengajaran,

Kejayaan Itu Satu Pencapaian.

Suka Tak Semestinya Cinta, Cinta Tak Semestinya Suka

Pembelajaran Bermula Dari Pengalaman

Tak Salah Maka Tak Pandai

Orang Yang Kuat Ialah Orang Yang Mampu Bangun Berjemaah Ketika Subuh

Ketaksempurnaan Menyempurnakan Seseorang

Diri Kita Adalah Untuk Dicabar Oleh Diri Kita Berdasarkan Kemampuan Diri Kita

(UNTITLED)

the blue sing to you,

of the feeling in you,

it's hack and hurting,

causing many suffering,

suffer and disease,

prediction that unpersist,

forever long,

just like the song,

the song that untitled,

being sang by unnamed,

a song of many hope,

a hope as continuous rope,

as continuous as life,

just want to survive,

may life become light,

with future of bright,

future left the past,

and let it be the last,

so we past day by day,

until we feel as it,

the hope that never exist,

the broken rope,

of the lost hope.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...