Puasa & Raya 2017



Assalamualaikum…
Baru sempat update blog. Sebenarnya post pasal sanding yang lepas dah draft lama, so just touch up untuk post. Cuma busy sikit sepanjang Ramadhan dan menjelang Syawal. Honeymoon trip pun masih dalam drafting, so kali ni share pasal Ramadhan dan Syawal la.

Alhamdulillah Ramadhan telah berlalu dengan sayunya. Semoga amalan kita semua sepanjang bulan Ramadhan di terima Allah dan sama-sama kita doakan agar dapat dipertemukan sekali lagi pada Ramadhan akan datang. Insya Allah... Ramadhan kali ini pertama kali bersama isteri. Dapat buat amal ibadat bersama memang best.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling best bagi aku, sebabnya bulan Ramadhan ni memang meriah dari pagi sampai ke malam meriahnya. Lagi-lagi bila dah nak dekat raya. Kemeriahan Ramadhan ni bermula pada malam tarawikh pertama, fuh memang penuh masjid. Masing-masing masih bertenaga dan bersemangat masa tu.

Kemudian diteruskan pada awal pagi semasa sahur. Masing-masing sibuk menyediakan juadah sahur, lauk basic untuk sahur biasanya ikan bilis goreng, telur goreng, kicap, ikan masin. Tu yang selalu rotate la, kalau ada menu berat tu pun mesti lauk malam tadi. Hehe…

Waktu pagi dan tengah hari je mungkin lengang sikit sebab banyak kedai breakfast dan lunch tutup. Tapi petang je mula meriah dengan bazar Ramadhan. Kemudian sampai la pada waktu berbuka bersama keluarga dan ada yang berbuka juga dengan rakan-rakan. Seterusnya menyambung ke tarawikh malam.

Alhamdulillah raya tahun ini berdua dengan si isteri. Tahun insya Allah bertiga, doa-doakan la.hehe…
Raya tahun ini di Nyalas, Melaka. Disebabkan cik puan isteri ni tak pernah beraya di kampung, so bawak la beraya di kampung. Nak meriahkan lagi suasana, tahun ni bakar lemang lagi.

Comments

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo