Lepas sahur semalam tak boleh tido pulak. Dengan kesegaran mata dipagi bute, kesempatan tersebut di ambil untuk kemas bilik. Nak raya la katekan.hehe... Tapi baru siap kemas part meja je dulu.huhu... Tengah kemas2 terjumpa something yang meingatkan zaman aku muda2 dulu. cewah.hehe... Cenderahati masa MTP dulu. Masa 2nd year, tahun 2009 kalo tak silap. Tanggungjawab ni mengajar aku banyak benda. Masa tu la baru kenal paperwork, baru kenal orang2 office kolej, dan baru kenal bhep. Aku memegang jawatan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kemahasiswaan. Dalam bahasa mudahnya Sekretariat Kerohanian la.hehe... Antara event yang aku kena handle dulu Pertandingan Nasyid Inter-Kampung sempena PEGAGE, Sambutan Kemerdekaan dan Malam Penghayatan Ramadhan. Dan of course la jaga kebajikan surau. Nak kata aku berpengalaman dalam berorganisasi adalah sangat tidak. Dah la aku ni jenis introvert, xde pengalaman, kena handle plak event2 wajib kolej. Memang membinasakan otak yang masih mentah ini...