Posts

Showing posts from March, 2012

Wasp Diary Day 2 -Latest Update-

Image
Wasp Diary Day 1 Wasp Diary -Information- Wasp Diary Day 2 Ok ni dah ada latest update. Saksikan video Blackie buat sarang. Sebelum ni ada cerita pasal info Blackie ni Solid Black Organ Pipe Mud Dauber kan. Tapi rupa-rupanya ia adalah Potter Wasp . Mud Dauber membina sarang yang agak kecil dan makanan untuk larva adalah Spider. Manakala Potter Wasp membina sarang yang agak besar kemudian berbentuk seperti pasu . Dan makanan untuk larvanya adalah Caterpillar. Ok ni sarang tingkat 4 yang dah siap tadi. Blackie baru lepas masuk kan Caterpillar. Tak sempat nak amik gambar. So bila Blackie dah keluar, aku tutup tingkap dan pecahkan sarang ni sikit. Sangat keras ok sarang ni. Cucuk pakai safety pin tak lut. Ketuk pakai gunting baru pecah. Hasilnya yang kuning tu telur dia. Dalam keadaan tergantung sebenarnya. Dan yang hijau tu Caterpillar, makanan untuk larva Blackie. Ada komen pada post lepas yang bagitau ni bukan tebuan tanah. Tapi angkut-angkut. Menurutny

Wasp Diary Day 2

Image
Ok hari ini dah tambah lagi satu tingkat sarang Blackie ni. 1st time tengok macam mana tebuan buat sarang guna tanah liat. Sekarang ni mungkin Blackie tengah cari serangga hijau tu sebab lama sangat dia keluar. Blackie keluar mencari sesuap tanah liat Sarang tingkat 4 pada fasa pertama Blackie pulang membawa tanah liat untuk menyambung construction Tubuh Blackie yang ramping Gambaran yang lebih jelas Blackie membawa tanah liat Ha nampak tu tanah liat Ok ni lokasi sebenar sarang Blackie. Dan ini setup lighting aku untuk shoot Blackie. Menggunakan Canon 550D dan lens Sigma 70-300 (gune fungsi macro tu). So lighting memang kena terang giler Ok last touch up dari Blackie Ok siap sarang tingkat 4. Masih lembab lagi sarang tu. Ok maybe korang rasa tebuan tu bahaya. Tapi kalo kite tak kaco die, die tak kaco kite la kan.hehe... Jangan riso, akses Blackie hanya melalui tingkap. Kalo dah tutup tingkap tu tak dapat

Wasp Diary -The Information-

Image
Ok nak cerita sikit hasil research pasal tebuan ni. Ia adalah sejenis tebuan tanah. Sebab membuat sarang daripada tanah liat. Berdasarkan pemerhatian dan kajian di internet, ianya spesis Solid Black Organ Pipe Mud Dauber atau nama saintifiknya Trypoxylon politum. sumber internet ni la ulat hijau tu smuber internet gak dan yang bawah ni pulak ialah Blackie Lawless yang sebenar ketua rock band W.A.S.P  hehe... Saksikan lebih banyak gambar di FB saya

Wasp Diary Day 1

Image
I has a Wasp in my room, and  I named it Blackie Lawless. Cool rite.hehe... Semalam ketika sedang sibuk mengadap laptop, dalam lebih kurang pukul 2 petang, tiba-tiba terpandang sesuatu kat border cermin tingkap. Pastu rasa pelik, nampak macam sarang tebuan. tapi tak pernah nampak pulak sebelum ni. Ok abaikan, terus sambung buat kerja. Tiba-tiba tebuan tersebut datang. Melayang-layang di cermin tingkap dan hinggap ke sarang. Ok besar jugak tebuan ni. Setelah diteliti, ia adalah sejenis tebuan tanah. Ini adalah sarang Blackie. Dalam tu ada serangga warna hijau. Tak sure tu larva tebuan tersebut atau makanan untuk larva. Tapi time proses Blackie transfer serangga tersebut nampak secara LIVE la. Memang best. Dah macam National Geographic dah.hehe... Kebetulan dekat dengan sarang tu ada laluan semut. Apabila semut tu nak invade sarang tu, Blackie gigit die. Selepas tu Blackie tutup lubang sarang tu. Ok aku sedar sarang ni dalam pukul 2 petang semalam. Teng

FESTIK: Bus Stop

Image
SALAM HARMONI SEMPENA FESTIVAL TEATER INTERKOLEJ (FESTIK) 2012 THEATER GROUP FIFTH (TGV)  AKAN MEMPERSEMBAHKAN TEATER "BUS STOP" TEMPAT : PANGGUNG PERCUBAAN, UPM SERDANG TARIKH : 24 MAC 2012 HARI : SABTU MASA : 3.30 PETANG SEMUA DIJEMPUT HADIR.  MASUK ADALAH PERCUMA HARAP MAKLUM.  TERIMA KASIH TEKAN SINI UTK RSVP EVENT FACEBOOK

Tiup belon dengan wap panas

Image
  Fuh lama tak update. Semenjeak habis conference hari tu, rasa lega je. hehe... Hujung minggu lepas putrajaya telah diserang oleh belon-belon udara panas. So ini kali kedua aku ke situ. Sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Sampai-sampai je area Putrajaya Percint 2, dah jem. Kenderaan banyak mencari tempat parking untuk pergi tengok belon. Dengan menggunakan kepakaran aku, pusing-pusing sikit, dah dapat parking.     Kemudian aku memulakan pengembaraan. Cuaca masa tu panas terik. Meleleh-leleh peluh. Tapi malangnya acara pada tengah hari tak menarik pun. Belon udara yang cantik-cantik takde pun. Yang ada belon untuk naik je. Tapi aku tak naik pun. Macam tak berbaloi je ketinggian dia.hehe... Lepas tu pusing -pusing lagi jumpa helikopter pulak. Teringin nak naik, tapi seorang sekali trip RM130. Tak mampu lagi la. Next time kot.hehe...    Menikmati angin helikopter. Best giler  Laluan ke extreme zone Badut ni pun dah penat agaknye

Berakhir sebuah conference...

Image
Alhamdulillah... Segala debaran telah tamat. Cuak gak semalam. Tidur tak lena, makan tak kenyang. Semuanya gara-gara CAMP 12. Maklum la pertama kali hadir dalam conference. Bertemu lebih ramai penyelidik-penyelidik dalam dan luar negara, berkongsi ilmu dan pendapat. Pagi tu bangun awal tapi terlewat bangun sebenarnye bersiap dan terus bergerak ke Mines Wellness Hotel. 1st time masuk hotel ni. Tengok dari luar nampak grand giler hotel ni, tapi bila masuk hmm... so so je rupenye.hehe... Sampai je terus register, dapat buku program dan tag. Kemudian terus masuk dewan conference dengar keynote speaker share research dia. Kemudian ada minum pagi. Ha bab makan memang best. Makan kat hotel kan.hehe...  Selepas itu mulalah sesi conference pagi sampai pukul 12.30. Dewan tempat aku kena present tu agak kecil la. Muat dalam 30 orang. Sebab bilik lagi satu tu memang agak besar. Boleh muat 100 kot. Bila dengar perkataan conference tu nampak macam gempak giler kan. Tapi bila kat s

Debaran CAMP 12

Image
Assalamualaikum and good morning. Hari ni start CAMP12. Bukan camping ye, tapi conference kat Mines.  Nak tau lebih lanjut klik gambar ni Bukan aku nak promote conference ni pun, tapi aku terlibat untuk presentation conference ni. Conference international ni. Takut beb nak present.huhu... Doa kan aku semuanya selamat dan baik-baik belake ek. Present Khamis ni 15 March 2012, 3.30 pm.

Duit syilling baru

Image
Korang pernah dapat duit syilling baru tak? cantik kat design baru tu. Saiz pun dah berubah. Memang cantik tapi bile nak guna beli air kat RO water atau nak bayar parking autopay tak boleh pakai lak. Maklum la duit baru cetak, mesin pulak design syiling lama. adoyai...   lagi satu kewujudan syiling baru ni menghilangkan simbol-simbol Malaysia seperti congkak, bangunan parlimen, rebana ubi, gasing, wau bulan, tepak sirih :(

Captcha pada komen

Image
Semalam baru dapat teguran dari sahabat bloggers, APAN mengenai word verification atau captcha. Sebelum ni tak tau pun benda tu ada pada blog sendiri. Memang agak anoying jika kita nk tinggalkan komen tapi kene taip2 word verification lak. Tapi sebenarnye benda ni elok untuk halang spam. Depend pada user blog tersebut la. Lepas dapat tau pasal masalah tu terus ke setting untuk disablekan captcha tu. Tapi cari-cari tak jumpe. Saya gunakan dashboard baru. So tak jumpe. Ape lagi menggoggle la.Terus dapat solution kat SINI . Caranya senang je. Kene tukar ke dashboard lama. Untuk masuk ke dashboard lama klik link ni: www.blogger.com/home   Kalau dah klik tapi still masuk ke dashboard baru jugak, senang je, bersihkan segala cache dan cookies pada internet browser. Caranya pergi ke internet option dan clear cache, cookies & history. Browser yang saya gunakan ialah Google Chrome. Tekan kat gambar spanar kat penjuru atas kanan >  Tools > Clear browsing data ...

Lacto-lite

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni nak share satu produk ni. Nama dia LACTO-LITE , minuman campuran serbuk yogurt kultur hidup & inulin . Ok Lacto-lite ni berbentuk serbuk yang di pek dalam peket-peket kecil. Cara nak gunanya bancuh dengan air biasa sahaja jangan air suam. Fungsi Lacto-lite ni lebih kurang macam Vitagen dan Yakult la. Baik untuk kesihatan perut. Tapi kesan Lacto-lite ni lagi cepat dan best. Lacto-lite akan membantu mencernakan makanan dengan lebih efektif. Secara tidak langsung dapat membersihkan usus kita. Kita tak taukan dinding usus kita tu keadaannya macam mana. Ntah2 ada yang tersumbat. Bila dah tersumbat, bahagian yang menyerap nutrien-nutrien makanan mesti tidak dapat berfungsi dengan baik. Jadi Lacto-lite ni dapat membersihkan sedikit sebanyak usus kita yang tersumbat itu. Setelah dinding usus kita bersih dan sihat, ia pasti dapat memproses makanan dengan lebih baik serta dapat menyerap nutrien serta zat-zat makanan dengan

Jom berzikir

Image
Patut la selalu nampak orang-orang alim berzikir guna jari. Sunah nabi rupanya. Marilah kita praktikkan amalan ini bersama-sama, sebabnya tangan kitalah yang akan menjadi saksi di akhirat kelak.  SELAMAT BERAMAL :)

Tak payah nak SPAM sangat la

Image
Zaman sekarang ni penipuan internet sangat banyak dan berleluasa.  Ni contoh emel yang kononnya dari CIMB. N ak tau sesuatu emel itu SPAM atau tidak, halakan cursor mouse ke arah address emel tu dan tengok sama ada emel itu mencurigakan atau tidak. Contoh macam gambar ni kompom2 la menipu. Lagi pun setiap bank dah inform yang mereka tak akan emel apa2 kat kita kan. So berwaspadalah wahai kawan2...

5 Perkara Best di Waktu Pagi

Image
Assalamualaikum & Good Morning everybody . Hari ni nak share 5 perkara best yang kite boleh dapat kalau bangun pagi. 1. Udara yang segar Bangun pagi perkara pertama akan buat buka tingkap dan hirup udara segar. pergh memang terbaik. Dengar kicauan-kicauan burung memang best. Bangun pagi juga biasanya punca rezeki akan lebih terbuka, insya Allah. 2. Langit yang biru Kalau cuaca baik tak mendung, tak kabus, awan kurang, boleh nampak langit yang sangat biru. 3. Awan yang cantik Nampak pulak awan kepul-kepul comel atau berombak macam gambar ni. Awan berombak hanya boleh nampak kat kawasan pantai je rasanya. Awan yang dikenali dengan nama  Cirrocumulus. 4. Matahari yang segar Waktu pagi kalau tak nampak matahari memang tak best. Sinarannya kalau kena pada tubuh kita memang rasa segar je. Kalau cuaca berkabus, mungkin boleh nampak matahari bulat seketul kemudian nampak sun ray di celah-celah pokok. 5. Nasi l

4 March 2012

Image
My birthday celebration. Simple yet meaningful. Tq honey...