Sakit mata
Jumaat lepas, pagi-pagi dah ride untuk pulang ke rumah. Sampai je macam biasa tidur dulu. Lepas tu sembahyang Jumaat dan makan.
Malam tu pulak ade game futsal. Lepas game tu pegi la toilet jap, bile tengok cermin, sebelah mata dah merah. Mungkin sebab dah ngantuk kot. Tak kisah la sangat. Balik rumah tidur
Keesokan harinya, bangun pagi dah rasa tak best kat mata kiri. Rasa macam bengkak dan ada banyak tahi mata. Aduhh memang sah la ni sakit mata. Tak best betul la. Cuci mata sikit dengan air bila tengok kat cermin memang dah merah teruk. Lepas mandi terus ke klinik, malas dah nak tunggu lama-lama.
Dapat la sikit ubat makan dan ubat titis. Ubat titis ni bila dah titis kat mata mesti rasa pahit kat tekak. Ada rongga yang bersambung kot.
Alhamdulillah hari ini dah semakin sembuh. Bila sakit mata ni kena pantang makan sikit. Makanan yang tinggi protein macam telur memang kena pantang. Kalau tidak rasa gatal-gatal yang amat sangat kat mata dan mata akan jadi merah balik. Tunggu la dah baik baru makan secara normal balik. Apa-apa pun bersyukur sangat sebab tak melarat ke dua-dua belah mata. Dulu-dulu masa sekolah pernah kena jugak. Tu yang paling teruk kot. Seminggu tak baik-baik siap dapat MC 2 minggu tak pergi sekolah. Tapi mata memang sakit la masa tu.
Comments