Ronda-Ronda Blok

20 ogos 2008, tamat sudah pertandingan menghias blok sempena sambutan kemerdekaan peringkat kolej kelima. Penghakiman pun bermula pada malam itu pada jam 9. Dimulakan dengan blok kelah. Satu kejutan bagi blok kelah dan blok kalui. Selalunya blok kalui yang akan dilawati dahulu. Tetapi hakim memutuskan untuk 'menyerang' blok kelah dahulu. Akibatnya hakim-hakim terpaksa tunggu seketika kerana blok kelah belum bersedia untuk menyambut kedatangan para hakim. Di depan blok kelah terdapat sebuah replika bangunan bersejarah iaitu Menara Jam yang merupakan penyertaan mereka untuk pertandingan Innovasi Rekacipta Interblok.

pengerusi blok kelah sedang memberi penerangan kepada para hakim negenai Menara Jam tersebut

En. Rizal meneliti hasil kreativiti penduduk blok kelah

Lawatan mereka bermula pada aras bawah hingga ke aras atas sekali. Dan setiap aras blok kelah dihias dengan cantik sekali. Ini menunjukkan mereka sangat bersemangat dalam menyambut kemerdekaan dan menjayakan program kolej sempena kemerdekaan yang bakal menjelma.

laluan tangga yang dihiasi dengan lilin

Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan yang ke-51 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan. Konsep yang dibawakan oleh blok kelah ialah peredaran masa dari sebelum merdeka ke selepas merdeka. Bermula pada aras bawah sebelum merdeka dan aras atas sekali selepas merdeka.


Penduduk kelah yang bersemangat memakai baju melayu sebagai Tunku Abdul Rahman dan melaungkan MERDEKA


Penduduk blok kelah beramai-ramai melaungkan MERDEKA


Kemudian para hakim dijamukan sedikit makanan iaitu ubi kayu


Pengetua Kolej Kelima menurunkan tandatangan beliau sebagai bukti lawatan beliau ke blok kelah


Pengetua menerima cenderhati dari pengerusi blok kelah


selamat datang ke blok jelawat

Seterusnya rombongan lawatan para hakim diteruskan ke blok jelawat yang merupakan jiran sebelah blok kelah. Lawatan dimulakan dengan pengetua memotong riben di depan pintu utama blok jelawat. Kemudiannya disambut dengan sekumpulan gadis jelita yang diketuai oleh artis K5 iaitu Mira.


Gadis-gadis jelita si penyambut tetamu


Pengetua dapat bunga!?

Tandatangan pengetua pada kad sebagai bukti lawatan beliau

Seterusnya lawatan diteruskan lagi di blok baung. Blok baung kali ini sedikit mengecewakan kerana sambutan daripada penduduk untuk menghias blok amat kurang. Hasilnya mereka hanya sempat menghias aras bawah dan aras satu sahaja. Itu pun di saat-saat terakhir.

Pengetua memulakan lawatan dengan menurunkan tandatangan sebagai bukti lawatan beliau


Kemeriahan penduduk blok baung menyambut kedatangan para hakim


Seperti biasa para hakim akan disajikan dengan sedikit makanan

Kemudian para hakim meneruskan lagi lawatan mereka. Dan ini merupakan lawatan terakhir iaitu blok kalui. Blok kalui merupakan johan pertandingan menghias blok pada tahun lepas. Jadi para hakim mengharapkan kejutan pada kali ini. Apa yang menariknya, penduduk blok kalui sudah bersedia lama untuk menyambut para hakim. Mereka datang sendiri di blok baung dan mengiringi para hakim untuk datang melawat blok mereka.

penduduk kalui mengiringi para hakim dari blok baung


para hakim disambut oleh penduduk blok kalui


wajah-wajah ceria yang menyambut kedatangan para hakim


Abang Indra meneliti hasil kreativiti penduduk blok kalui

Pengetua diapit oleh Presiden Kolej Kelima dan Pengerusi Blok Kalui untuk memotong kek

Dan seperti biasa para hakim pasti akan disajikan dengan sedikit makanan. Tetapi blok kalui menyediakan makanan yang sedikit istimewa iaitu kek.

selamat menyambut merdeka ke-51

Suasana pada hari itu cukup meriah. Setiap blok membawa penampilan tersendiri. Setiap orang menyambut dengan cara sendiri. Apa-apa pun mereka mampu bekerjasama bagi mencapai objektif. Semangat yang mereka tunjukkan dapat menyemarakkan lagi suasana merdeka kali ini. Dan aku selaku pengarah bersama sambutan kemerdekaan peringkat kolej kelima amat berterima kasih kepada komitmen yang mereka tunjukkan.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT



Comments

beLL@ cLass kOh yg bOsaN said…
sedih..dpt ikot naek blok kaluii jek...
i M a Z a i M i said…
terima ksh sebb jd cameraman hr tu...and terima kasih juga pada semua yg membantuuu..!!!terima kasih lehe =)
pengerusoblokkaui said…
thanks...kalui best...
Asyraf Azizan said…
ahhhh baung lagi best.huhu
aDyLLa said…
kalui gk besh..
muahaha..
tahniah lehe..
merdeka..!
=))

ubah topik sat..
bell??on9 kat clas koh kah??
bley plk..
clas tu kt ne?
heee...=)))
Asyraf Azizan said…
kalui pun best gak. tapi baung lagi besh.huhu

Popular Posts