Posts

Salam Syawal

Image

Salam Ramadhan 2018

Image

Puasa & Raya 2017

Assalamualaikum… Baru sempat update blog. Sebenarnya post pasal sanding yang lepas dah draft lama, so just touch up untuk post. Cuma busy sikit sepanjang Ramadhan dan menjelang Syawal. Honeymoon trip pun masih dalam drafting, so kali ni share pasal Ramadhan dan Syawal la. Alhamdulillah Ramadhan telah berlalu dengan sayunya. Semoga amalan kita semua sepanjang bulan Ramadhan di terima Allah dan sama-sama kita doakan agar dapat dipertemukan sekali lagi pada Ramadhan akan datang. Insya Allah... Ramadhan kali ini pertama kali bersama isteri. Dapat buat amal ibadat bersama memang best. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling best bagi aku, sebabnya bulan Ramadhan ni memang meriah dari pagi sampai ke malam meriahnya. Lagi-lagi bila dah nak dekat raya. Kemeriahan Ramadhan ni bermula pada malam tarawikh pertama, fuh memang penuh masjid. Masing-masing masih bertenaga dan bersemangat masa tu. Kemudian diteruskan pada awal pagi semasa sahur. Masing-masing sibuk menyediakan juada...

Majlis Persandingan Asyraf & Mirdeeliani

Image
Assalamualaikum semua… Selesai kisah nikah pada post yang lepas. Kali ni nak share experience majlis persandingan pula. Tanggal 7 Mei 2017, 070517 merupakan tarikh pilihan untuk melangsungkan walimatul urus kami. Majlis dilangsungkan di Dewan Komuniti TTDI, KL. Kami decide untuk buat satu majlis bagi memudahkan urusan keluarga dan menjimatkan kos yang saban hari meningkat tak turun-turun. Lagi pun kenalan kami majoritinya dari UPM, Kolej Kelima. So kami menganggarkan dalam 1000 pax jemputan untuk majlis nanti. Kad jemputan Ini kali kedua design kad jemputan. Sebelum ni design untuk Kak Diana. Design yang simple yet informative dan print dengan kos yang murah sebab kad kahwin ni biasanya orang tak simpan lama. Lepas event dah boleh buang unless kad tersebut bertatahkan emas permata. Hehe… Malam sebelum majlis datang melawat persiapan dewan. Dewan kami di deco oleh Adam& Hawa Bridal dengan tema purple dan gold. Pagi bertolak ke dewan de...

Majlis Pernikahan Asyraf & Mirdeeliani

Image
Assalamualaikum semua… Baru ni ada share pasal majlis tunang. Itu cerita tahun lepas. Ni nak cerita event tahun ni. Event yang yang dinanti-nantikan. Hehe… Tanggal 5 Mei 2017, 050517 (cantik tak tarikh ni. Hehe) jam 10.30 pagi di Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang, Asyraf dan Mirdeeliani telah selamat diijab kabul. Majlis yang simple juga, hanya keluarga yang terdekat, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan yang free je hadir. Sebab tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat, hari kerja, jadi kepada semua yang menjayakan majlis nikah pada hari itu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih. Alhamdulillah… Tarikh persandingan pula ditetapkan pada hari ahad, 7Mei 2017, 070517 (sekali lagi, cantik tak tarikh ni. Hehe…). Ramai yang tanya kenapa tak sanding hari selepas nikah. Maksudnye menjadi kebiasaan, bila nikah Jumaat, sanding Sabtu. Tapi majlis kami nikah Jumaat, Sabtu cuti, Ahad sanding. Sebabnya yang pertama ialah tarikh tu cantik bagi kami, yang keduany...