My Movie Review: The Dark Knight Rises

Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Semalam sempat meluangkan masa skit untuk menonton wayang The Dark Knight Rises. Yeah cite Batman hasil nukilan Christopher Nolan. Jalan cerita yang menarik. Ada kesinambungan daripada 2 episod yang sebelum ni iaitu Batman Begins & The Dark Knight. Memang puas hati la tengok.



Sedikit sinopsis, Kalo sape yg ikut cite ni, masa The Dark Knight (episod 2), Batman menghilangkan diri last sekali. Dan permulaan The Dark Knight Rises ni watak Bruce Wayne ni mengasingkan diri dari masyarakat dan masih cedera hasil pertempuran sebelum ni. 





Kemudian muncul lah watak Catwoman yang menghangatkan cerita ini. Daripada situ barulah Bruce Wayne aktif kembali sebab Catwoman @ Selina Kyle mencuri cap jari Bruce Wayne untuk satu sindikit menjatuhkan Bruce Wayne. 

Motor ni memang osem


Geng jahat yang diketua Bane  ingin merampas Gotham City bagi melunaskan impian Ra's Al Ghul. Ok nak tau lebih lanjut sila la tgk sendiri ye.



Jalan cerita memang menarik, banyak twist2 sehinggakan aku sendiri tak dapat tangkap sapa orang jahat yang sebenarnya. Last2 sekali baru tau. Memang terbaiklah hasil olahan pengarah.

Sebenarnya banyak isu yang dibangkitkan dalam cite ni. Hal rasuah, penyalah gunaan kuasa, konspirasi, kerajaan yang menindas, serta kesan apabila sesuatu kerajaan itu jatuh kepada kuasa yang tidak sepatutnya

Ada part yang nampak agak pelik apabila pasukan polis yang terperangkap bawah tanah, dapat keluar terus nak perang face to face macam cite Lord of The Ring pulak. Tak modern warfare langsung.huhu...

Dan pengajaran yang dapat daripada Batman, kalo nak berjaya kene bersenam.hehe... Nak tau kenapa, tgk la sendiri nanti.hehe...



Perhatikan watak lakonan Joseph Gordon-Levitt ni. Akan ada sesuatu berlaku di akhir cite ni. Memang terbaik


The Bat




Dan kesudahan cerita ini meninggalkan klimaks yang amat berkesan sekali. Overall aku kasi 5 bintang utk cite ni. Wajib tengok ye.hehe...

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perkahwinan Nik dan Tuba

My Movie Review: Rock Oo