U Follow Me, I Follow U

Tuesday, December 25, 2012

My Movie Review: The Hobbit - Unexpected Journey

Tiba-tiba rasa nak update blog.


Kesinambungan daripada Lord of The Ring. Tapi kisah ni sebelum penemuan cincin tersebut. Main actor lebih kepada Bilbo Baggins dan Gandalf. Masa ni pun Gandalf belum jadi White Wizard lagi. Tak cukup otai la walaupun bejanggut jambang.

Kalo ikut tajuk movie ni, sebenarnye tak de la nak cite pasal Hobbit sangat. Tapi mengisarkan kisah puak Dwarves yang castle mereka telah ditawan oleh sang naga. Bile nampak naga ni teringat game Skyrim.hehe...

Lalu puak Dwarve tersebut hilang kampung halaman dan terpaksa merempat kat tempat-tempat lain bagi mencari perlindungan dan rezeki untuk meneruskan hidup.

Setelah beberapa lama, khabar angin tersebar menyatakan castle tu tidak dihuni oleh naga tersebut. Maka puak Dwarve ni pun nak tawan balik kampung halaman mereka. Mereka mendapat bantuan daripada Gandalf yang telah mencadangkan Bilbo Baggins untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Maka bermulalah apa yang dikatakan unexpected journey itu...



Awal penceritaan menunjukkan kampung halaman puak Hobbit tu. Perghhh memang cantik penuh hijau2. ntah wujud ke tak tempat macam tu.hehe...



Jalan penceritaan yang panjang. Graph develpmont story yang agak slow. Mungkin untuk menceritakan kisah ini dengan lebih terperinci. Lebih kurang sama macam LOTR 1. Sebenarnya aku tak tau pulak yang cerita ni panjang lebar sampai banyak movie. Ingatkan satu movie je terus habis. hehe... Ke-slow-an cite ni membuatkan aku terlelap seketika time tengok movie ni.hehe...

Overall aku cuma kasi 3 star untuk movie ni. Dari segi sound & graphic effect memang terbaik. Tapi jalan penceritaan masih kurang best. 

p/s: bile la Malaysia nak ada cerita jenis rekaan macam ni pulak.hehe...

0 expressions:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...