Dunia Lainku....

kalau orang menilai aku,
aku tak tahu dari sudut mana yang akan aku dinilai,
penglibatan aku di atas kehidupan dunia, aku pelbagaikan,
dan salah satu dunia yang aku minati ialah dunia muzik,
aku mendapat didikan muzik ini seawal aku berusia 6 tahun, kot...
bagaimana aku di didik?
secara tidak langsung,
abang-abang aku gemar memasang lagu kuat-kuat kat bilik mereka,
sampaikan aku boleh terlayan lagu-lagu yang mereka putarkan itu,
antara band yang menjadi pilihan mereka ialah Metallica, Nirvana, Iron Maiden dan macam-macam lagi,
mungkin pada usia aku semuda itu aku tak tahu apa benda lagu-lagu tu,
tapi mencecah usiaku 10 tahun ke atas,
aku mula memahami rentak, ritma dan alunan yang dimainkan,
membuatkan aku rasa nak dengar lagi,
dan band yang menjadi pilihan aku ialah Iron Maiden,
entah kenapa,
tapi aku boleh terima seni keras yang dimainkan itu,
pada usiaku 15 tahun,
aku mula berjinak-jinak dengan instrument bertali itu,
gitar kepunyaan abang aku,
aku try sikit-sikit,
ditambah tunjuk ajar abang-abang aku lagi,
minat tu semakin bertambah,
akhirnya aku pelajari sendiri memahami setiap ritma yang tersembunyi pada instrument tersebut,
sampai sekarang,
masih banyak yang belum aku terokai,
semuanya masih dalam pembelajaran,
dunia lainku,
motto yang selalu aku pakai,
"ROCK WILL NEVER DIE"
"COZ ROCK FOREVER"

Comments

dotdlegend said…
beb, tak kisah siapa pun kita.. yang penting kita tahu jiwa yang kita mahukan..
ustaz rocks.. hehehhe
kadg2 riso gak dgn tanggapan org len nnti. tapi aku suka buat apa yang aku nk buat
abaikan kate2 org..org xkan henti berckp2..yg penting..keep on rocking..

sudahlaa lehe =))
Anonymous said…
at least ada skill...

Popular Posts