Outing Thaipusam 2011
Assalamualaikum pembaca2 blog sekalian. Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman pertama ke satu perayaan hindu iaitu Thaipusam yang kebanyakannya diraikan oleh masyarakat Tamil. Walaupun rumah saya berhampiran Batu Caves dalam lebih kurang 10 minit perjalanan, tapi ni baru pertama kali pergi. Itu pun bertolak dari UPM sebab tak balik rumah cuti ni.
Outing bersama Encik Bangla kami bergerak seawal 6.40 pagi dan tiba di Batu Caves dalam pukul 7.30 pagi. Breakfast jap dan terus memulakan photoshoot. Memang perayaan Thaipusam menjadi satu event kegemaran photographer. Satu event yang exotic dan penuh dengan kebudayaan tersendiri. Memang ramai photographer yang mengambil peluang untuk merakamkan moment2 yang menarik.
Kali pertama dalam event ni memang tak tau port2 yang menarik. Saya terus menuju ke pintu gerbang untuk menangkap gambar perarakan masuk mereka. Keadaan di situ memang sangat sempit kerana kepadatan manusia dan saya rasa sedikit takut dengan suasana di situ. Tapi masih ada ruang untuk saya berkarya.
Masa perarakan kavadi yang besar, tiba2 dia stop betul2 depan saya, di laluan dari pintu gerbang untuk ke tangga batu caves. Kemudian dia berpusing-pusing. Memang masa tu saya sangat cuak kerana kavadi tu berpusing2 depan mata saya dan saya takut terhantuk je. Dah la ramai orang lalu. Tapi rasa rugi sebab masa tu guna lensa tele so tak dapat rakamkan saat2 cemas tu. Kemudian kavadi tu terus bergerak ke arah tangga. Beberapa shot lagi ditangkap, kemudian keluar dari pintu gerbang tu untuk amik gambar suasana di luar pulak.
Keadaan di situ nampak harmoni dengan suasananya. Pihak polis, FRU dan RELA mengawal lalu lintas dan keselamatan sekitar. Tempat derma darah pun ada kat bawah fly over lagi. Dan ada juga aktivis alam sekitar yang menyeru supaya tidak membuang sampah merata-rata. I like this.
Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap gambar sebab dah tiada idea. Dalam 9.30 pagi dah bersiap untuk pulang ke UPM. Ini adalah pengalaman pertama. Pengalaman pertama ni selalunya saya ibaratkan macam recce2 dulu. So next year pasti akan datang lagi dan lebih bersedia untuk beraksi. oh yeahhh....
Comments