Nenggiri 2013

Satu pengalaman indah terukir lagi. Untuk kali ke-empat, kembali ke Gua Musang untuk berakit di Sungai Nenggiri.





Program kali ini dianjurkan oleh UIA Kuantan. Kami wakil dari Kelab Kembara, aku, Captut, Anim & Yati join program mereka. Malam sebelum bertolak ration dibahagikan sama rata. Memandangkan kami tidak jelas mengenai sistem memasak disana, jadi kami mengambil keputusan untuk menyediakan ration untuk group sendiri. Kalau tengok beg masing-masing dah macam nak naik Gunung Rabong pulak.

Keesokan harinya pergerakan seawal 6.30 pagi. Memandangkan kami perlu menaiki bas pada 9.00 pagi, pergerakan pun terpaksa diawalkan kerana nak kejar train komuter untuk ke Hentian Putra.




Sampai di stesen komuter Serdang, nampak train baru bertolak. Alamak terlambat sikit. Takpe tunggu next train. Ni first time aku naik train komuter baru.



Nampak lebih panjang dan selesa dengan ruang yang agak besar. Semasa dalam train terserempak pulak dengan salah seorang alumni Kembara. Kebetulan dia baru nak pergi kerja naik train tersebut.

Tiba di Hentian Putra dalam 8.30 pagi. Cari air sikit kunyah-kunyah sikit dan paper sikit lepas tu bas pun tiba. Perjalanan dijangkakan memakan lebih kurang 5 - 6 jam. Naik je bas rilek-rilek sikit lepas tu terus tidur. Memandangkan semalam dah tak cukup tidur sebab packing barang, so dalam bas boleh tidur tenteram sikit. hehe...

Dalam 1.30pm bas berhenti kat Merapoh. Makan dulu seround. Sepanjang perjalanan memang lapar gile. Sebab tak sempat nak breakfast. Sampai-sampai je terus cari nasi. Lepas tu solat jap dan perjalanan diteruskan.



Ingatkan perjalanan jauh lagi, tapi dalam pukul 2.40pm dah sampai kat Hentian Gua Musang. Perjalanan siang rasa macam cepat pulak. Kalau dulu-dulu jalan malam rasa lama pulak. Mungkin sebab trafik agak clear waktu siang sebab tak banyak lori besar.

Sampai je terus contact abah untuk pick-up kami. Beberapa minit kemudian Abe Yus (Anak Abah) tiba naik pajero. Kami pun terus bergerak ke rumah abah di Taman Wangi.



Lepak jap rumah abah sambil main burung-burung kat rumah dia, lepas tu tolong loading barang-barnag rakit. Kemudian kami semua bertolak ke Kuala Betis untuk bermalam disana bersama guider-guider yang ada.


Lebih kurang pukul 5.30pm kami tiba di Kuala Betis. Sampai je letak barang-barang dan unloading pulak barang rakit tadi.


Malam itu kami hanya berehat sementara menanti kemunculan group dari UIA yang tak sampai lagi. Sambil lepak-lepak belajar main gitar dengan abg wan. Lesson kali ini jazz. Alhamdulillah banyak dapat tips & trick untuk gitar kali ini. Insya Allah akan belajar lagi lepas ni.


Dalam pukul 11 lebih group UIA pun sampai. Nampak mereka keletihan sebab mereka kata bas ikut jalan jauh. Lama duduk dalam bas. Malam tu tak buat apa, main gitar, sembang-sembang dengan guider kemudian tidur.


Keesokan harinya, lepas breakfast terus abah tunjukkan demo mengikat rakit. Untuk rafting kali ini ada dua jenis. Tubing dan rubber dinghy. Abah menunjukkan kedua-dua demo. Untuk ikat rakit tube dah biasa, so biarkan mereka yang first time buat. Lagi pun ada 3 rakit tube je.


Ini ialah rubber dinghy. Saiz yang besar boleh muat dalam 5-8 orang. Yang kecil 3-6 orang. Dinghy ni dah modified sikit dengan meletakkan frame kat tengah-tengah untuk kargo. Nak pam pun senang je. Tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak.


Dalam tengah hari rakit-rakit diturunkan ke sungai. Macam biasa air sungai masih coklat teh ais. Memang sejuk air sungai ni.


Selesai ikat kargo, dalam pukul 2pm kami pun berlepas menyusuri Sungai Nenggiri. Ini trip ke-empat aku. Rakitmate kali ini ialah aku, captut, anim, yati, miza (budak UIA) dan guider Madey. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan keadaan air yang agak naik sikit memandangkan sekarang ni musim hujan.

Dalam pukul 5pm kami tiba di Gua Cha. Bermalam dua malam di situ. Ape yang best signboard Kembara dulu masih ada lagi kat area Gua Cha tu.


Malam pertama tak buat apa sangat. Just lepak-lepak sebab letih berakit disiang hari.Makan ramai-ramai. Kemudian ada sesi ice breaking sikit antara peserta dan guider. Kire sesi suai kenal la.


Trip kali ini ada kelainan sikit sebab Abah bawak generator. So malam tu kat Gua Cha terang benderang. Tak kalut pasal gas lamp dan pelita karbaid dah. Selesai aktiviti malam itu masing-masing keletihan dan tidur.


Keesokan harinya ada aktiviti tali. Group UIA request kat Abah untuk buat abseil kat Gua Cha. So aktiviti pagi itu dimulakan dengan basic rope course dan equipment-equipment yang akan digunakan pada hari itu. Ditambah pula dengan kehadiran guider Kencing yang pakar dalam bidang ini menjadikan sesi pada hari itu bertambah meriah dan best.


Kemudian follow Abah ke lokasi abseil. Tengok cara setting sikit


Kali ini berpeluang buat forward abseil. Dengan pemantauan Abah rasa yakin sikit. Tapi masa nak first time turun memang gigil giler. Berderau darah naik ke kepala. Tapi bila dah tergantung baru rasa ok dan yakin untuk turun. Sampai tengah-tengah hold dulu bergambar. Lepas tu baru turun. Pening sikit kepala sebab darah turun kat kepala banyak.




Selesai abseil petang tu cuaca mula mendung. Lepas tu hujan sikit. Nasib baik tak lebat sangat. Abah sambung sikit bab tali-tali ni. Macam-macam la ilmu yang dapat hasil gabungan Abah dan Kencing.

Petang tu just lepak-lepak, kemudian Abe Long bagi task pulak suruh take over untuk buat something petang tu isi masa terluang. Tak tau nak buat ape just main game club je dengan group UIA tu. Mereka memang sporting habis. Best dapat group active macam tu.

Sementara petang tu Abah dan beberapa orang guider masuk hutan untuk recce track solo drop. Group UIA request untuk buat solo drop pada malam tu. Solo drop ni setiap seorang akan ditinggalkan dalam hutan untuk beberapa waktu. Lepas tu guider akan kutip balik.

Aktiviti malam tu bermula dengan perkongsian oleh dua orang senior dan seorang guider. Senior itu ialah Empuk dan Bongek. Mereka ni antara yang terawal join aktiviti bersama Abah untuk berakit dan aktiviti gunung. Mereka juga merupakan alumni UPM. Kolej KTDI dulu. Ada seorang lagi Kak Fina kolej Kosas. Memang group dari UPM ni rapat dengan Abah dari dulu sampai sekarang. Perkongsian pengalaman hidup yang menarik. Daripada student sehinggalah mereka berjaya sekarang.

Kemudian disambung dengan guider Kencing. Aku baru kali kedua jumpa beliau. Sebelum ni masa 1st time berakit. Lepas tu dia jarang join sebab masalah kesihatan. Memang best la perkongsian malam tu. Walaupun panjang lebar banyak cakap je tapi sikit pun tak mengantuk. Penuh info dan ilmu yang bermanfaat.

Selesai aktiviti perkongsian itu, program diteruskan dengan solo drop. Aku join group guider letak budak. Lepas tu kena jaga kat checkpoint. Malam tu memang gelap gila. Hutan kat situ agak tebal. Awal bulan pulak tu. Nak bergerak memang kena guna torchlight.

Aktiviti berjalan dalam 2 jam, lepas tu Abah pick up balik. Nak lama-lama sangat pun tak boleh sebab esok nak berkayuh pulak. So kena balik rehat sebab esok nak bangun awal memasak dan berakit.


Pagi tu semua bersiap untuk berakit. Makanan dah packing sebab hari ni makan tengah hari atas rakit. Air sungai pagi tu keruh semacam. Macam warna carrot susu. Lebih pekat daripada biasa. Sama warna dengan rubber dinghy dah. Mungkin sebab hujan semalam kot air lumpur dari ladang-ladang sawit turun semua.


Pagi tu juga Abah sempat buat demo untuk betulkan rubber dinghy yang terbalik. Hari ini kami akan melalui beberapa jeram yang besar. So kemungkinan rakit terbalik tu ada.


Selesai demo dan packing barang semua, lebih kurang pukul 9.45pagi kami semua berlepas dari Gua Cha menuju Pos Pulat.


Dalam perjalanan berakit, bot polis pun lalu. Memang setiap kali trip berakit akan ada bot polis yang mengiringi group Abah ni. Ni antara langkah-langkah keselamatan yang diambil. Memandangkan hari ni banyak jeram yang akan dilalui, maka bot tersebut bersiap sedia jika ada berlaku apa-apa kemalangan.

Curi gambar Opel. hehe...

Oh ye malam tadi merupakan perlawanan akhir Piala Malaysia: Kelantan vs Pahang. Malam tu kami tidak mendapat apa-apa berita sebab diluar kawasan. So hari ini kami mendapat berita daripada pihak polis ni. Berita yang mendukacitakan sek sek kelate. Kelantan tewas ditangan Pahang 1 - 0.

Well... adat permainan, kehidupan perlu diteruskan. Perjalanan ke Pos Pulat diteruskan. Hari ini kami akan makan tengah hari di air terjun. Ini ada peristiwa menarik untuk rakit yang aku naik...

Dalam perjalanan kami untuk menuju ke waterfall tersebut, kami ada melalui beberapa jeram. Banyak pelanggaran dengan batu berlaku dan tiub depan telah bocor. Guider Madey melaporkan kat Abah mengenai tiub bocor itu dan bertanyakan untuk tukar tiub. Tapi Abah bagitau untuk tukar kat waterfall nanti semasa berhenti lunch. Lalu kami meneruskan perjalanan dengan memusingkan rakit tersebut. Yang depan kebelakang. So tiub bocor tadi ada kat belakang. Sambil berakit guider membuka tali tiub tersebut untuk mengelakkan ia tersangkut pada batu atau kayu.

Kemudian kami akan melalui satu jeram lagi. Pada masa itu Madey mengambil alih posisi depan. Miza duduk belakang memandangkan dia yang paling kecik dan tempat tu tiada tiub. Kami melalui jeram tersebut dengan jayanya. Akan tetapi selepas jeram tersebut kami perlu masuk ke tempat waterfall sebelah kiri. Kebetulan di depan ada pula batang kayu dalam air. Rakit kami telah target ke arah waterfall dan mengelak kayu tersebut, tiba-tiba rubber dinghy telah menghentam kami dari belakang menyebabkan rakit kami agak tersasar dan senget. Kami cuba mengayuh untuk mengelak kayu di depan. Tetapi tidak sempat. Disebabkan momentum daripada dinghy tersebut rakit kami telah terbalik secara perlahan-lahan kerana terkena kayu tersebut.

Keadaan agak kalut sebab air agak laju kat situ. Tali anchor tidak dapat dicapai kerana posisi rakit yang telah bertukar. Perlahan-lahan kami berenang ketepi dan rakit dan semua crew rakit dapat diselamatkan. Kemudian rakit diterbalikkan semula dan alhamdulillah semuanya terselamat.

Satu pengalaman yang menarik dan indah. Tetapi kargo habis masuk air. Gitar aku bertakung air dan yang paling menyedihkan drybag camera pun masuk air. Tak dry langsung. Selepas tiub ditukar, kami makan tengah hari dan sambung perjalanan. Agak terkilan sebab tak dapat makan kat waterfall sebab tersasar sikit. Tapi kat situ terjumpa track gajah dan najis yang masih fresh. Saiz tapak kaki gajah tersebut sebesar dua tapak kaki aku. Rasa happy sebab dapat tau masih ada populasi gajah kat situ. Ingatkan semua dah lari angkara pembalakan.

Dalam perjalanan ada rakit lain pula yang tiub bocor. So kena berhenti untuk memperbaiki rakit mereka. Kami tiba di Pos Pulat lebih kurang jam 5.30pm.

Malam di Pos Pulat kami hanya buat sesi post mortem je sepanjang perjalanan berakit dari dari 1st sampai sekarang. Banyak pengalaman kisah suka dan duka yang dikongsikan. Guider-guider juga diraikan dengan penyampaian cenderahati daripada group UIA. Malam tu tak buat apa sangat. Masing-masing letih berakit dan terpaksa berehat kerana esok dah nak sambung berakit lagi.


Keesokannya pagi-pagi lepas breakfast dah packing barang dan masuk kargo. Tentatif hari ini floating, lunch atas pulau dan balik.  Lebih kurang jam 11.30pagi kami pun bertolak. Hari ini air sungai dah kembali normal. Takde la pekat sangat macam semalam. Pemandangan kiri dan kanan semua dah bertukar daripada hutan tebal ke pokok pisang dan sawit.


Batu kapur yang tersergam indah sebelum ni pun dah semakin menipis dihakis manusia. Pemandangan yang sayu dan pilu.


Selepas floating kami berhenti untuk makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke tempat penamat. Kali ni tak stop kat Kampung Star. Kami akan stop depan sikit selepas jambatan. Trek naik kampung Star tu dah semakin curam dan susah nak naik.

 Sempat bergambar dengan guider rakit aku brader Madey. Sentiasa cool je dalam apa jua keadaan.


Nak keluarkan angin dari rubber dinghy pun guna pam. Memang kena kasi keluar sampai habis kalau tak, tak boleh nak lipat sebab ada gelembung angin. Ada satu rakit tu 3-4 kali gak lipat bukak balik sebab angin tak habis keluar.


Bersama guider yang paling rapat, Abe Long. Banyak mengajar skil2 dalam hutan dan tak lama lagi jadi partner untuk bermakro. Rasa terkilan sebab tak bawak set macro datang sini sebab banyak pulak subjek yang boleh ditembak. Insya Allah tahun depan buat lesen diving dengan dia. Dia merupakan instruktor scuba diving kat Perhentian.



Bergambar juga dengan guider otai, Kencing. Anak angkat Abah dari Johor tapi petah berkecek kelate terabur. hehe... Masa 1st time berakit pernah nampak dia, tapi masa tu segan-segan lagi dengan guider-guider ni. Sekarang baru berani rapat. Bila rapat ni banyak knowledge yang boleh dapat.


 Bergambar dengan Abah


 Dengan anak Abah. Muka memang saling tak tumpah anak bapak


 Abe Uda, chef kami sepanjang aktiviti berakit




Malam itu selepas maghrib diadakan sedikit majlis tahlil ringkas untuk abe long saiful kalo tak silap. Geng2 guider gua musang juga yang terlibat dalam kemalangan.

Pengalaman kali ke-empat, memang best. walaupun join group UIA tapi pengalaman yang dapat memang best. Kisah masa 1st time boleh refer sini. Kalau baca balik kisah lama ni memang ada mention rasa kecewa sebab rakit tak terbalik. Dan pada trip kali ni memang terbalik sungguh. Hehe...

2nd time boleh refer sini. Trip ni paling meriah sebab ramai yang join. Trip ke-3 tak sempat tulis blog. Tapi trip ke-3 ni buat program amal sikit bersihkan Gua Cha dan program bersama budak-budak sekolah Pos Pulat. Dan kami masuk paper...


Next trip berakit tak tau lagi. Dengar kata guider-guider nak buat reunion masa raya cina nanti, insya Allah kalau ada kelapangan nak join jugak.hehe...

Terima kasih kepada Kimi, yang merupakan ketua projek group UIA Kuantan yang menganjurkan program berakit ini. Terima kasih juga kepada Yati yang merupakan ketua projek kami dari UPM yang bertungkus lumus merealisasikan rancangan untuk berakit ini. Dan akhir sekali terima kasih kepada guider-guider yang sempoi selalu. Jumpa lagi dimasa akan datang.

Next trip bersama Abah lagi maybe hujung tahun ni. Ke mana? ke sunway lagoon dalam hutan. hehe...


Ni lah mangsa-mangsa lemas yang dapat diselamatkan. Tetapi masih dalam rawatan. Semua tak on lagi sebab nak kasi kering dulu. Gitar rasa dah sedikit kembang dengan bunyi pun dah lari sikit. Harap-harap semuanya selamat...



Comments

Anonymous said…
salam..bley bg no contact org yg incharge kt sungai neggiri nie x??
Anonymous said…
salam..bley bg no contact org yg incharge kt sungai neggiri nie x??
Pokja® said…
Tuan boleh dpt contact no. Guider...mohdromza@gmail.com

Popular posts from this blog

My Movie Review: Rock Oo

kamu balik