Ronda-Ronda Blok
20 ogos 2008, tamat sudah pertandingan menghias blok sempena sambutan kemerdekaan peringkat kolej kelima. Penghakiman pun bermula pada malam itu pada jam 9. Dimulakan dengan blok kelah. Satu kejutan bagi blok kelah dan blok kalui. Selalunya blok kalui yang akan dilawati dahulu. Tetapi hakim memutuskan untuk 'menyerang' blok kelah dahulu. Akibatnya hakim-hakim terpaksa tunggu seketika kerana blok kelah belum bersedia untuk menyambut kedatangan para hakim. Di depan blok kelah terdapat sebuah replika bangunan bersejarah iaitu Menara Jam yang merupakan penyertaan mereka untuk pertandingan Innovasi Rekacipta Interblok.
Lawatan mereka bermula pada aras bawah hingga ke aras atas sekali. Dan setiap aras blok kelah dihias dengan cantik sekali. Ini menunjukkan mereka sangat bersemangat dalam menyambut kemerdekaan dan menjayakan program kolej sempena kemerdekaan yang bakal menjelma.
laluan tangga yang dihiasi dengan lilin
Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan yang ke-51 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan. Konsep yang dibawakan oleh blok kelah ialah peredaran masa dari sebelum merdeka ke selepas merdeka. Bermula pada aras bawah sebelum merdeka dan aras atas sekali selepas merdeka.
Penduduk kelah yang bersemangat memakai baju melayu sebagai Tunku Abdul Rahman dan melaungkan MERDEKA
Seterusnya rombongan lawatan para hakim diteruskan ke blok jelawat yang merupakan jiran sebelah blok kelah. Lawatan dimulakan dengan pengetua memotong riben di depan pintu utama blok jelawat. Kemudiannya disambut dengan sekumpulan gadis jelita yang diketuai oleh artis K5 iaitu Mira.
Seterusnya lawatan diteruskan lagi di blok baung. Blok baung kali ini sedikit mengecewakan kerana sambutan daripada penduduk untuk menghias blok amat kurang. Hasilnya mereka hanya sempat menghias aras bawah dan aras satu sahaja. Itu pun di saat-saat terakhir.
Kemudian para hakim meneruskan lagi lawatan mereka. Dan ini merupakan lawatan terakhir iaitu blok kalui. Blok kalui merupakan johan pertandingan menghias blok pada tahun lepas. Jadi para hakim mengharapkan kejutan pada kali ini. Apa yang menariknya, penduduk blok kalui sudah bersedia lama untuk menyambut para hakim. Mereka datang sendiri di blok baung dan mengiringi para hakim untuk datang melawat blok mereka.
Dan seperti biasa para hakim pasti akan disajikan dengan sedikit makanan. Tetapi blok kalui menyediakan makanan yang sedikit istimewa iaitu kek.
Suasana pada hari itu cukup meriah. Setiap blok membawa penampilan tersendiri. Setiap orang menyambut dengan cara sendiri. Apa-apa pun mereka mampu bekerjasama bagi mencapai objektif. Semangat yang mereka tunjukkan dapat menyemarakkan lagi suasana merdeka kali ini. Dan aku selaku pengarah bersama sambutan kemerdekaan peringkat kolej kelima amat berterima kasih kepada komitmen yang mereka tunjukkan.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
Comments
muahaha..
tahniah lehe..
merdeka..!
=))
ubah topik sat..
bell??on9 kat clas koh kah??
bley plk..
clas tu kt ne?
heee...=)))