U Follow Me, I Follow U

Wednesday, June 6, 2012

Pernah dengar Dropbox tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kali ini saya nak share satu aplikasi yang saya gunakan. Aplikasi ini diberi nama Dropbox. Satu aplikasi online dimana kita boleh simpan dokumen-dokumen secara online, dan kita boleh synchronize kan dengan dokumen pada PC kita.

Caranya mula-mula kita register sebagai user Dropbox dulu, create account. Selepas itu kena download dulu aplikasi ini. Kemudian install pada PC kita. Jangan risau, percuma sahaja. Dropbox akan create satu folder pada PC kita. Di folder tersebut kita boleh masukkan dokumen-dokument yang kita kerap gunakan serta penting. Contohnya dokument Microsoft Word, Excel, gambar-gambar, installer, lagu, video dan sebagainya.

Jadi apabila kita online, Dropbox akan syncronize kan folder pada PC kita dengan server Dropbox. Maka, apa yang ada pada folder PC kita akan di upload masuk ke server dan semua dokumen tersebut boleh digunakan dimana-mana ketika kita online.

Ianya memudahkan kerja kita apabila kita menggunakan lebih daripada 1 PC. contohnya PC di rumah, laptop, dan PC di office. Kan ke leceh kalau dokumen yang kita selalu guna perlu ada pada setiap PC tersebut. Kemudian jika ada perubahan pada dokumen tersebut nak kena update lagi pada setiap PC. Memang la kita boleh gunkan Pendrive sebagai tempat untuk simpan dokumen tersebut, tapi kalau tertinggal pulak kat rumah atau hilang ke macam mana?

Maka semua problem tersebut Dropbox dapat membantu menyelesaikan. Caranya simple sahaja. Kita kena install aplikasi Dropbox pada setiap PC yang kita guna. Jangan risau, percuma je. Kemudian setel la. Dropbox akan synronize kan semuanya. Segala perubahan Dropbox akan updatekan pada folder tersebut. Tapi make sure kena online la. Ianya akan berfungsi secara automatic.

Lagi satu kelebihannya ialah folder sharing. Kita boleh create satu folder baru, kemudian kita share kan kepada rakan-rakan yang menggunakan Dropbox juga. Jadi kalau ada contohnya assigment kumpulan ke ianya sangat membantu.

Dropbox banyak membantu saya sebagai student master sebab nak buat tesis la bagai dan saya mempunyai laptop dan PC di lab komputer.

Kalau nak cuba CLICK SINI. Free je...

Tuesday, June 5, 2012

Happy Boughtday Canon Ixus




Dah genap 5 tahun camera ni berkhidmat.
dan perkhidmatannya masih diperlukan sehingga ke hari ini
mula beraksi pada tahun 2007.
ni camera digital aku yang pertama.
Akak kasi hadiah masa 2nd sem kat matrikulasi
kemudian meneruskan khidmat di Kolej Kelima, UPM.
Pernah menjadi camera rasmi kolej suatu ketika dahulu.
Hasil video camera ni juga pernah memenangi pertandingan multimedia di K5.
Dan ianya sentiasa menemani aku menjelajah ke hutan belantara.
Telah menawan puncak tertinggi di semenanjung Malaysia
Serta gunung paling mencabar di Malaysia, Rabong
Terima Kasih kerana berjasa
Selamat Ulang Tahun ke-5

Canon Digital IXUS 850 IS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...