My Movie Review: Rango


Johnny Depp disumpah jadi sesumpah...Rango satu filem animasi terbaru dari Nickelodeon yang dibintangi oleh Johnny Depp, suara je la. Berkisarkan mengenai seekor sesumpah atau dalam bahasa inggerisnya chameleon, yang kehidupan pada awalnya merupakan haiwan peliharaan dalam sebuah bekas kaca. Kemudian kereta yang membawanya hampir kemalangan menyebabkan bekas kaca itu terjatuh ke kawawan gurun. Dari situ bermula lah kehidupan sesumpah tersebut di DUNIA SEBENAR.

Selepas kemalangan itu, sesumpah itu terjumpa dengan Roadkill. Roadkill adalah mangsa kemalangan yang menyebabkan kereta tadi hampir kemalangan. Pada masa itu sesumpah itu kehausan dan bertanyakan kepada Roadkill mana nak dapat air. Roadkill berkata kalau nak air, kena cari Dirt dulu. Dirt merupakan pekan kecil ala-ala cowboy. Kemudian sesumpah itu terus bergerak menuju ke Dirt. Dan dalam perjalanan itu dia dikejar oleh burung helang sehinggalah dia sampai ke pekan Dirt.

Di pekan Dirt, sesumpah itu mencipta dunia baru, dengan imaginasinya sendiri, dan mendapat nama Rango, serta dilantik menjadi sheriff pekan tersebut dan memberi harapan kepada yang lain. Satu cerita wild wild west versi animasi dalam komuniti yang kecil yang terdiri daripada haiwan2 kecil saje. Kisah perjuangan Rango menyelamatkan pekan Dirt untuk mendapatkan AIR...
Sedar tak sedar cerita ni banyak mesej yang tersirat sebenarnya. Pertamanya Rango adalah sesumpah yang kuat berangan. Dan ianya hampir memakan diri apabila membuat2 cerita di pekan Dirt, tapi akhirnya ia menjadi satu motivasi diri untuk berjaya. Self confidence yang tinggi telah menyelamatkan Rango.

Cerita ini juga ada menyentuh sedikit mengenai konspirasi. Nampak cerita ni macam ringan tapi ia menunjukkan yang siapa menguasai air, dia yang berkuasa. Tak lari dari kehidupan kita sekarang. Siapa yang menguasai minyak, dia yang berkuasa. Betul tak? Lagi kes-kes orang atasan yang menindas orang yang berada dibawah, banyak scene ni yang kalau kita amati betul2 mirip dunia zaman sekarang.

Akhir sekali cerita Rango ni memang best. Aku kasi 4 bintang untuk cerita ini. Tidak membosankan, watak yang dibawa oleh Johnny Depp memang jadi. Owh ada satu scene tu mirip macam Pirates of Caribbean.hehe... Tak rugi kalo tengok cite ni. nice...

p/s: nak tengok merong mahawangsa tapi takde time yang sesuai...

Comments

i M a Z a i M i said…
owh! menarik2 cerita ni.byk msg ye.x berkesempatan nak tgk lg.

*x sabar nak tunggu review pasal merong. coz nak tgk pun msh tak berkesempatan lg.

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo