My Movie Review: 127 Hours
Assalamualaikum...Kali ni nak review skit pasal cite 127 Hours. Ni kisah sebenar Aron Ralston yang telah difilemkan. Kisah di mana Aron pergi mengembara pada hujung minggu di ngarai Moab, Utah. Tapi pemergian dia tidak diketahui oleh sesiapa. Mungkin dah rasa hebat sangat sampai keluarga sendiri pun tak tau yang dia nak masuk ke kawasan yang takde orang langsung.
Kemudian apabila ditimpa kemalangan, takde siapa pun tau. Dan dia mengambil masa 5 hari lebih untuk selamatkan diri. Sepanjang dia terperangkap tu baru la dia sedar apa silap dia dan mula menghargai hidup.
Perjalanan cerita ini tak banyak dialog. Tapi banyak view2 pemandangan yang menarik kawasan ngarai.
Bile tengok cite ni sebenarnya rasa macam banyak berkaitan dengan aku. Aku suka rekreasi, masuk hutan keluar hutan panjat gunung turun gunung redah sungai redah laut dan macam2 lagi. Ia membawa mesej yang cukup direct bagi aku, iaitu malang itu memang tidak berbau. Kita mesti bersedia untuk dalam apa jua keadaan. prepare for the worst orang putih cakap. Dan tak salah kalau inform sesiapa dulu sebelum melakukan aktiviti sebegini.
Klimaks cite ni bile Aron perlu buat keputusan untuk terus terperangkap dan tunggu bantuan atau lebih teruk mati kebuluran kat situ, atau hilang salah satu anggota badan. Dalam dunia survival, critical thinking sangat penting.
Tontonilah cite ni kalau nk tau kisah sebenarnya.
aku kasi 5 bintang cite ni sebab mampu memberikan effect yang mengerikan kepada aku.huhu...
p/s: sangat suka poster 127 Hours.
Comments
waaaaa, rasa macam ada di hutan rimba masuk blog ko...=p
nk copy dtg blk aku