My Movie Review: Rock Oo



Rock Oooo... Pengembaraan Rimba Bara kembali...



Kesinambungan dari cerita Rock (2005). Sebuah filem berkisarkan suasana era rock zaman 80an. Era kegemilangan rock keras. Hasil nukilan pengarahan Mamat Khalid mengimbau kembali zaman2 seluar kaki kecik, bawak gitar ke hulu ke hilir dalam Rock Oo.




Rock Oo mengisahkan zaman setelah Rimba Bara berjaya dalam Battle of the Band dalam filem Rock (2005). Zack (gitaris asal) pun dah keluar join Pos Malaysia. Yang tinggal Amy Mat Piah, Jijo, dan Black.





Pada awalnya menceritakan perpecahan Rimba Bara apabila Zul Kapan keluar dan sertai balik Malaikat Maut. Dari situ, Amy Mat Piah mengambil peluang untuk menempatkan dirinya kembali sebagai Lead Singer Rimba Bara. Hasil semangat dia berjaya menyatukan semula Rimba Bara dengan kemunculan watak baru iaitu Slash. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengembaraan Rimba Bara. dan bermulalah liku-liku kehidupan di sana...





Kemuncak filem ini apabila Rimba Bara dapat beraksi dalam Juara Lagu. Memang pada tahun 1988 - 1991 Juara Lagu dipenuhi oleh band-band rock. Antaranya Gersang, Medicine, Wings, Search, May, Ekamatra, Mega, BPR, XPDC, Dinamik, Blackrose, Laksamana, Damasutra, Olan dan lain-lain lagi.





Overall jalan cerita yang menarik pada konsep brotherhood. Mereka menunjukkan nilai-nilai persahabatan yang cukup baik dari mula sampai ending filem tersebut. Dan yang paling best apabila suasana filem ni berjaya menggambarkan era rock 80an. Dari segi dressing memang mantap. Lagu-lagu pulak memang nostalgia abes. Kire rock kapak la.




Dan yang paling penting ia merakamkan satu peristiwa bersejarah, di zaman kejatuhan era rock apabila menunjukkan rockers digunting rambutnya secara LIVE di TV. Aku pun baru tau sebenarnya. Baru setahun kenal rock tanah air. hehe...




Untuk peminat rock, memang best & berbaloi tengok kat wayang. Bagi mereka yang kurang minat dengan genre rock pasti kurang berkesan.

Untuk filem ini aku kasi 4 bintang. Banyak part yang boleh touch up lagi sebenarnya. Nampak part2 yang agak kosong. Harapan aku, akan ada sambungan filem ni lagi.hehe...

rock yeahhh...

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba