Wasp Diary Day 2 -Latest Update-


Ok ni dah ada latest update. Saksikan video Blackie buat sarang.



Sebelum ni ada cerita pasal info Blackie ni Solid Black Organ Pipe Mud Dauber kan. Tapi rupa-rupanya ia adalah Potter Wasp. Mud Dauber membina sarang yang agak kecil dan makanan untuk larva adalah Spider. Manakala Potter Wasp membina sarang yang agak besar kemudian berbentuk seperti pasu. Dan makanan untuk larvanya adalah Caterpillar.


Ok ni sarang tingkat 4 yang dah siap tadi. Blackie baru lepas masuk kan Caterpillar. Tak sempat nak amik gambar. So bila Blackie dah keluar, aku tutup tingkap dan pecahkan sarang ni sikit. Sangat keras ok sarang ni. Cucuk pakai safety pin tak lut. Ketuk pakai gunting baru pecah.

Hasilnya yang kuning tu telur dia. Dalam keadaan tergantung sebenarnya. Dan yang hijau tu Caterpillar, makanan untuk larva Blackie.

Ada komen pada post lepas yang bagitau ni bukan tebuan tanah. Tapi angkut-angkut. Menurutnya tebuan tanah hidup berkumpulan. Tapi Blackie ni nampak sekor je. Hmm... Logik gak tu. Tu yang buat research balik tu. hehe...

Ok nantikan update seterusnya nanti...

Comments

APAN said…
oh...ni la tebuan yg ko kata tu ye...siap rakan, mmg penternak la gayanya...jngn mkn tuan sudah :)
Asyraf Azizan said…
@APAN

bukan tebuan bahaya pun.hehe

Popular Posts