My Movie Review: Sanctum
Hari keluar tengok wayang. Cite SANCTUM . Satu cite pengembaraan ke underwater cave. Satu lagi cite berkisar aktiviti rekreasi. Tapi pengembaraan ini bertujuan unutk penyelidikan. Satu team yang buat penerokaan underwater cave di Papua New Guinea. Gua tu berbentuk lubang pada muka bumi. Besar gile dan dalam, siap boleh turun guna payung terjun. Namun pada waktu tu, ribut nak melanda. Team dalam gua dah terputus hubungan dengan team kat darat. Bile hujan mula lebat, air mula melimpah ruah masuk dalam gua. Kemudian aksi2 mencemaskan pun berlaku. Nak tau lebih lanjut, sila la tonton...
Satu filem arahan James Cameroon, director cite Avatar. Memaparkan kisah alam semula jadi yang cantik dan merbahaya. Plot cite ni nampak macam nk tunjukkan hubungan antara anak dan bapak, dan antara kawan2. Memang betul, kalau kita ceburi aktiviti rekreasi yang extreme macam cave diving, mountaineering dan lain2, kita boleh kenal pelbagai jenis orang. Pada masa ni lah limit sesorang itu dicabar dan masa ni lah true color seseorang itu akan keluar abis. Sampai ada yang sanggup membunuh kerana pentingkan diri sendiri yang akhirnya memakan diri blk.
Memang betul setinggi mana ego seseorang itu, dia akan tunduk dengan kuasa alam. Janganlah sesekali kita mencabar alam. Well kepada mereka yang berminat dengan aktiviti rekreasi ini, korang perlulah ada sifat trust and respect. Kalau tak buruk padahnya.hehe. Kemahiran Insaniah (KI) sahaja tidak memadai dalam akitiviti ini. We must go beyond our limits of thinking and action, then we pray for good...
Overall cite ni sangat menarik. Tak rugi kalau tengok kat wayang pun. Aku tengok tadi wayang biasa je. Kalau tengok 3D mesti lagi gempak.
Aku kasi 5 bintang untuk cite ni sebab aku suka mesej yang pengarah cuba sampaikan dalam cite ni. nice~
p/s: panik membawa padah...
Comments
lama gak. nak dekat 2 jam