My Movie Review: THOR







Salam...kali ni nak share cite superhero MARVEL pulak, THOR. Sebuah kisah yang menceritakan sejarah kemunculan Thor. Thor merupakan god of thunder, dia bakal menjadi raja di Asgard menggantikan ayahnya, Odin. Namun dihari pertabalannya, ada sesuatu telah berlaku. Perkara itu telah menguji ke kredibiliti Thor sebagai bakal pemimpin dan dia kemudiannya dibuang ke Bumi sebagai manusia biasa. Dari saat itu dia baru sedar kesilapannya. Nak tau lebih lanjut tengok la sendiri...



Yang bestnye bile tengok cite MARVEL ni, dia mesti ade perkaitan dengan cite2 yang lain. Sape yg dah tengok cite IRON MAN mesti tau pasal SHIELD kan. Dalam cite Thor ni pun SHIELD ade masuk campur. Pastu diakhir kredit ade tulis THOR WILL BE BACK IN THE AVENGERS. Avengers ni team superhero MARVEL. Antara ahli2nya IRON MAN, THOR, CAPTAIN AMERICA, HULK, SPIDERMAN dan macam2 lagi tengok kat sini. Dorg ni akan di ketuai oleh Nick Fury.

Suatu pengajaran yang boleh diambil dari cite ni, bile kite ade kuasa, semua benda kita boleh buat. Tapi bile sekali kuasa kite kene tarik balik, baru kita tau sape diri kita sebenarnya dan pada masa itu kite kene sedar dan perbetulkan segala kesilapan kita.



Overall cite ni best. Grafik yang cantik, action nampak gempak tapi takde la best sgt pun action die. Berbaloi la tengok wayang. Aku kasi 4 bintang je sebab jalan cerita die agak simple dan senang nak agak. Sape yang tengok wayang pastikan tunggu sampai habis kredit roll (yang agak lama) sebab last skali ade sambung skit. Nick Fury dari SHIELD tu pulak muncul.

Lepas ni ade cite pasal CAPTAIN AMERICA. Ni pun ade kaitan dengan The Avengers tu. So kene tengok.huhu...

Comments

Popular Posts