Peristiwa Semalam...

Semalam, pergi outing bersama photomalaysia kat Lake Garden. Keluar rumah seawal 7am. Pergi ke rumah kekasih hati dulu pickup dia, pastu terus ke Lake Garden. Bila sampai di sana acara pertama bermula dengan mencari parking. Semalam memang pack giler parking. Tapi alhamdulillah ada rezeki. Ada kereta nak keluar masa tu. So dapat la parking. Kemudian register kat mereka. Outing kali ni mencecah 200 orang peserta. Memang ramai photographer hari tu dengan gear yang canggih manggih. Lepas selesai urusan register, semua orang berkumpul untuk group photo. Selepas itu macam biasa, kumpulan dibahagikan dan photoshoot pun bermula.

Bertemakan alam sekitar, photographer bebas menghasilkan karya-karya tersendiri. Bagi aku pula, pada outing kali ini tak banyak beraksi. Just hang out with her and cuba-cuba shoot macro without macro lens.huhu...

Kemudian semua orang berkumpul balik jam 11am untuk model shooting. Aku tak join model shooting kali ini. Tak larat ar. Semalam tidur lewat, hari ni bangun pagi, cuaca panas gile lak tu. Model kali ni seramai 8 orang kot. Semua perempuan. Lepas tengok-tengok jap, kami pun balik. Sebelum tu hantar moonsyi jap kat KTM.

Balik singgah lunch jap kat tempat best. Then hantar mir balik. Hari yang panas, perut dah kenyang, mata dah mengantuk. Balik rumah, sembahyang dan tidur...

Malam bersiap untuk pulang ke kolej. Lepas isyak terus bertolak pulang ke kolej. Dalam perjalanan nak sampai ke UPM, tiba-tiba terasa nak makan slurpee. Singgah sebentar kat 7-11 berdekatan. Belek-belek wallet, ada RM1. Belek-belek lagi, ada RM50 sekeping. Besarnye duit. Takpe pergi isi slurpee dulu. Saiz besar punye. Kat kaunter time queue, ada brader kat depan beli topup RM10. Dia bayar guna RM50 sekeping...

Cashier:"ada duit kecik tak bang?"

brader depan:"xde ar dik"

cashier tu terpaksa terima jugak. Urusniaga selesai. Kemudian aku pulak menghulurkan RM50 sekeping.

Cashier:"ada duit kecik tak bang?"

saya:"alamak... xde ar"

Cashier:"kitorang memang dah xde duit RM10 dah ni"

Aduh...garu kepala kejap. Mana nak carik RM2.20 ni untuk bayar slurpee. Tiba-tiba ada seorang akak ni dengan anak dia. Kebetulan beli slurpee gak dengan barang sedikit. Melihat keadaan aku macam tu, dia mengoffer untuk membayarkan. Aku terkejut jap. Rezeki Allah dah turunkan. Akak tu membantu aku dengan membayarkan slurpee tersebut. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat akak tu. Kemudian beredar pulang ke kolej. Ini adalah kali pertama stranger bayarkan untuk aku. Terima kasih akak. Moga Allah mencucuri rahmat dan memurahkan rezeki akak. aminnnn...

p/s: saya dah ada blog baru
p/s: gambar outing bleh tengok kat sini. Blog baru saya bertemakan photoblog

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo