Kemas bilik dan terkenang...

Lepas sahur semalam tak boleh tido pulak. Dengan kesegaran mata dipagi bute, kesempatan tersebut di ambil untuk kemas bilik. Nak raya la katekan.hehe... Tapi baru siap kemas part meja je dulu.huhu... Tengah kemas2 terjumpa something yang meingatkan zaman aku muda2 dulu. cewah.hehe...





Cenderahati masa MTP dulu. Masa 2nd year, tahun 2009 kalo tak silap. Tanggungjawab ni mengajar aku banyak benda. Masa tu la baru kenal paperwork, baru kenal orang2 office kolej, dan baru kenal bhep. Aku memegang jawatan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kemahasiswaan. Dalam bahasa mudahnya Sekretariat Kerohanian la.hehe... 

Antara event yang aku kena handle dulu Pertandingan Nasyid Inter-Kampung sempena PEGAGE, Sambutan Kemerdekaan dan Malam Penghayatan Ramadhan. Dan of course la jaga kebajikan surau. Nak kata aku berpengalaman dalam berorganisasi adalah sangat tidak. Dah la aku ni jenis introvert, xde pengalaman, kena handle plak event2 wajib kolej. Memang membinasakan otak yang masih mentah ini.hehe... 

Memang terus terang kebanyakkan kerja2 MTP aku handle sorang2. Akibatnya result aku 2nd year jatuh mendadak. Tapi bukan MTP tu yang aku kene salahkan. Sebab aku gak yang tak pandai manage masa. Alhamdulillah sepanjang aku berkhidmat baik2 je. Tidak memporak perandakan keadaan. Kira ok la tu. Kepada rakan2 sekerja MTP, nice working with you guys... Kami adalah generasi MTP (Majlis Tertinggi Pelajar) yang terakhir, lepas tu tukar nama balik jadi MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa).

Kemudian sambung balik kemas bilik dan terjumpa ni pulak...






Nak dijadikan cerita, selepas meletak jawatan sebagai MTP, aku ade gak dapat tawaran untuk jadi MTM. Tapi aku tolak sebab nak up kan study balik. Dalam masa yang sama, penglibatan aktif aku dalam Kelab Kembara telah mendapat perhatian otai2 Rex. Seriously aku join aktiviti rex suka2 je. 1st aktiviti aku join KJR, 2nd KICK, 3rd Nenggiri. tu je. 

Dan pada satu hari aku mendapat panggilan untuk join meeting Rex. Annual Grand Meeting Kelab Kembara. Masa meeting tersebut aku dipilih oleh ahli kelab untuk menerajui Kelab Kembara sebagai PRESIDEN!. Satu tanggungjawab yang lebih besar dari sebelum ni. Pada mulanya aku memang menolak habis-habisan. Aku suka join Rex tapi tak nak la memegang apa2 jawatan. Akhirnya aku terima dengan keadaan terpaksa demi menolong 2 orang teman rapat aku pada masa tu...

Bermulalah kembali kehidupan dengan 2 tanggungjawab iaitu sebagai student dan presiden Kelab Kembara. Well macam biasa benda yang aku dapat mesti dalam keadaan kosong dan membuat aku terpinga-pinga. Amende la keje presiden ni. adoyai...

Selama 1 sem aku cuba mengenal apa itu Kelab Kembara. 1st aktiviti CARE hampir porak peranda aku lenjan.hehe... 2nd KJR X. Ni pun hampir pecah kepala nak handle. Nasib baik ada captut dan bulan sentiasa memberi sapot. Kalo tak porak peranda la jadinya.hehe...

Alhamdulillah berkat kesabaran dan minat untuk belajar bidang kepimpinan ni akhirnya aku faham Kelab Kembara ni macam mana dan ia totally different from MTM. Akitiviti sem 2 aku plan dengan lebih rancak dan menyeronokkan.hehe... Tapi apa yang aku plan masa tu, keputusan atau hasilnya tidak nampak terus. Hasilnya akan nampak lebih kurang setahun lepas tu. Kini Kelab Kembara aku lihat dah boleh bergerak dengan sendirinya. Rasa bangga skit.hehe...

Tapi apa yang aku lebih puas hati adalah pengalaman yang aku dapat. Satu keputusan yang aku amik dengan penuh risiko, tapi aku tukarkan dia jadi benefit kepada diri aku. Terima kasih kepada Opel yang sentiasa memberi tunjuk ajar...


Setel 2 kisah hidup aku di Kolej Kelima, UPM. Kerja2 pembersihan bilik diteruskan sampai ke pkul 11 pagi. Pastu tido jap sebelum smyg jumaat.hehe...

Kolej Kelima banyak mengajar aku erti kehidupan bagi persediaan menghadapi kehidupan yang sebenar selepas tamat pengajian. Tapi aku rasa belum cukup bersedia. Insya Allah aku akan teruskan perkhidmatan aku pada Kolej Kelima serta mencungkil ilmu2 yang bermanfaat...

Comments

faizbotol said…
Fuhh...Good job lehe..
Ko memang terbaek
Asyraf Azizan said…
tq botol. skrg turn ko plak. blaja la sebanyak mungkin
faizbotol said…
wlcm....insyaallah..Aku x kuat mcm ko..
adyllbbs said…
terkenang juga T.T
i M a Z a i M i said…
the fisrt and the last mtp :)

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo