U Follow Me, I Follow U

Tuesday, August 26, 2008

kamu balik

hari ini kamu balik,
kamu balik dan mungkin tidak akan balik ke sini kembali,
pertemuan kita hanya sementara,
pelbagai tanggapan yang kamu buat pada aku,
aku lain di sini,
seperti yang kamu pernah katakan,
aku lain ketika berada di rumah,
ya aku lain di semua tempat,
termasuk di sini,
semoga kita berjumpa lagi,
aku tidak tahu kenapa aku tidak sedih,
sedih dengan perpindahan kamu,
mungkin aku rasa kamu berada dekat dengan aku,
dekat di hati aku,
sehinggakan kalau berjauhan pun aku tetap rasa dekat,
jadi tiada sebab untuk aku ucapkan selamat tinggal,
sebab kamu tinggal di hati aku,
dan kamu hanya akan hilang jika aku mati,
pergi la kamu balik,
tapi jangan lupa balik,
balik ke sini...

SEPAK

23 ogos 2008, Sabtu. Semalam telah selesai satu majlis di Kolej Kelima. Sambutan Kemerdekaan peringkat Kolej Kelima. Semua yang menjayakan program pada malam itu penat. Postmortem hanya selesai dalam jam 3 pagi. Tidur pun lewat. Tapi nasib baik aku terjaga pagi. Sempat solat subuh dan membuat persiapan barang-barang. Epul masih tidur di katil Pigok.

Setelah selesai packing barang, aku terus keluar bilik dan ke bilik Kecik. Aku gerak tanpa memberitahu Epul. Tak nak ganggu dia tidur. Kecik sedang bersiap. Sarjen tengah tidur. Sarjen ni memang sembang lebat. Hari itu kata nak pergi. Akhirnya tak jadi pulak. Setelah bersiap, kami berdua gerak ke fountain. Di situ semua peserta dan urusetia berkumpul. Untuk apa kami berkumpul? Kami berkumpul untuk menyertai Kem Interaksi Kembara (KICK) (dahulunya dikenali sebagai CARE).

Setelah semua persiapan disediakan, kami bertolak menaiki bas hijau UPM. Menuju ke satu destinasi iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan tersebut milik UPM dan merupakan tapak penyelidikan UPM. Sampai sahaja di sana, kami diberi taklimat oleh pengarah program iaitu Modom mengenai peraturan dan pantang larang hidup di sana. Kemudian Camp Comandan dilantik iaitu Bangla. Dan segala arahan tertakluk di bawah beliau sekarang.

Aktiviti pertama kami ialah slot mengenai perkhemahan. Slot ini dikendalikan oleh Zanna dan Ema yang menerangkan mengenai kaedah mencari tapak perkhemahan dan cara mendirikan khemah. Seterusnya kami dikehendaki mendirikan khemah sendiri. Satu khemah lelaki dan satu khemah perempuan.

Selesai mendirikan khemah kami teruskan lagi dengan slot tali. Pelbagai peralatan tali yang kami belajar dan namanya memang pelik-pelik. Sebab itulah urusetia suruh bawa buku catatan. Tetapi aku tak bawa. Menggunakan tenaga minda sepenuhnya mengingati setiap info yang diberi secara langsung. Seterusnya tibalah acara yang di tunggu-tunggu iaitu makan. Kami makan beramai-ramai di dalam satu pinggan yang kecil. Memang leceh sikit. Sebelum ni kalau aku pergi camping, kami akan makan dalam talam. Tetapi kali ini berbeza sedikit. Itulah kelainan orang kata. Kemudian kami solat berjemaah. Agak leceh sebab tempat KICK diadakan ini sangat dekat dengan tempat bermastautin. Maka tak boleh nak jamak dan qasar solat. Jadi pergerakan aktiviti akan jadi terbatas sedikit.

Selepas itu kami melakukan aktiviti seterusnya iaitu orientaring. Belajar menggunakan kompas. Baru aku tahu bahawa anatomi kompas terdiri daripada 10 bahagian. Antara bahagian-bahagiannya ialah (1)tali, (2)tapak, (3)bearing, (4)dial, (5)jarum merah dan hitam, (6)marker, (7)perumah, (8)skala, (9)kanta dan (10)penunjuk arah. Lihatlah kuasa mindaku. Masih mampu ingat lagi. Ketika melakukan aktiviti tersebut, berlakulah sedikit salah faham dan kontroversi ke atas kumpulan kami. Hal ini mengimbau kembali kenangan ketika di KPSM dahulu. Walau bagaimanapun segala masalah dapat di atasi dengan kreativiti minda dan akal masing-masing.

Petang itu hujan turun. Aktiviti kami sedikit terbantut. Apabila hujan mulai reda, kami keluar mencari kayu api di hutan. Kayu api itu akan digunakan untuk membuat gimik perasmian KICK pada malam nanti. Selesai mencari kayu api, kami makan dan solat dan membuat persiapan untuk melakukan persembahan pada malam nanti. Aktiviti pada waktu malam bermula dengan ucapan ahli majlis tertinggi Kelab Kembara dan pengarah program. Seterusnya mereka merasmikan KICK yang julung kali diadakan. Selepas itu kami melakukan persembahan dan berhibur bersama-sama. Kemudian peserta dibenarkan tidur. Tetapi kami dah dapat agak, malam tak akan dibazirkan dengan mudah.

Lebih kurang jam 2 pagi, kami digerakkan untuk melakukan aktiviti night walk. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan mental dan fizikal. Apa yang menarik pada malam itu, aku dapat melihat getah yang glow in the dark. Aku tidak berada di tempat tersebut, tetapi CC yang tunjukkan kat aku. Menarik betul ciptaan tuhan ini. Selesai aktiviti tersebut kami pulang ke khemah dan bersiap untuk solat dan makan.

Pagi itu kami melakukan aktiviti seterusnya. Kami warm up dan bersedia untuk tracking ke sungai. Sampai di sungai, kami melakukan aktiviti water confident. Aku dah cukup confident dengan air ni. Jadi tak jadi masalah untuk aku melakukan aktiviti tersebut. Tetapi sesuatu telah berlaku pada diri aku. Aku telah diserang pacat. Pada awalnya aku ingat lintah yang melekat di kakiku, lantas meminta bantuan CC. Setelah dilihat oleh CC, beliau mengesahkan bahawa ianya ialah pacat. Agak besar pacat tersebut. Lebih kurang ibu jari aku. Mereka kata boleh sentap sahaja pacat tersebut, tetapi aku tak berani. Tarik perlahan-lahan sampai terlepas. Kemudian campak jauh-jauh. Darah terus meleleh keluar. Aku tak peduli. Terus melangsungkan aktiviti air tak formal iaitu mandi sungai. Sungai tersebut macam kolam dan agak dalam lebih kurang 2 meter lebih. Aku memang suka sungai yang dalam. Memang susah nak jumpa sungai yang dalam macam ni. Lantas kami melakukan pelbagai cara lompatan ke dalam air. Memang aktiviti kegemaran aku. Tetapi malangnya aku tak bawak kamera. Pengalaman itu hanya tersemat di dalam minda fikiranku sahaja.

Selepas itu kami pulang ke tapak perkhemahan. Kami makan dan solat. Tiba-tiba hujan turun lagi. Dengan lebatnya. Membantutkan lagi aktiviti seterunya. Kami peserta, hanya baring dan merehatkan diri. Tiba-tiba pengarah program datang mengejutkan kami. Kami diarahkan untuk mengemas khemah dalam hujan kerana bas akan sampai tak lama lagi. Pada ketika itu hujan semakin reda. Lantas kami segera mengemas semua khemah yang ada. Seterusnya kami bergambar dan berangkat pulang ke Kolej Kelima. Sampai di kolej, diadakan postmortem bersama peserta dan selepas itu kami bersama-sama membasuh khemah. Itulah pengalaman aku yang pertama bersama Kelab Kembara. Kini aku tergolong sebagai reccers. Aktiviti seterusnya yang akan aku sertai ialah XPDC (dahulunya dikenali sebagai KJR). Nantikan kemunculannya...

tuan pengarah

camp commandan

putet, stopang & scemboo

opel

pujol

abut

hajah

pieka

ain beego

kim

carik

zanna & tyra

lado

aishah kupan


kupan aishah, mario & lado

midot & fida

kecik & budis

nates

ema

Monday, August 25, 2008

Merdeka datang lagi

22 ogos 2008, jumaat, detik sambutan merdeka muncul lagi. Di Kolej Kelima yang serba indah ini. Sambutan yang akan diadakan di dataran Kolej Kelima.

dataran Kolej Kelima

Persiapan tempat yang dijalankan pada malam jumaat lagi. Pentas ditempatkan dan segala dekorasi kemerdekaan disusunatur dengan cermat dan cantik. Sempena kemerdekaan kali ini, aku bertugas sebagai krew teknikal. Dengan ketiadaan ketua teknikal di sini, aku terpaksa memikirkan pelbagai aspek dari segi teknikal bagi menjayakan program kemerdekaan ini di mana aku juga pengarah bersama program ini. Dari segi krew, tugas hingga ke peralatan perlu difikirkan. Mujurlah masih ada senior-senior yang sudi membantu bagi menjayakan program ini. Persiapan tempat pada hari jumaat itu bermula pada pukul 3.30 petang. Persiapan tempat yang lebih khusus untuk team teknikal.

peralatan teknikal yang akan digunakan

otai teknikal sedang set up konti sementara

krew menyiapkan tempat untuk projektor


portable mixer yang digunakan

Persiapan tempat yang mengambil masa yang panjang. Semua orang betungkus-lumus dengan tugas masing-masing. Dari unit teknikal hingga ke unit tugas-tugas khas, dekorasi kemerdekaan, persembahan, hadiah dan cenderahati, protokol, dan lain-lain.

persiapan tempat pada malam sebelumnya

gadis-gadis dekorasi

tempat makan vvip dan vip

Unit kebudayaan juga turut melakukan persiapan memandangkan mereka akan mempersembahkan tarian, koir dan deklamasi sajak pada malam itu.

persiapan tatarias penari

alumni Kolej Kelima yang turut membantu

persiapan penari

MC pada malam itu

peralatan make-up yang diguna pakai

Semua persiapan hampir siap pada petang itu. Dan rata-ratanya siap dan boleh menjayakan acara pada malam itu. Tetapi apa yang membimbangkan keadaan langit petang itu sangat kelam dan sejuk. Menunjukkan hari mahu hujan. Semua orang berasa bimbang. Memandangkan semua persiapan yang telah disiapkan berada di langit yang terbuka dan terdedah kepada hujan. Masing-masing mengharapkan tidak hujan. Tetapi harapan mereka hanya tinggal harapan kerana hujan turun pada waktu hari hampir senja. Segala persiapan yang tidak kalis air dilindungi. Nasib baiklah hujan hanya rintik-rintik dan turun sebentar sahaja.


langit mulai mendung

langit mula gelap petanda nak hujan

kerusi vvip dilindungi daripada hujan

peralatan teknikal dilindungi daripada hujan

Namun kebimbangan itu tidaklah menjadi kebimbangan utama sangat. Apa yang paling merisaukan pada ketika itu ialah gimik perasmian. Gimik perasmian yang dikendalikan oleh Bangla dan Midot menghadapi pelbagai masalah dalam perancangan hinggalah pada hari persiapan. Pada hari kejadian gimik perasmian yang dirancangkan menghadapi masalah untuk ditempatkan pada tempatnya. Akibatnya ia mengalami sedikit kelewatan dan membawa kepenatan yang amat sangat kepada krew mereka. Mujurlah ada mereka-mereka yang sanggup membantu. Persiapan mereka hanya siap selepas kedatangan VVIP sebelum program berlangsung.

felo yang turut menghulurkan bantuan

gimik yang telah dinaikkan

Setelah segala persiapan selesai, maka bermulalah acara pada malam itu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Putra Gemilang dan Bersama Ke Arah Jaya. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Kecik dan seterusnya ucapan-ucapan VVIP. Sebaik sahaja selesai ucapan Presiden Kolej Kelima, hujan kembali turun. Hal ini menyebabkan suasana majlis pada malam itu sedikit terganggu dan menyebabkan ahli jawatankuasa pelaksana sedikit kelam-kabut. VVIP terpaksa dipindahkan ke tempat yang teduh iaitu dibawah bumbung depan pintu Kolegiat. Para pelajar pula mencari tempat berteduh di depan laluan kiosk Megastar. Apa yang paling membimbangkan ialah pada krew teknikal. Peralatan elektronik mereka terpaksa ditutup dengan plastik. Walaupun sedikit kelam-kabut, tetapi kami masih bersyukur kerana majlis tidak dipindahkan sepenuhnya ke Dewan Harmoni.

hujan turun!

krew teknikal yang masih steady bertugas

Kemudian majlis diteruskan semula dengan ucapan perasmian Datuk Abdullah Morad, VVIP pada malam itu. Beliau berucap dengan bersahaja tanpa menggunakan sebarang teks dan ingin menyampaikan terus dari hati beliau. Beliau telah mencabar para pelajar untuk terus duduk di dalam hujan yang hanya rintik-rintik pada malam itu. Dan para pelajar menyahut cabaran beliau. Keadaan malam itu memang havoc. Seterusnya Datuk merasmikan majlis dengan melaksanakan gimik pada malam itu. Shutter replika kamera ditekan, dan seluruh Kolej Kelima menjadi gelap-gelita. Kemudian...

muka-muka tertekan ajk gimik pada malam itu

bersedia untuk menutup lampu

MERDEKA!!!!

muka-muka lega selepas tamat gimik perasmian

Suasana merdeka pada malam itu mula terasa selepas gimik perasmian berjaya dilaksanakan. Dan yang paling melegakan ialah ajk gimik perasmian pada malam itu. Kemudian majlis diteruskan dan berjalan lancar hingga ke akhir program. Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada malam itu. Tanpa mereka pastinya majlis pada malam itu hancur. Dan aku amat berterima kasih di atas kesabaran mereka menghadapi pelbagai situasi pada malam itu. Syabas sahabat-sahabatku sekalian...

terima kasih unit kebudayaan

terima kasih team teknikal

terima kasih unit hadiah

terima kasih para pelajar Kolej Kelima

terima kasih semua

hehe...


TERIMA KASIH SEMUA WARGA KOLEJ KELIMA

MERDEKA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...