Posts

Showing posts from December, 2012

Tahniah sahabat...

Image
Ahad lepas sempat ke majlis perkahwinan seorang sahabat ketika di Matrik Kedah dulu. Alhamdulillah dah kahwin dah dia. Nasib baik buat kat N.Sembilan. Dapat la jumpa. Sebelah Kedah tak dapat pegi la jauh sangat.hehe... Kenal ketika usrah ustaz Faisol kat matrik masa sem 1. Pastu masa sem 2 dapat 1 kelas yang sama. Lepas matrik dia sambung kat USM. Sampai sekarang masih rapat walaupun jarang berhubung. hehe... Seorang sahabat yang sentiasa mengejutkan aku ketika terlelap diulit mimpi dunia... Usrah di pagi hari Mukhayyam di Selama, Perak Program bersama Pusat Islam Matrik Kedah Hari-hari terakhir kelas koko Mukhayyam Teluk Duyung, Penang Sempat membuat aktiviti tak berfaedah dalam masjid. hehe... Usrah ustaz Faisol Menggila dulu sebelum habis matrik   Bersama pengarah Pusat Islam ketika itu. Ustaz Radzi kalo tak silap. Hari-hari terakhir kelas koko ni Open house ustaz Arifin ...

Blogwalking sampai tahun 2020...

Image
Sejak semalam rajin pulak nak update blog. Padahal dah berbulan-bulan tak update.hehe... Hari ni bersiar-siar blog rakan-rakan yang ada. Tersinggah la pulak kat blog ima zaimi ni. Macam best je test yang die buat ni. So nak try seround kat link ni. Hasilnya... Application test ni meramal siapa diri kita menjelang Malaysia 2020 nanti. huhu... Apa-apa pun application ni memang interactive dan menarik. Tapi possible career paths tu macam tak best je.hehe...

EMPIRE...

Image
Sape penah pegi shopping mall Empire Shopping Gallery . hehe... Tadi baru try explore bersama kekasih hati. Tempat tu tak best sangat sebab kecik je. Tapi ada main attraction iaitu World's Tallest Indoor Slide. kalo merujuk kat page ni la. Macam biasa bile sampai tempat parking mesti kene marking tempat parking dulu. Karang sesat tak pasal-pasal. hehe... Sampai-sampai je dah nampak slide ni. Tinggi jugak. hmmm... Sebelum tu jalan-jalan dulu cuci mate.hehe... Syoknye die dapat shopping... Ok dah sampai ke puncak slide ni Top view Haaa ni view bile dah turun. Laju gak turun slide ni. Cost pun takde la mahal sangat. Sekali slide RM10. Kalo dua orang RM15. Ok la... atlest merasa.hehe... Pasni tak datang dah tempat ni. Sebab tak banyak tempat best.hehe...

My Movie Review: The Hobbit - Unexpected Journey

Image
Tiba-tiba rasa nak update blog. Kesinambungan daripada Lord of The Ring. Tapi kisah ni sebelum penemuan cincin tersebut. Main actor lebih kepada Bilbo Baggins dan Gandalf. Masa ni pun Gandalf belum jadi White Wizard lagi. Tak cukup otai la walaupun bejanggut jambang. Kalo ikut tajuk movie ni, sebenarnye tak de la nak cite pasal Hobbit sangat. Tapi mengisarkan kisah puak Dwarves yang castle mereka telah ditawan oleh sang naga. Bile nampak naga ni teringat game Skyrim.hehe... Lalu puak Dwarve tersebut hilang kampung halaman dan terpaksa merempat kat tempat-tempat lain bagi mencari perlindungan dan rezeki untuk meneruskan hidup. Setelah beberapa lama, khabar angin tersebar menyatakan castle tu tidak dihuni oleh naga tersebut. Maka puak Dwarve ni pun nak tawan balik kampung halaman mereka. Mereka mendapat bantuan daripada Gandalf yang telah mencadangkan Bilbo Baggins untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Maka bermulalah apa yang dikatakan unexpected journey itu... ...