Pengalaman Kedua Paling Menarik...

Assalamualaikum...dah 3 hari selepas kami pulang dari suatu destinasi yang indah. Berakit di Sg. Nenggiri. Dan ini adalah kali kedua aku. Kali pertama ada pada entry ni. Kalau nak cerita dari setiap perjalanan, sama je. Tapi kali ini ada kelainan sikit. Tarikh kami bertolak tu merupakan hari perlawanan antara Kelantan dengan Selangor untuk merebut piala Sultan Haji Ahmad Shah.



Perjalanan dalam bas memang membosankan


Amik gambar ni kat page opel. Dia jadi OP masa game bola tu.


Suasana pertama bagi aku apabila sampai di Gua Musang terus cari kedai makan dan makan sambil tengok bola di Kelantan. Memang meriah bila Kelantan dapat gol. Tapi kami tengok 1st half je. Kemudian terus ke Kuala Betis untuk berehat dan menanti aktiviti esok.



Esoknya macam biasa kami akan diberi taklimat untuk mengikat rakit. Kali ni aku nak cuba naik rakit kargo. Jadi aku setting rakit kargo, bezanya dengan rakit2 lain ia menggunakan dua papan katil. Memang suasana masa tu meriah sebab ramai budak baru menimba pengalaman baru berakit.



Team GS Burger sempat bergambar

Selesai ikat rakit, kami makan tengah hari sebelum bertolak. Kemudian kami sama2 turunkan rakit ke sungai. Keadaam sungai ketika itu air besar. Biasanya ada buat water confiden skit sebelum bertolak, tapi kali keadaan air agak laju jadi takyah buat la.



Setelah rakit siap diturunkan, barang2 dibungkus dan ahli rakit diagih2kan sama rata dan guider ditempatkan. Kemudian kami pun berlepas satu persatu rakit. Suasana memang seronok. Lebih2 lagi bagi mereka yang pertama kali berakit. Cuaca ketika berlepas hujan renyai2. Alhamdulillah tak panas sangat dengan langit yang mendung. Tapi air sungai memang sejuk gile. Perjalanan hari pertama melepasi beberapa kawasan penempatan orang asli. Bile lalu kawasan dorang mesti terdengar kanak2 org asli menjerit2.



Hari pertama berakit kami akan bermalam di Gua Cha. Gua Cha merupakan tapak peninggalan sejarah di Malaysia. Setiba kami di kawasan perlabuhan, air sangat deras sebab kawasan tu ada anak sungai keluar. Jadi banyak insiden yang buat2 cemas berlaku ketika pendaratan rakit2. Walau bagaimana pun semunya berjalan lancar dan selamat.


Kalau trip yang lepas pondok ni tempat guider lepak




Kalau trip yang lepas kami bermalam di pondok, tapi kali ni dapat bermalam di batu lindungan, Gua Cha. Tempat tu memang best dan cantik.



Akibat air besar, kami terpaksa bermalam selama 2 malam di Gua Cha kerana tapak lain dah di tenggelami air. Trip kali ni lebih masa dan lebih leisure dan kami pelan2 mula rapat dengan guider. Aktiviti siang di Gua Cha dimulakan dengan sesi ice breaking kemudian lepas asar kami melakukan aktiviti water confident di jambatan kecil. Para guider menunjukkan cara floating yang betul dan bermacam2 ragam boleh dilihat. Suasana memang sangat meriah ketika itu. Masa tu la masing2 mula hilang tamadun.hehe...


Telatah guider yang sempoi


Malam pula kami berkumpul beramai2 dan membuat sedikit persembahan. Semuanya menarik dan terima kasih kepada mereka2 yang sangat sporting dan menghiburkan.



Keesokan pagi kami bertolak seawal 9 pagi. Perjalanan macam biasa akan menuju ke Pos Pulat. Kami berhenti makan tengah hari di atas rakit. Ape ntah nama kawasan tu.hehe... Kemudian kami teruskan perjalanan ke Pos Pulat. Dalam perjalanan sepatutnya kami akan melalui beberapa jeram, tapi disebabkan air besar banyak jeram dah ditenggelami air. Dapat rasa sikit je.



Tiba di Pos Pulat agak awal. Di jangka akan tiba pada jam 5 petang, tapi kami sampai tepat2 pkul 3 petang. Air besar jadi pergerakan agak laju. Barang2 dipungah dan kami bermalam bersama guider di dewan bersebelahan sekolah.



Arahan ni memang sempoi.hehe

Keadaan di Pos Pulat telah banyak berubah daripada yang sebelum ni aku datang. Surau pun telah dirobohkan untuk pembangunan stesen jana kuasa solar bagi menampung tenaga elektrik di sekolah. Penempatan penduduk asli di situ pun dah berubah ke kawasan yang lebih membangun. Nasib baik Tesco ade lagi.hehe




Ni tapak surau dulu





Malam pertama di Pos Pulat tak buat ape pun. Just berehat akibat keletihan berakit di siang hari. Keesokannya baru la pelbagai aktiviti diadakan. Main game blanket, mandi sungai yang tercemar dan pada malamnya buat diskusi skit. Suasana malam di Pos Pulat memang agak menyeramkan.hehe. Dorg cakap byk bedak sejuk sentry malam2.hehe. Tapi tak ade ape pun yang berlaku. Semuanya selamat kalau kita jaga adab di tempat orang.

Air sungai dah berkeladak dengan lumpur. Hilang mood nak main slow shutter



Keesokan harinya bertolak dalam pukul 10 pagi. Terus ke Kg. Star. Perjalanan tak jauh pun. Tapi masa ni time untuk main floating. Dulu aku sempat floating kat jeram2. Tapi kali ni jeram smua dah ditenggelami air. Tapi ape2 pun tetap best. Memang best minum air teh semula jadi. ngeh ngeh...Tapi ade gak yang tak best. Kelihatan ketara kawasan hutan dan bukit telah digondolkan. Banyak kemusnahan alam telah berlaku. Sedih...


Jambatan ni baru dibina. Merentasi Sg. Nenggiri

Setiba di Kg. Star, group photo dan kemudian masing2 jadi gila buat kali terakhir sebagai orang yang tidak bertamadun. Nasib baik aku ade immuniti. Kalo tak turut menjadi mangsa kannibal mereka. Makan tanah la jawabnye.hehehe...



Puak kannibal yang mengganas

Setelah selesai mereka menjadi gilo, masa untuk kemas barang2 dan bukak rakit. Bergambar2 skit kemudian balik naik bas ke rumah abah. Full house umah abah aritu. Macam yang lepas, kalau pegi umah abah kalau tak pergi mandi sungai memang tak lengkap. Sungai kat rumah abah memang cantik. Alhamdulillah kawasan tu masih belum tercemar.

Malamnya kami bertolak ke stesen keretapi Gua Musang. Balik naik keretapi nak dekat 10 jam baru sampai Serdang. Berakhirlah ekpedisi yang menyeronokkan...

Abah. Ketua guider yang sempoi dan tak lokek memberi ilmu kepada kami semua

Trip kali ini sangat bermakna bagi aku. Aku banyak approach guider untuk mempelajari ilmu outdoor dan indoor. Antaranya mengenai makanan yang sesuai untuk panjat gunung, macam mana nak jadi anchor dalam satu team mendaki dan barang apa yang perlu bawa, aku juga baru tau fungsi anchor dengan sweeper tu berbeza. Ingatkan sama je.hehe...


Abe Long. Selalu jadi anchor kali trip gunung, instruktor scuba diving, banyak kasi tips2 outdoor kat aku

Ilmu senjata api pun ada. Abah cite detail abis pasal shotgun dia. Macam mana sistem dia berfungsi, lesen nak dapat sampai la kalau tuan senjata tu mati. Abah juga ada cite pasal kerbau. Sifat2 kerbau yang setia kepada tuannya.


Abah menerangkan secara terperinci sistem shotgun beliau.

Tak melepaskan peluang untuk pegang senjata api. 1st time tu.hehe. Kalau kat luar nak pegang senjata api kene ade lesen. Ni siap bleh bergambar lagi. Ade peluru hidup ni. Jangan main2. TEMBAK karang.ngeh..ngeh...


Dan tak lupa gak aku belajar ilmu muzik.hehe... masuk hutan pun leh belajar muzik ek. Memang trip kali ni aku gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu alam. Tapi still rasa tak cukup.

Guider yang ajar aku ilmu muzik. Kalau kat luar kene bayar die ratus2. Kat sini free je. Belajar la ko sampai muntah.hehe

Alhamdulillah hubungan kami dengan guider pun menjadi semakin rapat dan ini amatlah bagus untuk Kelab Kembara. Meneruskan generasi yang dahagakan ilmu tak kira dimana jua berada. Tahniah kepada mereka yang menjayakan ekspedisi ini.

Comments

amin said…
pengalaman yang xkan mudah dilupakan!

Popular posts from this blog

kamu balik

My Movie Review: Rock Oo