My Movie Review: The Social Network






Assalamualaikum... kali ni nak review cite THE SOCIAL NETWORK atau bahasa mudahnye sejarah awal FACEBOOK. Cerita yang berkisarkan mengenai Mark Zuckerberg iaitu CEO Facebook mendapat idea untuk membangunkan satu laman sosial yang baru.

Plot penceritaan bermula masa Mark mendapat idea untuk buat Facesmash iaitu compare gambar perempuan kat Harvard mana yang hot. Kemudian page tu mendapat hit yang banyak dalam tempoh masa yang sekejap. Daripada situlah revolusi idea untuk Facebook berkembang.

Cerita ni banyak flashback sebenarnya. Situasi sebenar adalah Mark disaman dan dibicarakan atau disiasat kerana mencuri idea asal Facebook. Flashback tu yang ceritakan sejarah awal Facebook.



Cerita ni bagi aku sangat berat. Sebab banyak sangat cakap. Memang kene konsentret betul-betul ape yang Mark cakap. Sebab dia cakap memang laju. Nak kata cerita ni menarik, tak pun. Takde klimaks dan takde ending. So takde bintang yang aku leh kasi. Cerita ni just for knowledge je ar. Walau apa pun, kalau anda pengguna harian Facebook, mesti anda nak tonton movie ni punye. gerenti lah.hehe...

Itu saja untuk review kali ini. Facebook telah membuka satu lembaran baru dalam dunia komunikasi massa. Sehingga kini ia masih berkembang dan bilangan pengguna terkini dah cecah 600 million!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba